Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Arab Saudi Di “Peringkat Akhir” Untuk Perolehi KM-SAM II (Korean Patriot)

Antara sistem pertahanan Korea Selatan yang menjadi perhatian daripada Arab Saudi adalah sistem pertahanan udara “Cheongung II (KM-SAM Block II)” atau digelar sebagai “Korea Patriot” yang dibangunkan oleh syarikat LIG Nex1.

0 3,335

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Arab Saudi dilaporkan sedang di “peringkat akhir” perbincangan dengan Korea Selatan untuk membeli sejumlah besar senjata daripada negara Asia Timur itu, yang muncul sebagai negara pengeksport senjata keempat terbesar dunia pada tahun lepas.

Ketika taklimat kepada media di Arab Saudi, Timbalan Pengarah Keselamatan Kebangsaan Korea Selatan Kim Tae-hyo berkata, perbincangan di peringkat akhir itu menggambarkan kepentingan hubungan pertahanan di antara kedua-dua negara.

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeon baru sahaja melawat Arab Saudi dimana beliau bertemu dengan Putera Mahkota Mohamad bin Salman.

Antara sistem pertahanan Korea Selatan yang menjadi perhatian daripada Arab Saudi adalah sistem pertahanan udara “Cheongung II (KM-SAM Block II)” atau digelar sebagai “Korea Patriot” yang dibangunkan oleh syarikat LIG Nex1.

Riyadh menunjukkan minat yang mendalam terhadap sistem pertahanan udara itu untuk mempertahankan negara itu daripada serangan peluru-peluru berpandu ballistik daripada kumpulan bersenjata Houthi di Yemen.

KM-SAM II

Ia berkemungkinan besar akan mengikut jejak langkah negara jirannya, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam memilih sistem pertahanan udara buatan negara Asia Timur itu untuk mempertahankan ruang udaranya.

Tahun lepas, syarikat Korea Selatan itu menandatangani kontrak bernilai US$3.5 bilion (RM14 bilion) dengan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk membekalkan sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM Block II itu, dengan penghantaran bermula tahun ini sehingga 2027.

Pegawai-pegawai kanan kerjaan Korea Selatan dan syarikat LIG Nex1 menaruh keyakinan tinggi bahawa mereka akan dapat menyakinan Arab Saudi untuk membeli sistem KM-SAM Block II yang direkabentuk untuk menembak jatuh pesawat serta peluru balistik itu pada tahun ini atau tahun depan.

Sistem KM-SAM Block II yang menjadi sistem asas kepada Korea Air and Missile Defense System (KAMD) mampu menembak sasaran sejauh 70km dengan ketepatan di antara 80 hingga 95 peratus.

Sistem KM-SAM Block 1 yang direkabentuk untuk hanya menembak jatuh pesawat mula memasuki perkhidmatan tentera Korea Selatan pada 2015.

Syarikat LIG Nex1 turut dikatakan berhasrat menawar sistem KM-SAM Block 1 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mahu mendapatkan sistem MERAD (Medium Range Air Defence System).

KS-SAM
Sistem pertahanan udara jarak sederhana “KM-SAM” oleh syarikat Korea Selatan,LIG Nex1 yang ditawarkan kepada Malaysia.

KM-SAM

Satu ciri yang menarik mengenai sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM  adalah ianya merupakan satu-satunya sistem MERAD yang mempunyai sentuhan DNA teknologi dari kedua-dua Blok Barat dan Rusia.

Sistem KM-SAM yang juga dikenali dengan nama Koreanya, “Cheongung” merupakan sistem pertahanan udara jarak sederhana Korea Selatan yang dibangunkan oleh Agency for Defense Development (ADD) dengan bantuan teknikal daripada firma Russia, Almaz-Antey yang terkenal dengan pembangunan sistem pertahanan udara S-300,S-400 dan terkini, S-500.

Komposisi standard sistem KM-SAM mengandungi sebuah Fire Control Centre (FCC), sebuah Multifunction Radar (MFR) dan beberapa Transporter Erector Launcher (TEL) yang boleh membawa sehingga lapan buah peluru berpandu bagi sistem terbabit. 

Radar 3D Pelbagai Fungsi Passive Electronically Scanned Array (PESA) X-Band sistem KM-SAM itu berkemampuan mengesan sasaran sejauh 100km dan track sebanyak 40 sasaran secara serentak. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

Comments
Loading...