Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dron Berani Mati Russia “Lancet-3” Guna “Otak” Buatan Amerika Syarikat

Sebenarnya dron berani mati Russia "Lancet-3" yang dibina oleh ZALA Aero Group itu mempunyai “otak” Amerika Syarikat, dimana sebahagian besar komponen-komponen "cerdiknya" adalah buatan syarikat negara itu.

0 1,199

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Pihak tentera Rusia mendakwa sebanyak 45 peratus daripada kelengkapan tentera Ukraine terutamanya sistem artilleri yang dibekalkan oleh negara-negara NATO telah dimusnahkan oleh dron berani mati Lancet-3 miliknya.

Dakwaan itu telah dikemukakan oleh Menteri Pertahanan Russia Sergey Shoigu.

Dron berani mati “Lancet-3” keluaran syarikat Russia, ZALA Aero Group yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Kalashnikov Concern muncul sebagai antara sistem persenjataan yang amat digeruni oleh anggota tentera Ukraine sejak peperangan bermula Februari tahun lepas.

Lancet

Bernilai hanya US$35,000 (RM157,000) sebuah, Russia menggunakan dron berani mati Lancet-3 itu untuk memusnahkan senjata-senjata milik Ukraine yang harganya jauh lebih mahal seperti sistem artilleri dan sistem pertahanan udara yang dibekalkan oleh negara-negara Barat.

Walaupun hanya membawa bahan peledak seberat 5kg dengan radius operasi 50km, tetapi kerosakan yang disebabkan oleh bedilan Lancet-3 mengerunkan tentera Ukraine.

Namun, sebenarnya dron berani mati Russia itu sebenarnya mempunyai “otak” Amerika Syarikat, dimana sebahagian besar komponen-komponen utamanya adalah buatan syarikat negara itu.

Pakar-pakar Ukraine berjaya mendapat sebuah dron Lancet yang terhempas selepas ia gagal meletup.

Mereka telah bertindak menanggalkan dron berani mati itu dan ia telah mendedahkan tentang “kandungan” sebenar dron berani mati itu yang sehingga kini telah memainkan peranannya di medan peperangan dengan amat berkesan.

Lancet

Apa yang pakar Ukraine dapati adalah dron berani mati Lancet itu dilengkapi dengan single-board komputer NVIDIA Jetson TX2 dan chip Xilinx Zynq chip.

Xilinx Adaptive merupakan syarikat pembangun dan pembina intergrated chip (ic) yang dimiliki oleh syarikat terkenal Amerika Syarikat, AMD.

Pakar-pakar Ukraine juga menemui chip yang dibuat oleh syarikat Korea Selatan, SK Hynix di dalam dron berani mati Lancet itu.

Manakala komponen-komponen lain yang digunakan oleh dron berani mati itu berkemungkinan telah “dipadam” bagi mengelak ia daripada dikesan asal-usul dan syarikat-syarikat membuatnya.

Pakar-pakar juga menyatakan bahawa dron berani mati Russia itu dilengkapi dengan bahan peledak shaped charge K3-6 dan bahan peledak plastik yang diletak di bahagian ekor dron itu.

Lancet

Berikutan kejayaannya di medan peperangan, ZALA Aero Group kini sedang meningkatkan lagi pengeluaran dron berani mati Lancet-3 itu bagi menampung keperluan tentera Russia yang berada di medan peperangan.

Baru-baru ini stesen televisyen Russia, Rossiya 1 telah menayangkan kemudahan pengeluaran dron berani mati itu yang baru di sebuah bekas pusat membeli-belah.

Pusat membeli-belah itu telah dijadikan kemudahan pengeluaran Lancet-3 di dalam tempoh 8 bulan sahaja.

Ketua produksinya Alexander Zakharov berkata beliau memerlukan kenderaan Segway untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain di kemudahan baru itu. — DSA

Lancet
Lancet

donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...