Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Komentar Bukan Pakar Tentang Penerbangan Pesawat “Test-Bed” IAI-Elta

Ya, sebagaimana yang dinyatakan oleh kementerian, pesawat dengan nombor pendaftaran 4X-AOO ia adalah pesawat awam dan penerbangannya di ruang udara Malaysia mendapat kebenaran daripada kita.

0 665

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam Kementerian Pengangkutan telah pun mengesahkan bahawa sebuah pesawat “test-bed” Boeing 737-400 milik Israel Aerospace Industries (IAI)-Elta Electronics melalui ruang udara negara dalam penerbangan ke destinasi iaitu Singapura.

Ya, sebagaimana yang dinyatakan oleh kementerian, pesawat dengan nombor pendaftaran 4X-AOO ia adalah pesawat awam dan penerbangannya di ruang udara Malaysia mendapat kebenaran daripada kita.

“Pesawat awam berkenaan disahkan melalui ruang udara Malaysia mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO),” kata Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam kenyataan itu.

Sebagai negara anggota kepada ICAO, yang govern peraturan penerbangan awam, maka kita patuhlah.

“Tiada corak penerbangan tidak normal ketika pesawat terbabit melalui ruang udara Malaysia,” kata kementerian itu dalam kenyataan, sambil menambah pesawat Israel itu juga tidak dibenarkan berlegar-legar (loiter) di ruang udara negara ini.

IAI-Elta

 

Dari Male di Maldives, pesawat Israel it terus ke Pangkalan Udara Paya Lebar di republic terbabit.

Ketika di Paya Lebar Airbase, pesawat IAI-Elta Electronics itu terbang ke udara Singapura dan “berlegar-legar” pada 24 Mei dan 25 Mei untuk melakukan “demonstrasi produk komersial” kepada pelanggannya iaitu, ST Engineering.

ST Engineering dalam satu kenyataan mengesahkan kehadiran pesawat IAI-Elta dan demonstrasi produk itu, tetapi ia tidak menjelaskan apa sebenarnya peralatan yang didemonstrasi itu.

Semua demonstrasi oleh pesawat Israel itu dilakukan dalam ruang udara dan sempadan Singapura. Tidak pernah sesekali menceroboh sempadan negara.

Ok, baguslah, cuma admin tertanya – adakah kita sebagai sebuah negara anggota ICAO tidak berhak untuk berkata “tidak” kepada penerbangan pesawat Israel di ruang udara kita walaupun pesawat dengan nombor pendaftaran 4X-A00 itu adalah pesawat awam.

Kalu pesawat tentera itu lain cerita la, itu adalah “clear cut,” tetapi pesawat awam daripada sebuah negara yang kita tidak mempunyai hubungan diplomatik.

Israel

Mungkin ada pakar-pakar penerbangan awam boleh menerangkan dengan lanjut mengenai perkara itu kerana ia membabitkan peraturan-peraturan ICAO yang kompleks.

Persoalan itu timbul kerana ada pendapat mengatakan Malaysia berhak untuk mengatakan tidak kepada penerbangan pesawat Israel di ruang udara Malaysia, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Indonesia sebelum ini.

Precedent-nya telah ada iaitu membabitkan negara jiran kita, Indonesia dan sebab itulah ramai yang bertanya.

Ianya diulangi lagi hari ini apabila, Kapten Datuk Niz Huzlan Nik Hussain sebagaimana dipetik sebagai berkata oleh portal automotif tempatan “Careta” berkata Malaysia boleh jika ia tidak mahu meluluskan penerbangan pesawat Israel itu.

“Sebenarnya, jalan udara paling dekat untuk ke Singapura jika dari Male, Maldives ialah merentasi Sumatera,” ujar Kapten Nik Huzlan.

“Tetapi saya syak kerajaan Indonesia tidak membenarkan pesawat Israel itu melalui ruang udaranya,” kata beliau kepada portal berita automotif itu.

Ramai juga netizen negara ini yang berkata pihak berkuasa negara ini sepatutnya mengikut pendekatan diambil oleh kerajaan Indonesia pada 2017 yang tidak membenarkan pesawat membawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu melalui ruang udaranya ketika ia mahu ke Sydney daripada Singapura.

Netanyahu

Akibat tindakan tegas Jakarta itu, pesawat Netanyahu terpaksa “mengambil jalan jauh” dengan ke Filipina terlebih dahulu dan melalui ruang udara Papua New Guinea sebelum mendarat di Australia dalam penerbangan yang mengambil masa lebih 11 jam.

Kalau penerbangan itu mengambil laluan yang direct daripada Singapura-Sydney menggunakan ruang udara Indonesia, ia akan memerlukan masa 7 jam sahaja.

Admin dan netizen lain tertanya juga sama ada kita berhak untuk bertindak seperti Indonesia pada 2017 dan jika jawapannya adalah iya, mengapa kita tidak mengambil tindakan sebegitu.

Satu lagi perkara yang admin ingin timbulkan adalah pesawat Israel itu sendiri yang dikategorikan sebagai sebuah pesawat awam.

Boeing 737 itu sememangnya sebuah pesawat awam daripada segi kerangka asalnya sebagaimana pesawat MPA (Maritime Patrol Aircraft) P-8 Poseidon selepas diubahsuai dan lain-lain pesawat awam tetapi telah menjalani ubahsuai.

Dari segi luaran serta pendaftaran ICAO, memang ia dikategorikan sebagai pesawat awam tetapi apa yang berada didalamnya mungkin tidak berapa “awam sangat,” terutamanya jika dipenuhi dengan komponen ELINT, SIGINT, radar dan pelbagai antenna yang sensitif yang bukan untuk tugas-tugas “awam” tetapi lebih kepada ketenteraan.

Jika begitulah keadaan pesawat terbabit, adakah ia masih dikategorikan sebagai pesawat awam oleh ICAO?

Itu kena tanya dengan ICAO yang kena jawab persoalan-persoalan ini. Kena jelas ok, ini semua soalan kepada ICAO, sebuah badan antarabangsa tau bukan untuk pihak berkuasa tempatan.

Admin bukan nak “tembak” local authorities tau, kena bagitau awal-awal sebelum kena label “palatao.”

Cuma kita kena berhati-hati dengan taktik negara-negara kuasa besar dunia yang kadang-kala menggunakan no-pendaftaran ICAO (HEX Code) yang palsu untuk mengaburi mata ATC sesebuah negara daripada tujuan utama mereka.

Tahun lepas kita didedahkan tentang kegiatan pesawat pengintip Amerika Syarikat menggunakan nombor pendaftaran pesawat awam Malaysia untuk melakukan penerbangan mengintip di Laut China Selatan.

Maciam-maciam la….

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...