Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pakistan Tambah Pemilikan Pesawat AEW&C Saab 2000 “Erieye”

Secara senyap-senyap Pakistan telah menambah sebuah lagi pesawat amaran awal (Airborne Early Warning and Control - AEWC) Saab 2000 “Erieye”, menjadikan keseluruhan pesawat amaran awal buatan syarikat Sweden milik Pakistan kepada sembilan buah pada ketika ini.

1,918

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Secara senyap-senyap Pakistan telah menambah sebuah lagi pesawat amaran awal (Airborne Early Warning and Control – AEWC) Saab 2000 “Erieye”, menjadikan keseluruhan pesawat amaran awal buatan syarikat Sweden milik Pakistan kepada sembilan buah pada ketika ini.

Menurut laporan media tempatan, pesawat amaran awal Saab 2000 Erieye terbaru itu telah ditauliahkan kedalam Tentera Udara Pakistan bersama-sama beberapa aset lain termasuk pesawat pejuang J-10C dan C-130H baru-baru ini.

Pakistan memesan pesawat-pesawat amaran awal Saab 2000 Erieye pada 2006 dengan enam buah pesawat AEWC tetapi kemudiannya mengurangkan pesanan itu kepada hanya empat buah pesawat berikutan bencana gempa bumi melanda negara itu.

Pada 2012, tiga daripada empat buah pesawat amaran awal itu mengalami kerosakan selepas diserang oleh anggota pengganas di Pangkalan Udara Minhas, dengan salah sebuah daripada pesawat itu dilupuskan kerana mengalami kerosakan terlalu teruk.

Tentera Udara Pakistan telah memperbaiki dua dapat pesawat amaran awal Saab 2000 Erieye pada 2015 dan 2016.

Pakistan

Pesawat amaran awal Saab 2000 Erieye milik Pakistan menggunakan sistem radar AESA (Active Electronically Scanned Array) yang memberikan ia keupayaan pengesanan objek-objek pada jarak sejauh 450km.

Menerusi data-link, segala data yang berjaya dicerap oleh sensor yang berada pada pesawat amaran awal boleh diserahkan kepada pesawat-pesawat pejuang milik Thailand dan negara-negara yang bersahabat baik dengannya dalam menangani segala kemungkinan.

Berbanding dengan seterunya, India, keupayaan Tentera Udara Pakistan dalam bilangan pesawat-pesawat amaran awal (AEWC) adalah jauh mengatasi bilangan pesawat-pesawat AEWC yang dimiliki oleh Tentera Udara Pakistan.

Pada ketika ini, Tentera Udara India hanya memiliki tiga buah pesawat amaran awal IL-76 Phalcon yang dilengakapi dengan radar dan komponen milik Israel dan dua buah pesawat amaran awal “NETRA” yang dibangunkan oleh industri pertahannya sendiri.

Menerusi sembilan buah pesawat amaran awal dimiliki oleh Tentera Udara Pakistan itu menunjukkan kegagalan India dalam menyaingi bilangan pesawat amaran awal yang dimiliki oleh Pakistan dan seterusnya meningkatkan keberkesanan peperangan udara pesawatnya.

Pakistan
Salah sebuah pesawat AEWC India dipanggil “Phalcon”

 

Kehadiran sembilan buah pesawat amaran awal milik Pakistan telah meningkatkan kemampuan pesawat-pesawat pejuangnya dalam menguasai peperangan udara menentang pesawat-pesawat pejuang musuh dan ini telah terbukti dalam beberapa peperangan udara antara pesawat-pesawat pejuang kedua-dua negara sebelum ini.

Laporan daripada media pertahanan India menyatakan bahawa pesawat-pesawat amaran awal Saab 2000 Erieye telah memberikan kelebihan kepada pesawat pejuang Pakistan berbanding kepada pesawat pejuang India terutamanya dalam aspek pertempuran udara. — DSA

To contact email: [email protected] 

Comments are closed.