Singapura Tambah Dua Lagi Kapal Selam Kelas-Invincible, Jadikan Keseluruhan Enam Buah Dimilikinya
Dua buah kapal selam tambahan kelas-Invincible itu merupakan sebahagian daripada pendekatan jangka panjang Tentera Laut Republik Singapura dalam usaha membangunkan keupayaan masa hadapan, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan republik itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Republik Singapura memperolehi dua buah lagi kapal selam kelas-Invincible Type 218SG, bagi menambah empat buah kapal selam terbabit yang telah pun diperolehinya pada sebelum ini, bagi menambah lagi kemampuan peperangan bawah permukaan lautnya.
Dua buah kapal selam tambahan kelas-Invincible itu akan turut dibina oleh syarikat Thyssen Krupp Marine Systems (TKMS) dan akan mula diterima oleh Singapura pada 2034.
Pada Mac lepas, Menteri Pertahanan Singaoura Dr Ng Eng Hen menyatakan bahawa Singapura akan membeli dua buah lagi kapal selam kelas-Invincible.
Dua buah kapal selam tambahan kelas-Invincible itu merupakan sebahagian daripada pendekatan jangka panjang Tentera Laut Republik Singapura dalam usaha membangunkan keupayaan masa hadapan, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan republik itu.
“Customised oleh Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) mengikut keperluan Singapura, kapal selam kelas-Invincible ini dibina untuk beroperasi di perairan tropika yang cetek dan sibuk, serta dikendalikan oleh krew kecil yang terdiri daripada anggota kapal selam selam khas Tentera Laut Republik Singapura,” menurut kenyataan itu.
Kementerian itu turut menyatakan bahawa pemerolehan dua lagi kapal selam kelas-Invincible akan memperkukuh keupayaan tentera laut negara itu dalam melindungi laluan perhubungan laut Singapura.
Singapura menandatangani perolehan empat buah kapal selam kelas-Invincible itu pada 2017 dan pada September tahun lepas telah pun mula mengoperasi dua buah daripada kapal selam itu RSS Invincible dan RSS Impeccable.

Kementerian Pertahanan negara itiu memaklumkan bahawa ujian dan proses penerimaan bagi kapal selam ketiga dan keempat — Illustrious dan Inimitable — sedang berjalan dengan lancar di Jerman, dan kedua-duanya dijangka tiba di Singapura menjelang tahun 2028.
Singapura dan TKMS menandatangani dua kontrak berasingan pada 2013 dan 2017 untuk perolehan empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible yang diberikan nama “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable.”
Keempat-empat kapal selam “custom-made” Type 218SG kelas-Invicible itu dibina dengan mengambilkira keperluan spesifik Singapura.
Antara ciri-ciri utama kapal selam terbaru Singapura itu adalah ia dilengkapi dengan kipas (rudder) berbentuk X bagi pergerakan yang lebih lincah di bawah permukaan air.
Bagi penganalisis tentera laut serantau, empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invincible milik Singapura itu merupakan aset bawah permukaan air paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.
Rekabentuk kapal selam terbaru Singapura yang direkabentuk khusus untuk republik itu juga dikatakan hampir sama dengan kapal selam Dolphin-2 Tentera Laut Israel (berkemungkinan sistem sensor dan lain juga adalah sama).
Kapal selam milik Tentera Laut Israel itu juga telah dibina oleh anak syarikat TKMS, HDW.

Dengan berat kira-kira 2,200 tan, kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik Singapura itu boleh beroperasi 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam lain yang kini dimiliki oleh republik itu, selain dilengkapi dengan sistem persenjataan dan sensor yang jauh lebih baik.
Bagi penganalisis tentera laut serantau, empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik Singapura itu merupakan aset bawah permukaan air yang paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.
Kemasukan empat buat kapal selam Type 218SG kelas-Invincible iaitu “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable” bakal melonjakkan lagi kekuatan peperangan bawah permukaan laut Tentera Laut Singapura ke tahap yang lebih tinggi, yang selama ini mempertaruhkan kapal-kapal selam terpakai miliknya daripada kelas-Archer dan kelas-Challenger.
Kesemua kapal selam terbaru Singapura itu mempunyai berat 2,000-2,200 tan (apabila di bawah permukaan) dan kelajuan 15 knot.
Ia memiliki panjang 70 meter dan lebar lebih 6 meter.
Kapal selam Singapura ini memiliki lapan corong torpedo yang bukan sahaja boleh melancarkan torpedo berkaliber 533mm tetapi juga peluru berpandu anti kapal.


Ia juga akan dilengkapi dengan Air Independent Propulsion (AIP) menggunakan teknologi Fuel Cell yang membolehkan kapal selam itu menyelam 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam yang lain.
Singapura menyatakan sebelum ini bahawa memiliki hanya empat buah kapal selam adalah sesuatu yang tidak optimal, sekaligus mewajarkan republik itu untuk menambah perolehan dua buah lagi kapal selam kelas-Invincible itu.
“Kapal selam kami menjalani kitaran penyelenggaraan yang lebih ketat dan kerap dengan pemeriksaan yang teliti. Seperti yang dapat dibayangkan, kapal selam ini perlu beroperasi di bawah tekanan tinggi, secara literal.”
“Akibatnya, masa operasi (kapal selam) menjadi lebih singkat. Inilah sebabnya kebanyakan tentera laut yang mengendalikan kapal selam mempunyai lebih daripada empat unit – antaranya Australia, Indonesia, dan Vietnam, yang merupakan jiran terdekat kami,” kata Menteri Pertahanan Singapura sebelum ini.
Setelah membuktikan bahawa kapal selam kelas- Invincible diperolehinya daripada Jerman itu mampu beroperasi dengan baik di perairan tropika, maka Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) kata beliau, merancang untuk memperoleh dua lagi kapal selam.
Pada November tahun lepas, Tentera Laut Republik Singapura telah secara rasmi menamatkan perkhidmatan dua buah kapal selam terakhir kelas-Challenger, iaitu RSS Conqueror dan RSS Chieftain dalam satu majlis di RSS Singapura – Pangkalan Tentera Laut Changi.

Kapal selam kelas-Challenger itu adalah kapal selam bekas Tentera Laut Diraja Sweden kelas Sjöormen buatan syarikat Kockums dan mula berkhidmat dengan Tentera Laut Republik Singapura pada tahun 1990-an.
Keseluruhannya Tentera Laut Republik Singapura memiliki empat buah kapal selam kelas-Challenger, dengan dua buah kapal selam jenis itu, RSS Challenger dan RSS Centurion telah pun ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 2015.
Kapal-kapal selam kelas-Challenger Tentera Laut Republik Singapura yang ditamatkan tauliahnya itu telah digantikan oleh kapal selam terbaru republik itu daripada kelas-Invincible.
Sehingga kini, dua buah kapal selam Type 218SG kelas-Invincible iaitu RSS Impeccable dan RSS Invincible telah pun berada di Singapura manakala dua buah lagi kapal selam kelas itu masih diperingkat pembinaan di Jerman.
RSS Impeccable tiba di Singapura pada Julai tahun 2023 manakala RSS Impeccable tiba di republik itu pada Ogos lepas.
Kedua-dua buah kapal selam yang masih dibina di Jerman, “Inimitable” dan “Illustrious” dijangka akan hanya dihantar ke Singapura pada 2028.
— DEFENCE SECURITY ASIA