Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia “Tawan” Senjata Barat Di Ukraine, Hantar Ke Iran Untuk “Reverse Engineer”

Pada ketika ini, tidak pasti sama ada pakar-pakar persenjataan Iran telah berjaya untuk “reverse engineer” mana-mana senjata Barat yang berjaya ditawan oleh Russia di Ukraine, tetapi kepakaran mereka dalam membangunkan varian senjata tempatan hasil "reverse engineer" daripada senjata Barat memang tidak dapat dinafikan.

0 6,966

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dilaporkan telah berjaya “menawan” beberapa sistem persenjataan yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat dan negara-negara NATO kepada Ukraine dan bertindak menghantarnya ke Iran.

Sumber-sumber memberitahu CNN bahawa pakar-pakar Iran akan menanggalkan satu persatu daripada sistem persenjataan bagi membolehkan mereka “reverse-engineer” dan berusaha untuk membangunkan varian tersendiri persenjataan itu.

Sepanjang tahun lepas, pihak Amerika Syarikat,NATO dan beberapa negara lain telah memperolehi bukti-bukti menunjukkan kejayaan tentera Russia “menawan” beberapa sistem persenjataan seperti peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” dan sistem Manpads “Stinger”.

Tentera Russia berjaya “menawan” sistem-sistem persenjataan itu selepas ia ditinggalkan oleh tentera Ukraine yang terpaksa berundur daripada medan-medan peperangan.

Moscow telah bertindak menerbangkan sistem-sistem persenjataan yang berjaya ditawan itu ke Teheran.

Russia
Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Toophan” buatan Iran (atas) dan sistem “Tow” buatan Amerika Syarikat (bawah).

 

Sumber-sumber berkata kepada stesen televisyen kabel terkemuka bahawa penghantaran senjata-senjata Barat ke Iran itu telah membantu untuk mengeratkan hubungan pertahanan di antara Moscow dan Teheran.

Ia menyakinkan Iran supaya terus menyokong kempen ketenteraan Russia di Moscow.

Pada ketika ini, tidak pasti sama ada pakar-pakar persenjataan Iran telah berjaya untuk “reverse engineer” mana-mana senjata Barat yang berjaya ditawan oleh Russia di Ukraine, tetapi kepakaran mereka dalam membangunkan varian senjata tempatan hasil “reverse engineer” daripada senjata Barat memang tidak dapat dinafikan.

Antara senjata varian tempatan yang berjaya dibangunkan oleh Iran hasil daripada “reverse engineer” adalah peluru berpandu anti-kereta kebal “Toophan” yang dibangunkan daripada peluru berpandu anti-kereta kebal Amerika Syarikat, BGM-71 “Tow.”

Pada 2011, pihak tentera Iran juga berjaya memintas  dron Amerika Syarikat, RQ-170 Sentinel yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin dan telah “reverse engineer” sistem terbabit untuk menghasilkan dron varian tempatan dipanggil “Saegeh” yang digunakan untuk menceroboh Israel sebelum ditembak jatuh pada 2018.

Iran
Dron “Saegeh” Iran

 

Seorang pakar keselamatan di Center for a New American Security, Jonathan Lord dipetik oleh CNN berkata, Iran telah berjaya “reverse engineer” peluru berpandu anti-kereta kebal “Tow” dan menghasilkan “Toophan” yang hampir 100 peratus sama dengan senjata asalnya.

Sistem peluru anti-kereta kebal “Toophan” buatan Iran itu kini telah tersebar di serata dunia, dengan Iran membekalkannya kepada sekutu dan kumpulan-kumpulan militan yang ia naungi.

Dengan peluru berpandu anti-pesawat “Stinger” dipercayai sudah berada di tangan pakar-pakar senjata Iran, Teheran sudah hampir pasti akan membangunkan varian tempatan senjata itu dan mengeksport kepada sekutu-sekutunya.

“Stinger di tangan kumpulan-kumpulan militan dinaungi Iran seperti Houthi dan Hezbollah akan membahayakan penerbangan sivil dan ketenteraan dirantau terbabit.”

dron
Dron RQ-170 Sentinel buatan Amerika Syarikat.

 

Sejak Oktober tahun lepas, Russia telah menggunakan dron-dron berani mati yang diimportnya daripada Iran untuk menyerang infrastruktur kritikal Ukraine terutamanya janakuasa yang membekalkan elektrik kepada seluruh negara.

Laporan perisikan daripada Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa Russia memperolehi sejumlah 2,400 dron berani mati ini, Shahed-136 daripada Iran kira-kira sebulan lepas dan bertindak menaiktaraf serta memberinya nama baru iaitu, Geranium-2.

Infrastruktur penting Ukraine yang Kiev,Dnipro dan Sumy dibedil menggunakan dron berani mati buatan Iran itu, menyebabkan kerosakan besar dan memutuskan bekalan elektrik kepada penduduk tempatan. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...