Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Buat Pertama Kali, Hezbollah Berjaya Musnahkan Sistem Pertahanan Udara “Iron Dome”

(VIDEO) Kumpulan Hezbollah telah mengeluarkan video dan gambar-gambar yang  menunjukkan peluru berpandu anti-kereta kebal generasi ketiga "Almas" itu telah memusnahkan pelancar sistem pertahanan udara Iron Dome yang terletak di sebuah pangkalan tentera Israel di Ramot Naftali.

0 1,571

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali, pejuang kumpulan Hezbollah di Lubnan telah berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara Iron Dome milik tentera Israel menggunakan peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” yang dibekalkan oleh Iran.

Keupayaan memusnahkan sistem pertahanan udara Iron Dome milik Israel itu disifatkan suatu kejayaan besar oleh Hezbollah,yang telah beberapa kali cuba memusnahkannya sama ada menerusi bedilan roket atau sistem dron berani mati.

Ini adalah kali pertama, Hezbollah dapat membuktikan dengan jelas kepada seluruh dunia kejayaannya memusnahkan sistem pertahanan udara Iron Dome itu.

Kumpulan Hezbollah telah mengeluarkan video dan gambar-gambar yang  menunjukkan peluru berpandu anti-kereta kebal generasi ketiga “Almas” itu telah memusnahkan pelancar sistem pertahanan udara Iron Dome yang terletak di sebuah pangkalan tentera Israel di Ramot Naftali.

Peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” yang dilengkapi dengan video merakam saat-saat akhir sebelum ia membedil pelancar sistem pertahanan udara Iron Dome.

Pihak tentera Israel sehingga kini masih belum memberikan sebarang kenyataan tentang kemusnahan sistem pertahanan udara Iron Dome miliknya di Ramot Naftali.

Bagaimanapun, penganalisis ketenteraan Israel juga menyatakan bahawa sepanjang pengetahuian mereka insiden di Ramot Naftali itu adalah kali pertama di mana pejuang-pejuang Hezbollah telah berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara Iron Dome.

Tiga hari lepas, pejuang Hezbollah mendakwa ia telah berjaya memusnahkan radar sistem pertahanan udara Iron Dome yang terletak di Bukti Golan dengan jayanya.

Sejak kebelakangan ini, pejuang-pejuang Hezbollah telah meningkatkan serangan mereka terhadap kedudukan sistem pertahanan udara Iron Dome, yang memberikan perlindungan udara bandar-bandar di utara Israel dariada sedangan roket dan dron berani mati pejuang Lubnan.

Apa yang menariknya adalah, peluru berpandu anti-kereta kebal generasi ketiga “Almas” buatan Iran yang membedil sistem pertahanan udara Iron Dome di pangkalan tentera di Ramot Naftali dipercayai adalah hasil usaha reverse-engineered daripada peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike” tentera Israel.

Iron Dome
“Iron Dome”

 

Kini sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas”  keluaran Iran yang dikatakan adalah hasil usaha “reverse-engineer” (ciplak) peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike”, telah digunakan untuk membedil kedudukan “tuannya”, tentera Israel yang merupakan pihak yang mula-mula membangunkan peluru berpandu itu.

Menurut maklumat, pejuang-pejuang Hezbollah berjaya merampas peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike” Israel ketika konflik antara kedua-dua pihak di selatan Lubnan pada 2006 dan bertindak menyerahkannya kepada Iran.

Pakar-pakar persenjataan Iran yang memperolehi sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike” itu telah bertindak melakukan “reverse-engineer” terhadap sistem persenjataan moden itu dan berjaya menghasilkan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas.”

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” itu telah didedahkan oleh Iran pada 2021, di mana ia memiliki beberapa varian daripada lancaran anggota tentera (man-portable), lancaran udara (air-launched) serta boleh dilancarkan daripada kenderaan-kenderaan.

Sebagaimana peluru berpandu “Spike”, peluru berpandu “Almas” itu juga menggunakan wayar fibre-optik bagi mod “fire-observe-and-update” bagi membolehkan pengendalinya memandu peluru berpandu itu ke arah sasarannya dengan darjah ketepatan yang tinggi.

Iran
Peluru berpandu anti-kereta kebal “ALMAS” ketika DSA 2024 baru-baru ini.

 

Selain varian menggunakan wayar fibre-optik, peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” itu juga mempunyai varian “fire-and-forget” yang hanya memerlukan pengendalinya “lock-on” kepada sasaran dan membiarkan peluru berpandu menuju ke sasarannya.

Peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” itu mempunyai kemampuan untuk membedil sasaranya sejauh 8km.

Peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” itu mempunyai kemampuan untuk membedil sasaranya sejauh 8km.

Dalam satu video disiarkan oleh pejuang Hezbollah yang membuktikan penggunaan peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” buat pertama kali oleh mereka, ia menunjukkan peluru berpandu itu terbang tinggi (climb) untuk beberapa ketika sebelum ia menjunam dan membedil sebuah dome yang dipercayai menempatkan radar tentera Israel.

Sepanjang pelancaran itu, video yang berada pada peluru berpandu itu merakam keseluruhan penerbangannya ke sasaran sehinggalah ia membedil sasarannya. — DSA

 

Comments
Loading...