Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sri Lanka Bakal Saman Pemilik Kapal Kargo Singapura Yang Terbakar

Siasatan jenayah turut dijalankan terhadap kebakaran di atas kapal MV X-Press Pearl itu, yang membawa 25 tan asid nitrik dan sejumlah besar bahan mentah plastik.

0 1,017

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pihak berkuasa Sri Lanka bakal menyaman pemilik kapal kargo Singapura yang terbakar di pantai barat negara itu sejak 11 hari lepas.

Siasatan jenayah turut dijalankan terhadap kebakaran di atas kapal MV X-Press Pearl itu, yang membawa 25 tan asid nitrik dan sejumlah besar bahan mentah plastik.

Menurut pihak berkuasa negara it, kebakaran masih belum dipadamkan sepenuhnya di bahagian belakang kapal sepanjang 186 meter itu.

Kebanyakan kargo di dalamnya musnah terbakar dengan terdapat di antaranya yang jatuh ke dalam Lautan Hindi.

Akibat kebakaran itu juga, beberapa tan butiran mentah plastik turut memenuhi pantai Sri Lanka, sehingga menyebabkan sekatan penangkapan ikan, selain mencetus kebimbangan kerosakan ekologi.

Sri Lanka

Setakat ini, Pihak Berkuasa Perlindungan Persekitaran Marin (MEPA) Sri Lanka sudah bertemu dengan peguam negara Sanjaya Rajaratnam bagi merangka tindakan undang-undang terhadap pemilik kapal kargo, anak kapal serta syarikat insurans.

Bagaimanapun, sehingga kini, penilaian terhadap kerosakan alam sekitar masih belum dibuat tetapi mereka percaya ia adalah pencemaran marin terburuk pernah berlaku di Sri Lanka.

Sementara itu, Ketua Tentera Laut Sri Lanka, Naib Laksamana Nishantha Ulugetenne berkata, kapal itu kini masih dijilat api, namun kebakaran sudah terkawal.

Sri Lanka

Katanya, ia akan mengambil masa beberapa hari lagi untuk dipadamkan sepenuhnya.

Siasatan awal mendapati, tiada kemungkinan kapal itu pecah atau terbelah dua.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...