Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lelaki 64 Thn Dibebas Dari Penculik Abu Sayyaf

0 883

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pasukan tentera dan polis Filipina membebaskan seorang lelaki berusia 64 yang memiliki dwi kerakyatan Amerika/Filipina (PhilAm) daripada tahanan kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Lelaki terbabit yang dikenali dengan nama Rex Triplitt dibebaskan dalam satu operasi khas kedua-dua pasukan keselamatan itu di Sirawai, Zamboanga del Norte semalam.

Rex Triplitt
Rex Triplitt, 64 tahun diculik oleh pengganas Abu Sayyaf bulan lepas di Zamboanga del Norte. (kredit FB)

Mangsa berjaya dibebaskan daripada tahanan Abu Sayyaf itu selepas berlaku satu pertempuran di antara kedua-dua pihak, menurut Komander Briged Infantri ke-102 Brig Jen Leonel Nicholas.

“Mangsa berada di dalam keadaan baik,” katanya sambil menambah, Triplitt dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan pulang.

Rex Triplitt

Lelaki terbabit di culik oleh Abu Sayyaf ketika di dalam perjalanan ke rumahnya di Barangay Tapanayan.

Menurut Leonel lagi, selain pasukan polis dan tentera, turut sama terlibat di dalam operasi membebaskan Triplitt termasuk daripada pejuang daripada Moro Islamic Liberation Front (MILF) dan Moro National Liberation Front (MNLF).

Usaha menjejaki anggota Abu Sayyaf yang terlibat dalam penculikan itu sedang dijalankan oleh pasukan keselamatan.

Abu Sayyaf yang mempunyai hubungan kait dengan pengganas antarabangsa, Al-Qaeda adalah kumpulan Kidnap-For-Ransom (KFR) yang bergiat aktif di selatan Fillipina.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...