Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Kapal Friget “Admiral Golovko” Dipilih Bawa Peluru Berpandu Hypersonic “Tsirkon”

Peluru berpandu Hypersonik “Tsirkon” dikatakan mampu mencapai kelajuan 9 Mach dan jarak effektif melebih 1,000km. Dengan kelajuan sedemikian, peluru berpandu boleh membedil sasaran sejauh 1,000km dalam tempoh 7 minit sahaja.

0 1,271

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera Russia memutuskan bahawa kapal friget “Admiral Golovko”  bakal menjadi kapal perang pertama yang akan dilengkapkan dengan peluru peluru berpandu Hypersonik “Tsirkon”.

Peluru berpandu Hypersonik “Tsirkon” dikatakan mampu mencapai kelajuan 9 Mach dan jarak effektif melebih 1,000km. Dengan kelajuan sedemikian, peluru berpandu boleh membedil sasaran sejauh 1,000km dalam tempoh 7 minit sahaja.

Kapal “Admiral Golovko” merupakan kapal friget ketiga kelas-Admiral Gorshkov (Project 22350) selepas “Admiral Gorshkov” dan “Admiral Kasatonov” yang telah pun beroperasi.

Enam lagi buah kapal friget kelas-Admiral Gorshkov sedang dibina pada ketika ini.

“Kapal friget Admiral Golovko dirancang untuk menjadi kapal friget daripada kelas-Admiral Gorshkov pertama yang bakal dilengkap dengan peluru berpandu Hypersonic Tsirkon.”

 

Kapal friget kelas-Admiral Gorshkov dibangunkan untuk menangani kapal-kapal permukaan dan kapal selam selain mematahkan serangan udara.

Menurut tentera Russia, teknologi halimunan turut diaplikasikan di dalam pembinaan kapal perang kelas-Admiral Gorshkov bagi membolehkan kapal perang seolah-olah tidak wujud pada pandangan radar musuh.

Berat kapal perang ini adalah 5,000 tan, panjang 135 meter, kelajuan 29 knot dan membawa krew seramai 135 orang.

Kapal perang itu turut membawa helikopter KA-27.

Senjata utama kapal friget Admiral Golovko adalah 16 butir peluru berpandu “Kalibr.”

Tsirkon
Peluru berpandu Hypersonic “Tsirkon.”

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...