Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Kapal Selam Russia “Imperator Aleksandr III” Lancar Peluru Berpandu Ballistik “Bulava”

Pelancaran peluru berpandu ballistik nuklear "Bulava" itu merupakan sebahagian daripada ujian lautan (sea-trials) sebelum kapal selam berkuasa nuklear kelas-Borei, “Imperator Aleksandr III” ditauliahkan dalam perkhidmatan Tentera Laut Russia pada awal tahun depan.

0 4,100

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia pada Ahad mengumumkan salah sebuah kapal selam berkuasa nuklear terbarunya dinamakan “Imperator Aleksandr III” (K-554) telah berjaya melancarkan peluru berpandu ballistik nuklear lancaran kapal selam (Submarine Launched Ballistic Missile – SLBM) “Bulava”.

Peluru berpandu ballistik “Bulava” itu dilancarkan daripada kapal selam terbabit yang berada di Laut Putih ke lokasi sasaran di Lapang Sasar Kura di Semenanjung Kamchatka yang terletak ribuan kilometer.

Pelancaran peluru berpandu ballistik nuklear “Bulava” itu merupakan sebahagian daripada ujian lautan (sea-trials) sebelum kapal selam berkuasa nuklear kelas-Borei, “Imperator Aleksandr III” ditauliahkan dalam perkhidmatan Tentera Laut Russia pada awal tahun depan.

Peluru berpandu ballistik “Bulava” setinggi 12 meter dengan kepala peledak nuklear yang dilancar oleh kapal selam terbaru Russia daripada kelas-Borei itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 8,000km.

“Kapal selam berkuasa nuklear strategik Imperator Aleksandr III telah berjaya melancarkan peluru berpandu ballistik nuklear ‘Bulava’,” menurut kenyataan daripada Kementerian Pertahanan Russia.

Kapal selam kelas-Borei “Imperator Aleksandr III” telah dilancarkan pada tahun lepas oleh limbungan kapal Sevmash di Severodvinsk.

Kapal selam terbabit merupakan kapal selam kelas-Borei yang ketujuh berkhidmat dengan Tentera Laut Russia dan merupakan elemen penting dalam Nuklear Triad Russia.

Selain dilengkapi dengan peluru berpandu ballistik nuklear “Bulava”, kapal selam kelas-Borei itu juga memiliki torpedo untuk membedil sasaran bawah permukaanya.

Kapal selam “Imperator Aleksandr III” dan kapal selam kelas-Borei keenam, “Generalissimus Suvorov” akan berkhidmat dengan Armada Pasifik Tentera Laut Pasifik yang berpangkalan di Vladivostok di timur jauh Russia.

Setiap kapal selam kelas-Borei seperti “Imperator Aleksandr III” dan “Generalissimus Suvorov” berkemampuan membawa sehingga 16 buah peluru berpandu nuklear ballistik “Bulava”.

Bulava
Kapal selam “Imperator Aleksandr III”

 

 

Setiap sebuah peluru berpandu ballistik “Bulava” itu dilengkapi di antara empat hingga 10 buah kepala peledak nuklear (nuclear warhead).

Pada ketika ini, limbungan kapal Sevmash sedang membina tiga buah lagi kapal selam kelas-Borei untuk Tentera Laut Russia manakala dua buah lagi sedang dalam perancangan pembinaan.

Presiden Russia Vladimir Putin terus-menerus memperkuatkan armada kapal selam berkuasa nuklearnya bagi menangani ancaman keselamatan daripada negara Barat terutamanya Amerika Syarikat berikutan peperangan yang tercetus di antara Russia dan Ukraine. — DSA

KAAN

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...