Pemancing “Bertembung” Kapal Selam Asing Di Selat Melaka
Menerusi video yang dimuat naik oleh page Facebook “Insang Merah Fishing Charter by Lebai Mael”, kelihatan sekumpulan pemancing sedang leka dengan aktiviti rekreasi mereka, apabila tiba-tiba ternampak sebuah kapal selam sedang belayar tidak jauh daripada bot dinaiki mereka.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekumpulan pemancing yang sedang berseronok dengan aktiviti rekreasi mereka berdepan dengan detik “sekali dalam seumur hidup” apabila berhadapan dengan sebuah kapal selam tidak dikenali di perairan sekitar Pulau Jarak di Selat Melaka baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik oleh page Facebook “Insang Merah Fishing Charter by Lebai Mael”, kelihatan sekumpulan pemancing sedang leka dengan aktiviti rekreasi mereka, apabila tiba-tiba ternampak sebuah kapal selam sedang belayar tidak jauh daripada bot dinaiki mereka.
Kapal selam terbabit bergerak di atas permukaan air, sesuatu perkara yang biasa apabila ia belayar di perairan Selat Melaka, berkemungkinan di atas permintaan negara-negara littoral (negara pesisir) di selat itu iaitu Malaysia dan Indonesia.
Tidak dapat dipastikan sama ada kapal selam asing itu sedang memasuki atau mahu dalam pelayaran keluar daripada Selat Melaka.
Mengenai identiti kapal selam yang dilihat oleh sekumpulan pemancing itu, sehingga ini tidak dapat dipastikan tetapi berdasarkan kepada rekabentuknya, ia adalah sebuah kapal selam konvensional iaitu berkuasa diesel-elektrik.


Terdapat kemungkinan kapal yang selam yang dilihat oleh pemancing di Pulau Jarak itu adalah milik Tentera Laut India.
Beberapa hari lepas, akaun X (dahulu dikenali Twitter) OSINT Mr WB @WBWhiskeyBravo menyatakan bahawa sebuah kapal selam milik India, INS Shankul (S47) telah dikesan memasuki Selat Melaka.
INS Shankul adalah kapal selam diesel elektrik kelas-Shishumar Tentera Laut India yang dibina oleh firma HDW daripada Jerman.
Kapal selam seberat 1800 tan itu berkemampuan sebanyak 14 buah torpedo dan periuk api.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan pernah menyentuh tentang pelayaran kapal-kapal selam asing di dalam dan berhampiran perairan negara ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada 30 Mac yang lalu.



Comments are closed.