Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Saksikan Pesawat Pengebom B-1B Lancer Amerika Gugurkan Bom-Bom Pintar JDAM

(VIDEO) Pesawat pengebom strategik B-1B Lancer milik Amerika Syarikat mengugurkan bom-bom JDAM seberat 500 pound (226kg) terhadap sasaran di Lapang Sasar Pilsung, yang terletak kira-kira 160km di selatan ibu negara Seoul.

0 4,736

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah pesawat pengebom strategik B-1B Lancer milik Amerika Syarikat menunjukkan keupayaan  mengugurkan bom-bom pintar JDAM dengan tepat dalam latihan tentera yang diadakan di Korea Selatan hari ini.

Ia adalah kali pertama di dalam tempoh tujuh tahun dimana pesawat pengebom strategik Amerika Syarikat  itu mengugurkan bom dalam latihan tentera di Korea Selatan.

Pesawat pengebom strategik itu terbang bersama-sama dua pesawat pejuang F-15K, F-35A dan F-16 Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) serta F-35B Kor Marin dan F-16 Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF), menurut kenyataan oleh ROKAF.

Pesawat pengebom strategik B-1B Lancer milik Amerika Syarikat mengugurkan bom-bom JDAM seberat 500 pound (226kg) terhadap sasaran di Lapang Sasar Pilsung, yang terletak kira-kira 160km di selatan ibu negara Seoul.

Latihan tentera itu mengekalkan kemampuan deteren oleh Korea Selatan dan Amerika Syarikat terhadap Korea Utara, selain, membuktikan kemampuan kedua-dua negara sekutu itu untuk menghukum sebarang provokasi oleh Pyongyang, menuurt kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

Pesawat pengebom strategik B-1B Lancer itu terbang daripada Pangkalan Udara Andersen di Guam untuk terlibat dalam latihan di Korea Selatan.

Ia juga adalah sebahagian daripada misi Bomber Task Force (BTF) untuk menonjolkan kuasa udara Amerika Syarikat di rantau itu.

Kemunculan B-1B Lancer pada latihan tentera di Korea Selatan hari ini adalah kali kedua dimana pesawat pengebom Amerika Syarikat melakukan penerbangan di negara Asia Timur itu pada tahun ini.

Tindakan pesawat pengebom B-1B Lancer mengugurkan bom-bom pintar JDAM dalam latihan tentera hari ini di Korea Selatan berlaku hampir seminggu selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Jepun yang juga dikenali sebagai Laut Timur.

Peluru-peluru berpandu jarak dekat Korea Utara itu terbang sejauh 350kmsebelum ia mendarat di kawasan perairan.

Ia adalah ujian pelancaran peluru berpandu ke-enam dilakukan oleh Korea Utara pada tahun ini.

Pada April lalu, dua buah pesawat pengebom B-52 Stratofortress sambil diiringi oleh pesawat-pesawat pejuang ROKAF dan Tentera Udara Jepun melakukan penerbangan di Pulau Jeju, Korea Selatan.

Lancer
B-1B Lancer

 

Pada Disember tahun lepas, pesawat pengebom strategik B-1B Lancer juga melakukan penerbangan bersama-sama pesawat pejuang Korea Selatan dan Jepun berhampiran Pulau Jeju dalam apa yang dilihat sebagai “pertunjukkan kekuatan.”

“Pertunjukkan kekuatan” oleh pesawat-pesawat kombat Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun pada Disember tahun lepas itu berlaku hanya tiga hari selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu ballistik antara benua (ICBM) “Hwasong-18” .

Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyatakan bahawa penerbangan pesawat-pesawat kombat milik tiga buah negara itu menunjukkan ketegasan dan kemampuan untuk memberikan tindak balas terhadap Korea Utara. — DSA

Comments
Loading...