Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Kerah Kapal Selam “Kilo” Ekori Kapal HMS Queen Elizabeth Di Laut Mediterranean

Untuk memastikan keselamatan kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth bernilai RM15 billion itu, tentera British telah mengerahkan dua buah helikopter anti-submarine warfare (ASW) daripada jenis Merlin Mk2 untuk memburu kapal selam jenis Kilo Russia itu yang “mengendapnya.”

0 1,474

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Empat hari selepas insiden di perairan Crimea di Laut Hitam melibatkan kapal perang British, HMS Defender dengan kapal dan pesawat pejuang Russia, kerajaan Presiden Vladimir Putin telah mengerahkan sebuah kapal selamnya untuk mengekori kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth yang berada di Laut Mediterranean pada ketika itu.

Untuk memastikan keselamatan kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth bernilai RM15 billion itu, tentera British telah mengerahkan dua buah helikopter anti-submarine warfare (ASW) daripada jenis Merlin Mk2 untuk memburu kapal selam jenis Kilo Russia itu yang “mengendapnya.”

Kedua-dua helikopter ASW tentera British itu daripada HMS Queen Elizabeth dan kapal sokongan RFA Fort Victoria telah menjatuhkan alatan “sonobuoys” dalam usaha mereka menjejaki kapal selam berkuasa diesel tentera laut Russia itu.

Kapal selam Kilo Russia itu berpengakalan di Pangkalan Laut Tartus, Syria, sebagai sebahagian daripada kempen tentera Russia membantu sekutu rapatnya, Presiden Bashar al-Assad.

Menurut laporan oleh media-media British, kejadian itu berlaku pada 27 June iaitu empat hari selepas kapal destroyer British, HMS Defender terlibat dalam insiden mencemaskan dengan kapal-kapal perang serta pesawat pejuang Russia di perairan Crimea di Laut Hitam.

Kilo
Kapal selam Kilo Tentera Laut Russia.

 

Selepas insiden di perairan Crimea itu, Russia telah mengadakan latihan tentera di Laut Mediterranean berhampiran dengan kedudukan kapal pengangkut pesawat, HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal pengiringnya.

Latihan tentera Russia di Laut Mediterranean itu melibatkan beberapa buah kapal perangnya, kapal selam dan pesawat-pesawat pejuang serta pesawat pengebom yang diterbangkan daripada Russia.

Antara scenario latihan tentera laut Russia di Laut Mediterranean melibatkan simulasi serangan peluru berpandu dibawah oleh pesawat pejuang negara itu terhadap kapal pengangkut pesawat.

Merlin
Helikopter Anti-Submarine Warfare (ASW) Tentera British jenis Merlin MK2.

 

Pesawat-pesawat Russia yang terlibat dalam latihan di Laut Mediterranean itu termasuklah MiG-31K yang membawa peluru berpandu Hypersonic “Kinzhal” dan Tu-22M yang membawa peluru berpandu anti-kapal.

Tindakan agresif Russia di Laut Mediterranean itu adalah selari dengan kenyataan Timbalan Menteri Luar negara itu Sergey Rybkov dan Kementerian Pertahanannya bahawa ia tidak teragak-agak untuk mengebom mana-mana kapal perang British jika insiden di perairan Laut Crimea itu berulang.

Pada ketika ini HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal pengiringnya termasuk kapal selam berkuasa nuklear telah meninggalkan Laut Mediterranean menuju ke Laut Merah dan Timur Tengah.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...