Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

British Kerah Dua Buah Kapal Perang Ke Laut Hitam, Tunjuk Solidariti Dengan Ukraine

Pengumuman penghantaran dua buah kapal perang British, Type 45 destroyer dan Type 23 friget ke Laut Hitam berlaku selepas laporan mengatakan Russia juga telah menghimpunkan kira-kira 15 buah kapal selam di Crimea.

0 2,281

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua buah kapal perang British akan dihantar ke Laut Hitam (Black Sea) bulan depan ketika Russia mengerah kira-kira 80,000 anggota tenteranya berhimpun ke sempadan negara itu dengan Ukraine.

Pengumuman penghantara dua buah kapal perang British, Type 45 destroyer dan Type 23 friget ke Laut Hitam berlaku selepas laporan mengatakan Russia juga telah menghimpunkan kira-kira 15 buah kapal perang di Crimea.

Semestinya, penghantaran dua buah kapal perang British ke Laut Hitam akan meningkatkan lagi ketegangan di perairan itu.

Amerika Syarikat sepatutnya menghantar dua buah kapal destroyer kelas-Arleigh Burke ke Laut Hitam tetapi membatalkan hasratnya itu selepas menerima kecaman keras daripada pihak Russia.

Kerahan kedua-dua kapal perang British ke Laut Hitam pada bulan depan itu menurut sumber yang dipetik oleh akhbar The Sunday Times, adalah untuk menunjukkan perpaduan dan sokongan terhadap Ukraine yang kini sedang berhadapan dengan ancaman daripada Russia.

Mengikut perancangan, kedua-dua kapal perang itu akan meninggalkan sementara tugas mengiringi kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth ketika ia berada di Laut Mediterranean dan belayar ke Laut Hitam menerusi Selat Bosphorus.

Type 23
Type 23 Friget

 

Kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth tidak boleh ke Laut Hitam kerana beratnya yang melebihi 15,000 tan sebagaimana digariskan oleh perjanjian Montreux Convention 1936 yang mengawal selia penggunaan Selat Bosphorus.

Bagaimanapun, pesawat-pesawat F-35B (STOVL) dan helikopter Merlin anti-submarine warfare yang dibawa oleh HMS Queen Elizabeth akan memberikan bantuan kepada kedua-dua kapal perang British itu sekiranya terdapat kecemasan ketika mereka berada di Laut Hitam kelak.

Kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth bakal memulakan pelayaran mereka ke Indo-Pasifik tidak lama lagi dan akan mengadakan latihan bersama dengan negara-negara sahabat di sepanjang pelayarnnya.

Selain HMS Queen Elizabeth, ia akan turut diiringi oleh 10 buah kapal perang lain.

Ia dijangka mengadakan latihan dengan beberapa kapal perang di Laut Mediterranean, latihan di Lautan Hindi dan latihan di Laut China Selatan.

Ketika melalui perairan di Asia Tenggara, rombongan HMS Queen Elizabeth itu dijangka singgah di Singapura.

Sila join group/channel Telegram Defence Security Asia di https://t.me/DefSecAsia atau channel di https://t.me/DefSecAsia1

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...