Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Umum Kapal Selam Nuklearnya kini berada di Timur Tengah

Ia adalah sesuatu yang jarang-jarang berlaku bagi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat untuk memaklumkan tentang pergerakan kapal selam berkuasa nuklear miliknya.

0 1,405

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Amerika Syarikat mengumumkan bahawa kapal selam berkuasa nuklear daripada kelas-Ohio miliknya telah tiba di kawasan operasi US Central Command (CENTCOM) yang meliputi rantau Timur Tengah.

Ia turut menyiarkan gambar kapal selam berkuasa nuklear dan berkemampuan membawa peluru berpandu ballistik nuklear itu melalui di Terusan Suez.

Ia adalah sesuatu yang jarang-jarang berlaku bagi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat untuk memaklumkan tentang pergerakan kapal selam berkuasa nuklear miliknya.

Amerika Syarikat tidak mendedahkan tentang identitit kapal selam berkuasa nuklear yang dikerah ke Timur Tengah itu, sama ada ia adalah salah satu daripada kapal selam kelas-Ohio yang dilengkapi dengan peluru berpandu kruis “Tomahawk” atau kapal selam kelas-Ohio yang membawa peluru berpandu ballistik “Trident”.

Tentera Laut Amerika Syarikat memiliki 14 buah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Ohio.

Amerika

Walaupun Washington tidak mendedahkan identiti kapal selam berkuasa nuklearnya yang dikerah ke Timur Tengah, namun ia tetap adalah langkah meningkatkan kuasa deterrennya serta kemampuannya untuk bertindak balas terhadap apa-apa serangan.

Pengumuman oleh Amerika Syarikat tentang kerahan kapal selam nuklearnya ke Timur Tengah berlaku hanya beberapa hari selepas dua buah kapal pengangkut pesawatnya, USS Gerald R. Ford dan USS Dwight D. Eisenhower melaksanakan latihan bersama di Laut Mediterranean.

Tindakan menayangkan “kekuatan” itu adalah selari dengan usaha diplomasi untuk mengelak konflik antara Israel-Palestin merebak ke seluruh rantau itu.

Bernilai US$13 billion (RM52 billion), USS Gerald Ford (CVN-78) adalah kapal pengangkut pesawat kelas Gerald Ford yang pertama daripada empat kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear baharu bagi menggantikan kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz.

Submarine
Kapal selam Amerika transit di Terusan Suez.

 

Beberapa hari selepas dikerahkan ke Laut Mediterranean, Washington telah mengerahkan kapal pengangkut pesawat yang kedua, USS Dwight D.Eisenhower ke laut berhampiran Israel itu.

Kedua-dua Carrier Strike Group USS Gerald R.Ford dan USS Dwight D.Eisenhower itu juga diiringi dengan pelbagai kapal-kapal kapal pengiring terdiri daripada kelas-kelas cruiser dan juga destroyer.

Kedua-dua kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat itu membawa kira-kira 200 buah pesawat pejuang.

Sementara itu akhbar The New York Times, menyatakan bahawa ketua agensi perisikan Amerika Syarikat, CIA iaitu William Burns kini telah pun berada di Israel.

Burns dijangka melakukan perbincangan dengan rakan sejawatannya daripada Mossad, David Barnea mengenai keadaan terkini di Timur Tengah.

Selain Israel, ketua CIA itu juga akan melawat beberapa negara Arab termasuk Mesir, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu. — DSA

KAAN

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...