Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Hubungan Pertahanan Filipina-Israel Semakin Kukuh Dengan Sistem “SPYDER”

Duta Israel ke Filipina Ilan Fluss pula berkata bahawa hubungan pertahanan di antara Manila dan Tel Aviv sememangnya erat sebelum ini menerusi perolehan beberapa sistem pertahanan oleh Filipina seperti dron “Hermes”, kereta kebal ringan “Sabrah” dan bot peronda “Shaldag”.

0 1,719

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hubungan erat di antara Filipina dan Israel diperkukuhkan lagi dengan perolehan sistem pertahanan udara jarak sederhana “SPYDER” yang dibangunkan oleh syarikat Israel,  Rafael Advanced Defense Systems.

Dipanggil “SPYDER Philippine Air Defense System” (SPADS), sistem itu diserahkan kepada Presiden Filipina Marcos sendiri, menandakan detik bersejarah kepada angkatan tentera negara itu yang buat pertama kali memiliki sistem pertahanan udara yang dedikasi.

Presiden Marcos menyatakan bahawa perolehan SPADS itu meningkatkan kemampuan negara dalam melindungi negara daripada sebarang pelbagai jenis ancaman udara, sama ada daripada dalam dan luar negara.

Duta Israel ke Filipina Ilan Fluss pula berkata bahawa hubungan pertahanan di antara kedua negara sememangnya erat sebelum ini menerusi perolehan beberapa sistem pertahanan oleh Filipina seperti dron “Hermes”, kereta kebal ringan “Sabrah” dan bot peronda “Shaldag”.

Beliau juga menyatakan hasrat Israel untuk memperkukuhkan dan mendalamkan hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.

SPYDER

“Israel telah menjadi rakan yang dipercayai dan boleh diharap kepada Filipina, terutamanya di dalam bidang pertahanan dan keselamatan,” kata beliau.

Sebuah bateri sistem pertahanan udara SPADS terdiri daripada unit kawalan dan pemerintahan, satu missile supply vehicle, satu field service vehicle dan tiga unit pelancar peluru berpandu.

Angkatan Tentera Filipina memperolehi tiga bateri sistem pertahanan udara SPYDER pada tahun 2019 dibawah projek perolehan Ground Based Air Defense System (GBADS) di bawah Program Permodenan Angkatan Tentera Filipina.

SPYDER

Angkatan Tentera Filipina akan menggunakan sistem pertahanan udara SPYDER itu untuk melindungi pangkalan udara milik Tentera Udara Filipina serta untuk mempertahankan ruang udara negara Asia Tenggara itu.

Bagaimanapun terdapat rancangan untuk memperluaskan penggunaan SPADS dikalangan unit-unit Tentera Darat Filipina dan Kor Marin negara itu.

Sebelum penggunaan SPADS oleh Tentera Udara Filipina, sistem pertahanan udara negara itu terdiri daripada artilleri pertahanan udara dan sistem MANPADS seperti Stinger serrta Mistral.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Sistem pertahanan udara SPYDER mempunyai dua varian – varian SPYDER-SR (Short Range) yang memiliki jarak sejauh 15km serta SPYDER-MR (Medium Range) yang memiliki jarak sehingga 35km.

Pada ketika ini, selain Filipina yang menggunakan sistem pertahanan udara SPYDER, negara-negara Vietnam dan Singapura juga menggunakan sistem pertahanan udara keluaran syarikat pertahanan daripada Israel itu. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...