Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Kerah Sistem EW “Krasukha-4” Untuk Tangani Ancaman Dron “Bayraktar TB2” Oleh Ukraine

Ukraine memperolehi kira-kira 50 buah Bayraktar TB2 berikutan kejayaan dron buatan syarikat Baykar Makina  daripada Turki itu dalam beberapa konflik seperti di Syria, Libya dan terbaru di Nagorno-Karabakh.

0 2,586

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, admin ada menulis artikel tentang kebimbangan pihak tentera Russia berkenaan penggunaan dron buatan Turki “Bayraktar TB2” oleh pihak Ukraine di kawasan timur negara itu yang bersempadan dengan Russia.

Ukraine memperolehi kira-kira 50 buah Bayraktar TB2 berikutan kejayaan dron buatan syarikat Baykar Makina  daripada Turki itu dalam beberapa konflik seperti di Syria, Libya dan terbaru di Nagorno-Karabakh.

Kegusaran tentang kehadiran dron Bayraktar TB2 di wilayah Donbass di timur Ukraine itu telah disuarakan oleh Timbalan Menteri Luarnya Sergey Rybakov, yang dipetik oleh portal pertahanan antarabangsa, Defense Blog.

“Sesungguhnya, tidak ada yang menggembirakan tentang dron Turki, kerana mengikut laporan kita mengesan kehadirannya di wilayah Donbass,” katanya sambil menambah, eksport dron-dron Turki ke beberapa negara adalah sesuatu yang “amat serius.”

Berikutan kehadiran dron “Bayraktar TB2” itu di Ukraine, Russia diberitakan telah menghantar empat unit sistem peperangan elektronik “Krasukha-4” untuk menangani ancaman yang diberikan oleh dron buatan Turki itu.

Bayraktar
Dron Bayraktar TB2

 

Sistem itu dikatakan telah diserahkan kepada militan-militan pro-Russia di wilayah Donbass yang berkonflik itu.

Sejak kebelakangan ini, Russia telah menghantar puluhan ribu anggota tenteranya dan kelengkapan mereka di timur Ukraine, menimbulkan spekulasi bahawa ia sedang merancang untuk menceroboh Ukraine sekali lagi, mengulangi kejadian pada 2014 apabila ia menakluk Semenanjung Crimea.

Jika konflik meletus di wilayah Donbass, sudah pasti Ukraine akan menggunakan dron-dron “Bayraktar TB2” yang baru diperolehinya daripada Turki terhadap tentera-tentera Russia dan kelengkapan mereka di timur negara itu.

Sistem Krasukha-4 ini dikatakan effektif terhadap dron Bayraktar TB dan telah dicanang-canangkan bertanggungjawab dalam menyebabkan sembilan buah dron terbabit terhempas di Armenia ketika konflik Nagorno Karabakh tidak lama dahulu.

Sistem Krasukha-4 ini dibangunkan oleh Bryansk Electromechanical Plant (KRET).

Ia direkabentuk untuk “menganggu” komunikasi radio antara dron dengan ground control sehingga menyebabkankan dron itu “buta dan pekak.”

Krasukha

Ia juga boleh digunakan terhadap low-earth orbit spy satellites, ground based radar dan airborne radar daripada jarak diantara 150-300km.

Russia turut menempatkan sistem Krasukha-4 itu di pangkalan udara Kheimim dan pangkalan laut di Tartus bagi menangani ancaman daripada dron dan pesawat-pesawat pengintip seperti P-8A dan Rivet Joint.

Di Libya, sistem dron itu telah berjaya memusnahkan berapa sistem pertahanan udara “Pantsir” buatan Russia yang digunakan oleh unit-unit tentera di bawah kawalan panglima Khalifa Haftar yang disokong oleh Moscow.

“Bayraktar TB2” adalah dron medium-altitude long endurance (MALE).

Pada 2019, Ukraine telah menguji dan membeli 12 buah dron terbabit daripada Turki yang boleh diintegrasikan dengan peluru berpandu “MAM” buatan syarikat tempatan, Roketsan.

Dan tahun lepas, Ukraine mengumumkan kerjasama dengan Turki untuk menghasilkan kira-kira 48 buah dron “Bayraktar TB2” dalam negara dengan kerjasama Ankara.

Sila join group/channel Telegram Defence Security Asia di https://t.me/DefSecAsia atau channel di https://t.me/DefSecAsia1

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...