Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Sadid 365”, Hasil Reverse-Engineer Iran Terhadap ATGM “Javelin” Amerika?

Apa yang menarik tentang peluru berpandu anti-kereta kebal terbaru Iran itu, "Sadid 365" adalah ia didakwa dibangunkan hasil “reverse engineer” daripada sistem peluru berpandu anti-kereta kebal, “Javelin” yang dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon (kini dikenali sebagai RTX) dan Lockheed Martin.

0 1,046

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada April lalu, media-media di Iran telah melaporkan tentang kejayaan Kor Pengawal Revolusi Islam negara itu (IRGC – Islamic Revolutionary Guard Corps) menguji peluru berpandu top attack anti-kereta kebal terbaru negara (Anti Tank Guided Missile – ATGM) itu dinamakan “Sadid 365.”

Apa yang menariknya tentang peluru berpandu anti-kereta kebal terbaru Iran itu adalah ia didakwa dibangunkan hasil kepakaran pakar “reverse engineer” negara itu daripada sistem peluru berpandu anti-kereta “Javelin” yang dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon (kini dikenali sebagai RTX) dan Lockheed Martin.

Laporan sebelum ini menyatakan Russia telah bertindak menerbangkan beberapa sistem persenjataan Barat yang berjaya dirampasnya daripada medan pertempuran di Ukraine ke Iran untuk tujuan penyelidikan dan  “reverse engineer” oleh saintis-saintis persenjataan Teheran.

Penganalisis Barat mendakwa bahawa peluru berpandu anti-kereta kebal “Sadid 365” itu berkemungkinan besar dibangunkan oleh Iran hasil teknik “reverse engineer” daripada sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” yang diterimanya daripada Russia.

Ketua Penyelidikan Angkatan Darat Kor Pengawal Revolusi Iran Ali Kouhestani dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Tasnim bahawa peluru berpandu anti-kereta kebal “Sadid 365” berkemampuan membedil sasaran sejauh 8 km .

Sadid 365
Peluru berpandu “Sadid-365” Iran

Sadid

Iran mendakwa peluru berpandu anti-kereta kebal jarak jauh terbaru Iran itu mampu memusnahkan semua aset armor.

“Sadid 365 dipandu tepat ke sasaran dan mampu menyerang sasaran secara mode ‘top attack’ dan menembusi sistem pertahanan aktif (active defence system) kereta kebal itu,” menurut beliau.

Dalam mode “top attack”, peluru berpandu itu selepas dilancarkan akan meluncur ke naik ke ketinggian tertentu sebelum ia menjunam untuk membedil bahagian atas turret kereta kebal yang diketahui adalah bahagian paling lemah dengan ketebalan armor paling nipis dan paling mudah ditembusi.

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” yang banyak digunakan oleh tentera-tentera negara Barat juga menggunakan mode serangan “top-attack.”

Russia
Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Toophan” buatan Iran (atas) dan sistem “Tow” buatan Amerika Syarikat (bawah).

 

Sepanjang tahun lepas, pihak Amerika Syarikat,NATO dan beberapa negara lain telah memperolehi bukti-bukti menunjukkan kejayaan tentera Russia “menawan” beberapa sistem persenjataan seperti peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” dan sistem MANPADS (Man-Portable Air Defence System) “Stinger”.

Kepakaran saintis-saintis Iran dalam membangunkan varian senjata tempatan hasil “reverse engineer” senjata buatan negara-negara Barat memang tidak dapat dinafikan oleh negara-negara Barat itu sendiri.

Antara senjata varian tempatan yang berjaya dibangunkan oleh Iran hasil daripada “reverse engineer” adalah peluru berpandu anti-kereta kebal “Toophan” yang dibangunkan daripada peluru berpandu anti-kereta kebal Amerika Syarikat, BGM-71 “Tow.”

Pada 2011, pihak tentera Iran juga berjaya memintas  dron Amerika Syarikat, RQ-170 Sentinel yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin dan telah “reverse engineer” sistem terbabit untuk menghasilkan dron varian tempatan dipanggil “Saegeh” yang digunakan untuk menceroboh Israel sebelum ditembak jatuh pada 2018.

Javelin
Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” yang amat popular di kalangan negara Barat dan turut dibekalkan kepada tentera Ukraine.

 

Seorang pakar keselamatan di Center for a New American Security, Jonathan Lord dipetik oleh CNN berkata, Iran telah berjaya “reverse engineer” peluru berpandu anti-kereta kebal “Tow” dan menghasilkan “Toophan” yang hampir 100 peratus sama dengan senjata asalnya.

Sistem peluru anti-kereta kebal “Toophan” buatan Iran itu kini telah tersebar di serata dunia, dengan Iran membekalkannya kepada sekutu dan kumpulan-kumpulan militan yang ia naungi. — DSA

apps

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...