Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Saksikan Bedilan Tepat Peluru Berpandu “Iskander-M” Musnah 32 Meriam D-20 Ukraine

(VIDEO) Dengan hanya satu bedilan terhadap kemudahan tentera Ukraine baru-baru ini, peluru berpandu ballistik “Iskander-M” dilancar oleh tentera Russia telah berjaya memusnahkan sejumlah 32 buah meriam 152mm D-20 yang amat diperlukan oleh anggota tenteranya di medan peperangan.

0 33,438

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dengan hanya satu bedilan terhadap kemudahan tentera Ukraine baru-baru ini, peluru berpandu ballistik “Iskander-M” dilancar oleh tentera Russia telah berjaya memusnahkan sejumlah 32 buah meriam 152mm D-20 yang amat diperlukan oleh anggota tenteranya  di medan peperangan.

Visual bedilan tepat peluru berpandu ballistik “Iskander-M” terhadap kemudahan tentera Ukraine yang menempatkan meriam-meriam itu telah tersebar di media-media sosial berkaitan ketenteraan di Russia,

Tentera darat Russia menggunakan dengan aktif peluru berpandu ballistik jarak dekat yang diberikan nama  “Iskander-M” dalam konfliknya dengan Ukraine dan kali ini Moscow telah berjaya membedil dengan tepat kemudahan penyimpanan senjata milik Kiev sehingga memusnahkan sejumlah besar meriam milik tentera Ukraine.

Sejumlah 32 buah meriam 152mm yang amat diperlukan oleh Ukraine itu musnah dalam satu bedilan peluru berpandu ballistik “Iskander-M’ Russia itu.

Seperti dilaporkan sebelum ini, pakar-pakar persenjataan Russia telah menaiktaraf peluru berpandu “Iskander” dengan menggunakan pengalaman dipelajari daripada konflik di Ukraine untuk membolehkannya menggunakan peluru berpandu ballistik itu dengan lebih berkesan oleh tentera negara itu.

Peluru berpandu ballistik “Iskander” sebelum ini dikritik hebat kerana didakwa tidak berkeupayaan untuk membedil sasaran dengan tepat.

Sebagaimana yang dapat dilihat daripada visual yang diambil oleh dron, kesemua meriam itu telah musnah akibat bedilan oleh peluru berpandu ballistik itu.

Meriam-meriam itu disimpan di dalam kemudahan penyimpanan tentera Ukraine di perkampungan Akhtryka di wilayah Sumy, Ukraine.

Meriam D-20 adalah meriam yang dibina ketika zaman Kesatuan Soviet dengan diameter 152mm,sebagaimana meriam-meriam buatan Kesatuan Soviet/Russia berbanding diameter 155mm mengikut standard NATO.

Ia mula dibina oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1950-an dan digunakan oleh banyak negara terutamanya negara-negara yang condong kepada sistem Komunisme.

Iskander
“Iskander-M”

 

Iskander
Meriam D-20

 

Meriam D-20 itu mempunyai daya tembakan yang tinggi dan berkesan, telah digunakan oleh angkatan-angkatan tentera dalam pelbagai konflik di seluruh dunia.

Dalam ertikata lain, ia adalah meriam yang “battle proven” dalam konflik.

Bagi peluru berpandu ballistik jarak deka,  9K720 Iskander (NATO: SS-26 ‘STONE’) yang dibangunkan oleh Russia, ia mempunyai kemampuan untuk membedil sejauh di antara 400km hingga 500km.

Peluru berpandu ballistik “Iskander-M” itu berkemampuan membawa sehingga 700kg kepala peledak, sama ada peledak konvensional atau nuklear.

Ia memiliki kadar ketepatan Circular Error Probable (CEP) di antara 10 hingga 30 meter. — DSA

 

Comments
Loading...