Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Antara Bangsa dan Negara, Dilema Seorang Perisik?

0 754

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Penangkapan warga Singapura, Dickson Yeo atau Jun Wei Yeo, 39 oleh ejen-ejen Federal Bureau of Investigation (FBI) pada Julai lepas kerana menjadi perisik China telah menimbulkan beberapa persoalan di republik di selatan tanah air itu.

Sebagaimana yang kita tahu, Singapura adalah sekutu tegar Amerika Syarikat walaupun majoriti penduduknya adalah berbangsa Cina.

Sebanyak 75 peratus penduduk Singapura adalah berbangsa Cina, manakala pengkalan udara dan lautnya pula sering kali menjadi lokasi persinggahan wajib bagi aset-aset tentera Uncle Sam.

Jadi apabila rakyatnya ditangkap oleh Amerika Syarikat kerana menjadi perisik kepada China, ia sedikit sebanyak mengikis kepercayaan Washington terhadap sekutunya, Singapura dan rakyatnya yang pro kepada dunia barat.

Chinese Spy

Benda yang sama jugalah apabila kesetiaan orang Melayu di Singapura yang sering dipertikai terutamanya apabila mereka menyarung uniform pasukan keselamatan terutamanya anggota tentera yang memegang senjata api?

Persoalan yang sering bermain difikiran apabila orang Melayu memakai uniform tentera adalah apakah orang Melayu Singapura akan setia kepada Singapura atau Malaysia jika kedua-dua negara berjiran itu berkonflik?

Walaupun ia mungkin tidak betul, tetapi itulah persepsinya.

Admin masing mengingati lagi, bagaimana kesetiaan orang Melayu Singapura diragui sehinggakan terdapat dakwaan anggota NS (national service) Melayu tidak dibenarkan menganggotai unit-unit kombat di barisan hadapan termasuk membawa jet pejuang.

Sebab itulah, orang Melayu di Singapura lebih banyak dihantar berkhidmat NS sebagai polis, Imigresen atau SCDF (Singapore Civil Defence Force).

Tentera Singapura
Tentera Singapura

Sesiapa yang pernah ke pusat pemeriksaan CIA Woodlands, boleh melihat dengan sendiri sebahagian besar penguatkuasanya adalah bangsa apa….

Anggota tentera NS Melayu juga kurang berkhidmat di kapal-kapal perang republik itu, tetapi biasalah pemerintah Singapura menggunakan alasan ketiadaan dapur dan makanan tidak halal.

Ok berbalik pada kes Dickson Yeo itu, apakah Singapura yang majoriti penduduknya berbangsa Cina sebenarnya lebih setia kepada China di atas faktor keturunan/bangsa berbanding sekutu tegarnya Amerika Syarikat?

Agensi keselamatan Amerika Syarikat sedang pening memikirkannya?

Mungkin Uncle Sam kini sedang memantau rapi warga Singapura dan menganggap setiap penduduk Cina republik itu sebagai potential intel operatives kepada China.

Bekas diplomat Singapura, Bilahari Kausikan dalam coretan di FB berkata, akibat tindakan bodoh Dickson itu, kini semua warga Singapura dianggap saspek perisik China.

“One fool like this can get all Singaporeans suspected,” kata Bilahari.

Bilahari Diplomat
Bilahari Kausikan

Apakah Cina Singapura lebih setia kepada China di atas faktor darah kecinaan mereka? Apakah akan ada lagi kes-kes seperti kes Dickson Yeo selepas ini? Apa yang pasti pihak Amerika Syarikat sudah pasti melihat rakyat Singapura dengan penuh kesangsian selepas ini.

Adakah “Blood is thicker than water”, adakah kepentingan bangsa itu lebih penting daripada negara?

Pihak pemikir Barat juga berkata kes Dickson itu membimbangkan kerana ia seolah-oleh menunjukkan China mensasarkan penduduk Cina Singapura untuk melakukan kerja-kerja kotor mereka.

China mungkin berfikir sebagai bangsa Cina luar negara yang baik dan bangga dengan identiti kecinaannya, rakyat Singapura lebih mudah untuk dipujuk menjadi perisiknya berbanding bangsa-bangsa lain.

Kedudukan Singapura yang rapat dengan Amerika sehingga dianggap sebagai sekutu Tier One Uncle Sam di Asia, menjadikan rakyat Cina republik itu sebagai sasaran yang amat menarik untuk direkrut sebagai perisik.

Sememangnya Dickson direkrut oleh China kemungkinan besar adalah diatas dasar bahawa beliau pertama-tamanya adalah seorang berbangsa CINA.

Seorang cina luar negara (overseas China) berkhidmat dan menumpahkan kesetiannya kepada ibu pertiwi (tanah tumpah datuk neneknya) adalah slogan yang romantik kepada mereka yang kesetiaannya adalah bertunjangkan kepada darah dan keturunan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...