Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mesir Perolehi 30 buah Pesawat Pejuang Tambahan “Rafale” Bernilai RM18 Bilion

Kementerian Pertahanan Mesir yang mengesahkan perkara itu kontrak itu akan dibiayai menerusi pinjaman selama 10 tahun.

0 1,271

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mesir dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk memperolehi 30 buah pesawat pejuang Rafale tambahan daripada Perancis dalam kontrak yang dianggarkan bernilai US$4.5 bilion (RM18 bilion).

Kementerian Pertahanan Mesir yang mengesahkan perkara itu kontrak itu akan dibiayai menerusi pinjaman selama 10 tahun.

Perjanjian pembelian pesawat pejuang Rafale itu turut meliputi perjanjian dengan MBDA untuk sistem persenjataanya serta dengan Safran Electronics and Defence bagi kelengkapan elektronik yang lain untuk pesawat.

Perjanjian dengan MBDA dan Safran itu dianggarkan bernilai sebanyak Euro 200 juta.

Perkembangan terbaru ini berita yang amat baik kepada syarikat Dassault yang membangunkan pesawat pejuang Rafale itu selepas ia berjaya menjual 18 buah pesawat pejuang yang sama kepada Greek.

Mesir
Presiden Mesir Abdel Fatah el-Sisi.

 

Sebelum ini Perancis juga telah membekalkan Mesir dengan 28 buah pesawat pejuang Rafale dan keputusan mendapatkan 30 pesawat tambahan akan menjadikan keseluruhan pesawat Rafale di dalam pegangan Mesir adalah 54 buah.

Hubungan antara Perancis dan Mesir rapat kerana kedua-duanya mempunyai kepentingan di Libya.

Dibawah pemerintahan Presiden Abdel Fatah al-Sisi, Kaherah telah berbelanja amat besar untuk memperolehi pelbagai sistem persenjataan daripada pesawat pejuang, kereta kebal dan kapal-kapal perang.

Abdel Fatah adalah bekas Pengarah Perisikan Mesir, Panglima Angkatan Tentera negara itu dan Menteri Pertahanan.

Pada 2013, ia mengetuai rampasan kuasa yang menjatuhkan presiden Mesir pada ketika itu, Mohamed Morsi.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...