Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Serangan Bom Sasar Kenderaan Tentera Myanmar Di Yangon, Keadaan Semakin Meruncing

Dalam kejadian yang baru sahaja dilaporkan berlaku, dua kejadian letupan bom di berlaku di bandar Tamwe di Yangon yang mensasarkan sebuah trak tentera yang diletakkan berhampiran dengan bangunan sebuah bangunan parti politik pro-tentera.

0 1,494

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua insiden letupan bom dilaporkan berlaku di ibu negara Myanmar, Yangon sebentar tadi yang mensasarkan kenderaan tentera negara itu yang dikenali dengan nama “Tatmadaw”, membuktikan bahawa situasi di negara Asia Tenggara itu semakin buruk.

Dalam kejadian yang baru sahaja dilaporkan berlaku, dua kejadian letupan bom di berlaku di bandar Tamwe di Yangon yang mensasarkan sebuah trak tentera yang diletakkan berhampiran dengan bangunan sebuah bangunan parti politik pro-tentera.

Turut mengalami kerosakan akibat kejadian letupan bom itu adalah sebuah teksi.

Parti politik itu dikenali dengan nama “Union Solidarity and Development Party” (USDP), yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan pemerintah tentera negara itu.

Parti ultranasionalis USDP yang kebanyakkan pemimpinnya adalah bekas pegawai-pegawai kanan tentera negara itu juga pernah diketuai oleh presiden negara itu, Thein Sein pada 2013.

Gambar kredit Myanmar Now

 

Sebagaimana yang dilaporkan oleh laman Twitter “Myanmar Now”, bilangan mereka yang cedera atau maut akibat kejadian letupan bom itu masih belum diketahui sehingga kini.

Bagaimanapun, kejadian letupan bom itu menunjukkan golongan penentang kerajaan tentera Myanmar semakin berani melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan negara Asia Tenggara itu, beberapa bulan selepas pemerintah pro-demokrasi negara diketuai oleh Aung San Suu Kyi itu ditumbangkan oleh tentera Myanmar pada Februari lepas.

Terdapat laporan mengatakan kumpulan-kumpulan pemberontak di negara ini kini bekerjasama dengan golongan penentang tentera Myanmar dengan memberikan latihan penggunaan senjata serta ilmu pertempuran.

Sehingga Mei ini, laporan media di Myanmar menyatakan terdapat kira-kira 300 insiden letupan bom berlaku di Myanmar, menyebabkan puluhan orang dan anggota pasukan keselamatan terbunuh.

Gambar kredit Myanmar Now

 

Pemerhati di Myanmar menyatakan letupan-letupan itu dilakukan oleh kedua-dua pihak iaitu, golongan penentang dan pihak keselamatan itu sendiri.

Sejak rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lepas, lebih daripada 800 orang dilaporkan terbunuh di negara itu, kebanyakkannya akibat tindakan ganas pihak tentera manakala hampir 500 orang meringkuk di dalam penjara selepas ditangkap oleh pasukan keselamatan.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...