Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Kenalpasti Sistem EW Russia “Tobol” Ganggu Starlink Ukraine

Laporan rahsia Pentagon yang didedahkan oleh media-media Barat menyatakan bahawa ia telah berjaya mengenalpasti sistem peperangan elektronik milik tentera Russia yang digunakan dengan jayanya untuk jamming sistem peranti satelit Starlink oleh SpaceX milik Elon Musk.

0 2,744

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat beberapa bulan, pihak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat tertanya-tanya apakah sistem yang digunakan oleh tentera Russia untuk “menganggu” (jamming) signal peranti satelit Starlink yang digunakan secara meluas oleh tentera Ukraine.

Sistem peranti satelit Starlink itu dibangunkan oleh syarikat SpaceX milik billionaire, Elon Musk.

Elon Musk dipercayai telah menyediakan kemudahan satelit Starlink kepada pihak tentera Ukraine sejak peperangan dengan Russia tercetus pada Februari tahun lepas.

Starlink
Sistem EW “Tobol”

 

Laporan rahsia Pentagon yang didedahkan oleh media-media Barat menyatakan bahawa ia telah berjaya mengenalpasti sistem milik tentera Russia yang digunakan dengan jayanya untuk jamming sistem peranti satelit Starlink itu.

Ia mengenaplasti sistem peperangan elektronik Russia dinamakan “Tobol” sebagai sistem yang bertanggungjawab dalam jamming sistem Starlink yang digunakan secara meluas oleh anggota tentera Ukraine.

Menurut laporan oleh Pentagon itu, tentera Russia telah bereksperimen dengan sistem peperangan elektronik itu untuk selama beberapa bulan.

Ukraine menggunakan peranti satelit Starlink dengan meluas terutamanya dalam melakukan serangan menggunakan dron terhadap kedudukan tentera Russia di Crimea serta di dalam Russia itu sendiri.

Sistem satelit Starlink juga penting dalam koordinasi tentera Ukraine, yang bergantung kepada terminal-terminal kecil sistem itu dinamakan “Dishy” untuk berkomunikasi di antara satu sama lain selain menyampaikan maklumat perisikan.

Starlink

Laporan terkini oleh Pentagon menunjukkan sistem peperangan elektronik Russia telah berjaya dalam menghalang/jamming signal Starlink.

Menurut laporan pihak Ukraine, operasi peperangan elektronik Russia tidak menganggu transmisi data di antara satelit Starlink dengan terminal di bumi.

Bagaimanapun, sistem peperangan elektronik Russia itu mensasarkan modul Global Positioning System (GPS) sistem peranti satelit Starlink itu yang menyebabkan sistem yang amat penting untuk operasi tentera Ukraine gagal berfungsi.

Terdapat penganalisis menyatakan bahawa sistem peperangan elektronik “Tobol” Russia itu menggunakan kaedah “downlink jamming” di mana ia mensasarkan signal daripada satelit kepada terminal atau stesen penerima.

Russia dipercayai memiliki sekurang-kurangnya tujuh buah kompleks sistem peperangan elektronik “Tobol” yang diwujudkan berhampiran kemudahan mengesan satelit miliknya.

Kebergantungan tentera Ukraine terhadap sistem Starlink membimbangkan pihak Barat.

Starlink

Bulan lepas, Pentagon telah mencapai persetujuan untuk membekalkan di antara 400 hingga 500 terminal Starlink kepada pihak tentera Ukraine.

Tahun lepas, pihak Ukraine memperolehi 1,300 terminal Starlink menerusi pembekal di Britain tetapi terdapat laporan menyatakan perkhidmatan itu terpaksa dihentikan selepas Kiev gagal melunaskan bayaran bulanan sebanyak US$2,500 (RM11,200) bagi perkhidmatan setiap terminal itu.

Perkhidmatan Starlink itu bergantung kepada 4,500 satelit milik SpaceX yang berada di Low Earth Orbit.  

Laporan rahsia oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) yang didedahkan kepada umum baru-baru ini telah menyatakan kebimbangan berkenaan kegagalan bom-bom pintar (smart bombs) yang dibekalkan kepada tentera Ukraine dalam memusnahkan sasaran tentera Russia.

Pegawai-pegawai Pentagon mengesahkan kepada media Amerika Syarikat bahawa bom-bom pintar yang dibekalkan oleh Washington kepada tentera Ukraine telah gagal mengenai sasarannya akibat “diganggu” (jamming) oleh sistem peperangan elektronik (Electronic Warfare – EW) tentera Russia. 

Sistem peperangan elektronik Russia telah menganggu (jamming) signal GPS (Global Positioning System) yang digunakan oleh bom-bom pintar, menyebabkan kegagalan bom-bom itu mengenai sasaran mereka. — DSA

Starlink
Elon Musk

donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...