Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Brazil Masih Guna Pesawat Digelar “Keranda Terbang” A-4 Skyhawk

Pesawat A-4 Skyhawk yang dibangunkan oleh McDonnel-Douglas (kini Boeing) amat dekat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang memperolehi sejumlah 80 buah pesawat itu daripada Amerika Syarikat pada 1982 dengan harga US$1 juta setiap satu.

0 7,484

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Syarikat pembuat pesawat Brazil, Embraer telah menyerahkan pesawat pejuang dipermodenkan A-4 Skyhawk dikenali dengan varian AF-1 kepada Tentera Laut negara itu di  Gavião Peixoto, São Paulo.

AF-1 adalah nama kepada pesawat Skyhawk milik Tentera Laut Brazil itu.

Di bawah program modenisasi, lima pesawat Skyhawk satu tempat duduk milik Tentera Laut Brazil dinaik taraf kepada konfigurasi AF-1B bersama-sama dua pesawat dua tempat duduk Skyhawk kepada standard AF-1C.

Skyhawk

Program modenisasi itu, pesawat-pesawat A-4 Skyhawk Tentera Laut Brazil itu dilengkapkan dengan sistem navigasi yang baru, persenjataan, power generation, komputer, komunikasi taktikal, sistem sensor termasuk radar multi-mode yang canggih.

Syarikat Embraer turut membangunkan sistem simulator untuk melatih juruterbangnya menerbangkan pesawat pejuang Skyhawk yang dipertingkatkan kemampuannya.

Pesawat A-4 Skyhawk yang dibangunkan oleh McDonnel-Douglas (kini Boeing) amat dekat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang memperolehi sejumlah 80 buah pesawat itu daripada Amerika Syarikat pada 1982 dengan harga US$1 juta setiap satu.

Skyhawk

80 buah pesawat Skyhawk itu adalah pesawat terpakai yang sebelum itu digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat yang disimpan di Pangkalan Udara Davis Monthan.

40 buah daripada kerangka pesawat pejuang ringan itu telah dibaikpulih untuk kegunaan TUDM, manakala 34 buah varian A-4PTM digunakan untuk alat ganti.

Pesawat-pesawat Skyhawk yang telah dibaikpulih itu mula dihantar ke Malaysia untuk kegunaan TUDM pada 1984 dan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan serta berkhidmat dengan No. 6 dan No.9 Skuadron.

Skyhawk

Selepas mengalami siri kemalangan yang mengakibatkan kematian juruterbang, TUDM akhirnya menamatkan perkhidmatan pesawat pejuang Skyhawk yang digelar “keranda terbang” (the flying coffin) dan menggantikannya dengan pesawat Hawk 100 dan Hawk 200 buatan syarikat BAE Systems.

Pada 2003, TUDM telah membuat keputusan untuk menjual kesemua pesawat Skyhawk miliknya termasuk pesawat-pesawat yang tersadai di padang pasir di Amerika Syarikat itu. — DSA

Comments
Loading...