(VIDEO) Dipanggil “Satan”, Russia Kerah ICBM “Sarmat” Utk Tugasan Kombat Pertama
Digelar dengan panggilan “Satan” oleh NATO, peluru berpandu ballistik antara benua (ICBM) RS-28 “Sarmat” itu berkemampuan membawa di antara 10 hingga 10 kepala peledak nuklear (Multiple Independent Reentry Vehicle – MIRV) yang membolehkannya membedil 10 sasaran berlainan milik musuh-musuhnya.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali, Russia telah meletakkan peluru berpandu ballistik antara benua (Inter Continental Ballistic Missile – ICBM) terbarunya dipanggil “Sarmat” untuk tugasan-tugasan kombat, pada ketika hubungan Moscow dengan Washington dan negara-negara Barat yang lain amat tegang akibat konflik di Ukraine.
Digelar dengan panggilan “Satan” oleh NATO, peluru berpandu ICBM RS-28 “Sarmat” berkemampuan membawa di antara 10 hingga 10 kepala peledak nuklear (Multiple Independent Reentry Vehicle – MIRV).
Dengan 10 buah kepala peledak MIRV bermakna peluru berpandu nuklear “Sarmat” atau “Satan” itu berkemampuan membedil 10 sasaran berlainan milik musuh-musuhnya.
Ketua agensi angkasa lepas Russia, ROSCOSMOS Yuri Borisov mengesahkan kepada media bahawa peluru berpandu nuklear ICBM terbaru negara itu telah diletakan untuk tugasan kombatnya yang pertama sejak ia dibangunkan.
“Peluru berpandu strategik Sarmat telah memulakan tugas kombatnya,” kata beliau sebagaimana dipetik oleh agensi berita Russia, TASS.
Agensi berita itu dalam laporannya menyatakan bahawa kepala peledak MIRV “Sarmat” boleh membedil mana-mana lokasi di dunia sama ada di Kutub Selatan atau Kutub Utara, menunjukkan jarak jangkauan “menggerunkan” peluru berpandu ICBM terbaru Russia itu.
Kerahan peluru berpandu “Sarmat” untuk tugasan kombatnya yang pertama juga berlaku selepas Russia beberapa kali mengancam untuk menggunakan senjata nuklearnya sekira diancam oleh “musuh-musuhnya.”
Pada April tahun lepas, hanya dua bulan selepas tenteranya menceroboh dan memulakan peperangan dengan Ukraine, Presiden Russia Vladimir Putin menyatakan bahawa peluru berpandu ICBM “Sarmat” itu akan membuatkan musuh-musuh Russia “berfikir dua kali.”
Kenyataan Putin itu menyusul beberapa jam selepas “Sarmat” berjaya menjalani ujian pelancarannya yang pertama di tapak pelancaran Plesetsk di utara negara dan membedil sasaran yang terletak sejauh 6,000km di Semenanjung Kamchatka di timur jauh Russia.
#Rusia lanzó un nuevo misil
intercontinental con capacidad nuclear.
Vladimir Putin, indicó
la prueba del tan esperado misil #Sarmat fue exitoso. El Pentágono describió
la prueba como "rutinaria" y dijo que no la considera una amenaza.
Video: @CBSNews
#EN6 pic.twitter.com/w7A4U1REce— El Noticiero (@elnoticiero_6) April 21, 2022
“Saya mengucapkan tahniah kepada anda semua atas kejayaan pelancaran peluru berpandu ICBM Sarmat. Senjata yang unik ini akan memperkukuhkan potensi kombat angkatan tentera dan menjamin keselamatan Russia daripada ancaman luar dan membuatkan mereka yang kerap melaungkan retorik agresif mengancam kita untuk berfikir dua kali,” kata Putin.
Menurut presiden Putin lagi, peluru berpandu ICBM “Sarmat” memiliki ciri-ciri taktikal dan teknikal yang tinggi dan mampu mengatasi semua sistem pertahanan udara moden.
Ketua Roscosmos pula menyatakan bahawa ujian pelancaran “Sarmat”di tapak pelancaran Plesetsk itu adalah suatu “hadiah” kepada Barat.
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat atau Pentagon dalam kenyataannya menyifatkan ujian pelancaran peluru berpandu ICBM “Sarmat” itu bukan suatu bentuk ancaman kepada negara itu dan sekutunya.
Jurucakap Pentagon Laksamana John Kirby berkata Washington tidak menyifatkan pelancaran peluru berpandu balistik sebagai satu ancaman kepadanya dan sekutu-sekutunya.
Kirby juga berkata Moscow telah memaklumkan mengenai pelancaran “Sarmat” kepada pihak Amerika Syarikat bagi memastikan tidak berlakunya sebarang “miscalculations” yang boleh membawa kepada malatpetaka
Peluru berpandu thermonuclear “Sarmat” yang memiliki ketinggian 35 meter dan seberat 200 tan itu boleh menembusi apa sahaja sistem pertahanan udara dan membedil mana-mana sasaran di dunia sejauh di antara 18,000 hingga 20,000km.
Kementerian Pertahanan Russia pula berkata peluru berpandu ballistik “Sarmat” itu merupakan peluru berpandu paling berbahaya di dunia dengan jarak bedilan paling jauh, yang akan meningkatkan lagi kekuatan kombat pasukan peluru berpandu negara itu. — DSA
DOWNLOAD APPS DEFENCE SECURITY ASIA
Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com