Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Terima Kumpulan Kedua Kereta Kebal Ringan “Sabrah” Dari Israel

Pada Jun 2021, kerajaan Filipina dan Israel menandatangani kontrak untuk memperolehi lebih daripada 20 buah kereta kebal ringan “Sabrah” dalam dua varian iaitu berantai (tracked) dan beroda (wheeled) serta kenderaan sokongan lain dianggarkan bernilai US$172 juta (RM774 juta).

0 10,409

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lalu, negara jiran, Filipina dilaporkan telah menerima kumpulan kedua kereta kebal ringan ASCOD 2 “Sabrah” yang dibelinya daripada syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems.

Blog pertahanan negara jiran itu menyatakan kumpulan kedua meliputi kira-kira sembilan buah kereta kebal ringan buatan syarikat pertahanan Israel telah tiba di pelabuhan Subic untuk dihantar kepada penggunanya,  Angkatan Tentera Filipina.

Pada Jun 2021, kerajaan Filipina dan Israel menandatangani kontrak untuk memperolehi lebih daripada 20 buah kereta kebal ringan “Sabrah” dalam dua varian iaitu berantai (tracked) dan beroda (wheeled) serta kenderaan sokongan lain dianggarkan bernilai US$172 juta (RM774 juta).

Israel perlu menghantar kesemua kereta kebal ringan itu dalam kedua-dua varian kepada Filipina dalam tempoh tiga tahun.

Varian beroda kereta kebal ringan “Sabrah” adalah berdasarkan kepada kenderaan IFV Pandur 8×8.

Sabrah
(kredit X)

 

Kesemua kereta kebal ringan sama ada di dalam bentuk beroda atau berantai yang diterima oleh Filipina akan dilengkapi dengan meriam 105mm buatan Elbit Systems dan Battle Management System oleh syarikat C4I Tadiran juga daripada Israel.

Syarikat pertahanan Israel itiu berjaya menewaskan syarikat-syarikat pertahanan antarabangsa yang lain ketika memenangi kontrak bagi kereta kebal ringan tentera Filipina itu.

Kereta kebal Sabrah mempunyai berat sekitar 30 tan dan memiliki ciri-ciri modular.

Ia dilengkapi dengan meriam 105mm yang bersesuaian untuk digunakan oleh kereta kebal ringan “Sabrah” sama ada ia varian berantai atau varian beroda.

Kereta kebal “Sabrah” dilengkapi dengan perlindungan armor sehingga ke tahap NATO STANAG 4569 Level 4.

Sabrah

Ia juga boleh dintergrasikan dengan sistem pertahanan aktif dan dilengkapkan juga dengan sistem Battle Management System “Torch-X” yang dibangunkan oleh syarikat Elbit Systems.

Selain itu kereta kebal ringan itu juga memiliki sistem Electro-Optical, sistem kawalan tembakan dan pelbagai sistem elektronik yang lain.

Sejak beberapa tahun lepas, Filipina telah muncul antara pasaran paling utama untuk syarikat-syarikat pertahanan Israel di Asia Tenggara.

Selain kereta kebal ringan “Sabrah”, Filipina turut memiliki beberapa sistem persenjataan buatan Israel seperti meriam bergerak ATMOS 155mm juga dibangunkan oleh Elbit Systems, bot serang laju “Shaldag Mk V”,  dron MALE (Medium Altitude Long Endurance) “Hermes” dan lain-lain lagi.

Duta Israel ke Filipina Ilan Fluss berkata bahawa hubungan pertahanan di antara Manila dan Tel Avic sememangnya erati menerusi perolehan beberapa sistem pertahanan oleh Filipina.

sabrah

Fluss juga menyatakan hasrat Israel untuk memperkukuhkan dan mendalamkan hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.

“Israel telah menjadi rakan yang dipercayai dan boleh diharap kepada Filipina, terutamanya di dalam bidang pertahanan dan keselamatan,” kata beliau.

Israel turut menempatkan penasihat-penasihat tenteranya di Filipina. — DSA

KAAN

 

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...