Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Didakwa Mahu Lengkapkan “Soyuz” Dengan Letupan Dan Buatnya “Terhempas” Di Ukraine

Akhbar “Bild” itu berkata, perancangan di antara kedua-dua pegawai tinggi agensi angkasa lepas Russia itu melibatkan usaha melengkapkan roket angkasa lepas “Soyuz” itu dengan bahan letupan di antara 6.5 tan hingga 7.5 tan, bergantung daripada lokasi ia dilancarkan.

0 10,166

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah akhbar Jerman “Bild”  mendakwa Russia merancang menggunakan roket angkasa lepas (space roket) yang dilengkapkan dengan bahan letupan untuk menyerang ibu negara Ukraine, Kiev atau mana-mana bandar besar negara itu.

Bagaimanapun, setakat ini apa yang diperkatakan oleh akhbar terbabit masih sekadar dakwaan dan tidak lagi dibuktikan.

Menurut akhbar tersebut, perancangan menggunakan roket angkasa itu telah dibincangkan di antara ketua agensi angkasa lepas Russia, Dmitry Rogozin and Dmitry Baranov, yang merupakan ketua kepada anak syarikatnya, Progress Space Rocket Center.

Progress Space Rocket Center adalah entity yang bertanggungjawab membangunkan kenderaan pelancar angkasa lepas yang membawa krew-krew misi dan muatan daripada negara-negara lain ke International Space Station (ISS).

Berdasarkan perbualan di antara pegawai-pegawai kanan agensi angkasa lepas Russia yang berjaya diperolehi oleh akhbar “Bild” itu, mereka bercadang menjadikan roket angkasa lepas “Soyuz” sebagai senjata mega untuk membedil Ukraine.

Soyuz

Menurut akhbar tersebut, perancangan itu adalah sebahagian daripada serangan pengganas terhadap Ukraine oleh pegawai-pegawai angkasa lepas Russia bertujuan untuk menarik perhatian Presiden Vladimir Putin.

“Bild” turut mendakwa perancangan tu juga telah dikemukakan kepada Putin.

Ia melibatkan perancangan untuk melancarkan roket angkasa lepas “Soyuz” yang selama ini digunakan untuk misi-misi awam dan menghalangnya daripada sampai ke orbit, sebaliknya menyebabkannya “terhempas” di bandar-bandar Ukraine bersama-sama dengan muatan bahan letupan yang dibawanya.

Letupan akibat roket angkasa lepas “Soyuz” yang terhempas di Ukraine itu akan mengakibatkan “senario yang amat menakutkan.”

Akhbar Jerman itu menyatakan bahawa mereka berjaya memperolehi perbualan telefon menerusi usaha-usaha penggodaman.

Ia berkata perbualan telefon itu didakwa berlaku pada Januari tahun ini.

Soyuz

Akhbar “Bild” itu berkata, perancangan di antara kedua-dua pegawai tinggi agensi angkasa lepas Russia itu melibatkan usaha melengkapkan roket angkasa lepas “Soyuz” itu dengan bahan letupan di antara 6.5 tan hingga 7.5 tan, bergantung daripada lokasi ia dilancarkan.

Kedua-dua mereka menjangkakan persediaan untuk melengkapkan “Soyuz” dengan bahan letupan itu akan mengambil masa sehingga enam bulan, tetapi ia masih akan berhadapan dengan cabaran-cabaran teknikal yang sukar sehingga boleh menggagalkan perancangan tersebut.

Mereka akan mendapatkan nasihat daripada pakar pembuatan peluru berpandu, Yuri Solomonov.

Dengan ketinggian 50 meter dan seberat 313 tan, roket angkasa lepas “Soyuz” itu berkemampuan membawa muatan sehingga berat 7.1 tan, cukup untuk membawa pelbagai jenis senjata berbahaya dan peluru-peluru berpandu sebagai bahan letupannya.

Bagaimanapun, saintis-saintis Russia perlu memastikan terlebih dahulu bahwa roket angkasa lepas “Soyuz” itu akan “terhempas” dengan tepat di Ukraine. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...