Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

S’pura Bina 6 “Multi Role Combat Vessels”. Berat 10,000 Tan Setiap Sebuah?

Kapal-kapal Multi Role Combat Vessels (MRCV) Tentera Laut Republik Singapura (RSN) itu direkabentuk untuk berfungsi sebagai kapal induk (mothership) dan boleh mengoperasikan sistem dengan pemandu (manned) dan tanpa pemandu (unmanned) dalam keadaan yang fleksibel dan bersepadu, selain berkemampuan untuk menyokong pelbagai misi dan keberkesanan kombat yang maksimum.

0 5,177

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Singapura telah menganugerahkan kontrak rekabentuk dan pembinaan enam buah kapal perang dipanggil  “Multi Role Combat Vessels” (MRCV) untuk Tentera Laut Republik Singapura (RSN).

Kontrak tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat ST Engineering Marine Ltd, yang merupakan anak syarikat kepada Singapore Technologies Engineering Ltd (ST Engineering).

Keenam-enam buah kapal MRCV itu akan dibina di kemudahan ST Engineering Marine di Singapura, dengan kapal-kapal perang itu mula diserahkan kepada Tentera Laut Singapura bermula pada tahun 2028.

Formidable
Kapal friget kelas-Formidable Tentera Laut Singapura.

 

Kapal-kapal MRCV itu direkabentuk untuk berfungsi sebagai kapal induk (mothership) dan boleh mengoperasikan sistem dengan pemandu (manned) dan tanpa pemandu (unmanned) dalam keadaan yang fleksibel dan bersepadu.

Ia berkemampuan untuk menyokong pelbagai misi dan keberkesanan kombat yang maksimum.

“Kontrak ini mengesahkan kemampuan kami dalam merekabentuk dan membina kapal-kapal tentera laut yang besar dan kompleks,” kata Presiden Perniagaan Marin di ST Engineering Ng Sing Chan dalam satu kenyataan.

Kapal-kapal MRCV yang baru itu akan menggembleng segala kesan berangkai teknologi digital, untuk memenuhi keperluan Tentera Laut Singapura bagi operasi yang lebih pantas dan lebih berkesan, kata beliau.

Ia juga menunjukkan kemampuan dan komitmen syarikat dalam menyokong Kementerian Pertahanan Singapura di dalam bidang rekabentuk, pembinaan, operasi dan sokongan, menurut Sing Chan lagi.

Sementara itu, portal pertahanan antarabangsa Naval News melaporkan bahawa agensi Kementerian Pertahanan Singapura, Defence Science and Technology Agency (DSTA) telah menandatangai Memorandum Persefahaman dengan syarikat Saab untuk bekerjasama dalam merekabentuk kapal-kapal MRCV itu.

MRCV
Kapal destroyer kelas-Iver Huitfeld Tentera Laut Denmark.

 

Kapal-kapal itu akan menggunakan teknologi Artificial Technology (AI) dan Data Analytics untuk merealisasikan hasrat untuk melihat MRCV itu untuk menjadi kapal dengan tahap teknologi digital yang tinggi.

Menurut Naval News lagi, kapal-kapal MRCV Tentera Laut Singapura itu akan menggantikan kapal-kapal korvet peluru berpandu kelas-Victory republik itu yang telah berkhidmat sejak tahun 1989.

Portal pertahanan itu juga menyatakan bahawa MRCV merupakan kapal-kapal permukaan (surface combatants) tetapi pada masa yang sama akan bertindakan sebagai “mothership” untuk aset-aset tanpa pemandu dan berpemandu bagi memberikan ia flesibiliti dalam menangani pelbagai ancaman.

LMV
Kapal Littoral Mission Vessel (LMV) kelas-Independence Tentera Laut Singapura.

 

Ia juga berkata bahawa Saab adalah kontraktor bagi projek ini, dengan rekabentuk kapal-kapal MRCV itu adalah berdasarkan kepada kapal perang “Iver Huitfeldt / Absalon” dan berat penuh (full load) mencecah 10,000 tan.

Jika benar beratnya mencecah 10,000 tan, maka kapal-kapal perang terbaru Tentera Laut Singapura itu berkemungkinan menyamai kelas-kelas destroyer atau cruiser.

Kapal-kapal MRCV Singapura itu akan dilengkapi dengan radar “Sea Fire” oleh Thales dan peluru berpandu pertahanan udara VL Mica dan Aster yang dibangunkan oleh MBDA.– DSA

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...