Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Singapura Naik Taraf 62 Buah Pesawat F-16C/D, Jadikannya Lebih Berkemampuan

Kerja-kerja menaiktaraf pesawat F-16 Singapura yang dianggarkan bernilai US$2.4 bilion itu meliputi melengkapkan pesawat-pesawat F-16 milik Singapura dengan radar baru daripada AN/APG-83 Active Electronically Scanned Array (AESA).

3,798

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada tahun depan, pesawat F-16 pertama milik Tentera Udara Republik Singapura yang telah dinaiktaraf dijangka akan diserahkan kepada negara pulau itu, sekaligus menambah lagi bisa tentera udara negara jiran kita itu.

Kerja-kerja menaiktaraf pesawat F-16 Singapura itu dilakukan oleh syarikat pembuat, Lockheed Martin serta ST Engineering Aerospace dengan nilai kerja-kerja menaiktaraf itu dianggar bernilai US$40 juta bagi setiap satu pesawat.

Tentera Udara negara jiran itu memiliki 62 buah pesawat pejuang F-16C/D Block 52, dengan 14 daripada pesawat itu ditempatkan di Luke Air Force Base di Arizona, Amerika Syarikat manakala 48 buah pesawat ditempatkan di pangkalan udara dalam negara.

Penempatan sejumlah pesawat itu ditempatkan di Amerika Syarikat untuk tujuan latihan.

48 buah pesawat F-16C/D milik Singapura itu beroperasi di tiga buah pangkalan udara di republic itu iaitu,  Pangkalan Udara Changi dan Pangkalan Udara Tengah.

F-16

Singapura adalah pengguna terbanyak pesawat F-16 di rantau Asia Tenggara. Pengguna pesawat pejuang satu tempat duduk di Asia Tenggara meliputi Thailand dan Indonesia.

Kerja-kerja menaiktaraf pesawat F-16 Singapura yang dianggarkan bernilai US$2.4 bilion itu meliputi melengkapkan pesawat-pesawat F-16 milik Singapura dengan radar baru daripada AN/APG-83 Active Electronically Scanned Array (AESA).

Pada ketika ini, hanya pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Singapura menggunakan radar AESA.

F-16

Selain daripada dilengkapkan dengan radar baru AESA, pesawat-pesawat F-16C/D Block 52 Singapura itu juga akan menerima kelengkapan baru terdiri daripada mission computers yang baru, Joint Helmet Mounted-Cueing System (JHMCS) yang membolehkan ia diintergrasikan dengan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X serta peluru berpandu  GBU-38 Joint Direct Attack Munition (JDAM).

Selain itu, pesawat F-16 dinaiktaraf Singapura itu juga akan mampu membawa dan melancarkan peluru berpandu GBU-49/50 Enhanced Paveway II Dual-Mode Guided Bombs dan CBU-105 Sensor-Fuzed weapon.

Sistem JHMCS yang baru bagi pesawat F-16 itu akan menggantikan sistem DASH (Display and Sight Helmet) yang dibangunkan oleh firma pertahanan Israel iaitu Elbit Systems yang sedang digunakan oleh pesawat F-16 Singapura.

F-16

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Amerika Syarikat membekalkan Singapura dengan 62 buah pesawat F-16 itu di antara 1998 hingga 2003.

Pesawat-pesawat F-16 Tentera Udara Republik Singapura itu juga dikatakan menggunakan sistem Electronic Warfare Suite buatan Israel tetapi sehingga kini tiada pengesahn daripada mana-mana pihak di Singapura.

Republik Singapura merupakan antara tiga buah negara di Asia Pasifik yang menjalankan kerja-kerja menaiktaraf pesawat pejuang meraka.

Dua negara lain itu adalah Taiwan dan Korea Selatan. — DSA

 

 

 

Comments are closed.