Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Roket China “Long March 5B” Bakal Terhempas Di Bumi

Roket China itu hanya dilancarkan pada minggu lepas, simbol kepada kejayaan program angkasa lepas negara itu.

0 3,467

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah roket milik China dikenali dengan nama “Long March 5B” dijangka memasuki atmospfera bumi di antara 8 hingga 10 Mei ini, hanya beberapa hari selepas ia dilancarkan ke angkasa lepas membawa modul utama stesen angkasa lepas negara itu.

Roket China itu hanya dilancarkan pada minggu lepas, simbol kepada kejayaan program angkasa lepas negara itu.

Roket atau serpihannya yang bakal terhempas di bumi itu dianggarkan setinggi 30 kaki dan seberat 20 tan. Ia dikatakan antara serpihan paling besar yang bakal terhempas di bumi sejak 1991.

Pusat pemerintahan angkasa lepas Amerika Syarikat sedang memantau pergerakan roket yang sudah “hilang kawalan” itu.

“Kami menjangkakan roket itu akan memasuki atmosfera bumi di antara 8 dan 10 Mei, Dalam tempoh dua hari itu, ia akan mengelilingi bumi sebanyak 30 kali dengan kelajuan 18,000 batu satu jam. Kedudukan di mana ia akan jatuh tidak dapat dipastikan sehingga pada jam-jam terakhir sebelum ia terhempas,” menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Mike Howard.

Roket
Roket Long March 5B

 

Amerika Syarikat mengatakan ia akan meminta ganti rugi daripada pihak China sekiranya serpihan daripada roket itu merosakkan harta benda.

Bagaimana, ramai penganalisis mengatakan besar kemungkinan roket itu akan terbakar apabila ia memasuki atmosfera bumi dan apa yang akan terhempas di bumi adalah serpihanya yang kecil.

Tetapi itu hanyalah jangkaan daripada penganalisis dan jangkaan itu mungkin tidak tepat dan roket itu mungkin juga memasuki atmosfera bumi tanpa mengalami sebarang kebakaran.

Sementara itu, badan bukan kerajaan Aerospace Corp pula berkata, ia menjangkakan roket itu jatuh di Pasifik berhampiran garisan Khatulistiwa selepas ia melintas beberapa bandar Amerika Syarikat yang terletak di bahagian timur negara itu.

Sementara itu, pihak berkuasa angkasa lepas China enggan mengatakan bahawa roket miliknya itu “hilang kawalan.”

Bagaimanapun akhbar Global Times mengatakan roket itu mudah terbakar apabila memasuki atmosfera, sekaligus tidak mendatangkan bahaya yang besar kepada penduduk bumi.

Bagaimanapun ahli akademik di Universiti Harvard, Jonathan McDowell mengecam China kerana secara tidak bertanggungjawab membiarkan roket yang besar dan amat berat itu “hilang kawalan.”

Roket Long March 5B membawa modul utama stesen angkasa lepas dipanggil “Tianhe”, itu dilancarkan ke angkasa lepas pada 29 April lepas.

China merancang untuk melakukan 10 pelancaran ke angkasa lepas untuk tahun ini.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...