Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Akhbar Nasionalis China Tuduh Britain Cuba Kembali Ke “Era Kolonial”

Menurut penulis artikel itu, Lin Lan, tindakan Britain menghantar kapal pengangkut pesawat dan kapal-kapal pengiringnya adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melakukan provokasi terhadap China.

0 1,543

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Akhbar China, “Global Times” yang mempunyai kaitan rapat dengan Parti Komunis negara itu menyifatkan pelayaran kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth dan Carrier Strike Group 2021 (CSG21) ke Indo-Pasifik sebagai cubaan “mengembalikan era kolonial-nya” seperti suatu ketika dahulu.

Menurut penulis artikel itu, Lin Lan, tindakan Britain menghantar kapal pengangkut pesawat dan kapal-kapal pengiringnya adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melakukan provokasi terhadap China.

Beliau menyifatkan Britain hanyalah “anjing suruhan” kepada Amerika Syatrikat.

“Britain mahu melakukan provokasi terhadap China, terlibat dalam kebebasan pelayaran (FONOP) sebagaimana yang Amerika Syarikat lakukan serta menunjukkan kehadiran tenteranya di rantau Asia Pasifik. Britain masih hidup sebagaimana di era colonial-nya,” menurut artikel itu.

Penulis itu berkata, Britain akan berhadapan dengan tentangan yang kuat jika ia melakukan provokasi terhadap Tentera China.

TLDM
HMS Queen Elizabeth diiringi kapal TLDM. (Gambar kredit Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse)

 

“Britain akan melakukan kesilapan yang besar jika ia melakukan provokasi terhadap China,” menurut penulis itu.

Artikel di dalam akhbar nasionalis itu berkata, kekuatan Tentera Laut British sebenarnya semakin terhakis.

Britain menurut penulis terbabit, mahu menggunakan tentera lautnya untuk mengembalikan zaman kegemilangannya empayarnya tetapi kekuatan keseluruhannya tidak mampu menampung cita-cita besarnya.

Global Times memetik laporan media baru-baru yang menyatakan hanya sebuah daripada enam buah kapal destroyer Type 45 kelas-Daring Tentera Laut British yang masih beroperasi, manakala yang lain berhadapan dengan masalah serta proses penyelenggaraan.

Kapal Type 45 tunggal itu, HMS Defender mengikuti pelayaran HMS Queen Elizabeth dan CSG21 ke Indo-Pasifik.

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...