Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Produksi Varian Terkini Pesawat Pejuang JF-17 Block 3 Pakistan Hampiri 30 Unit

Menurut portal pertahanan negara itu, ia menunjukkan produksi pesawat pejuang JF-17 Block 3  oleh Pakistan telah pun melebihi 20 buah dan semakin menghampiri 30 unit pesawat pejuang JF-17 Block 3 yang dipesan oleh Pakistan untuk tentera udaranya.

3,737

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Julai lepas, gambar dan video telah berlegar menunjukkan sebuah pesawat pejuang JF-17 “Thunder” Block 3 milik Tentera Udara Pakistan dengan nombor siri “323” yang membawa maksud  bahawa ia adalah pesawat ke JF-17 Block 3 yang ke-23 milik tentera udara negara itu.

Menurut portal pertahanan negara itu, ia menunjukkan produksi pesawat pejuang JF-17 Block 3  oleh Pakistan telah pun melebihi 20 buah dan semakin menghampiri 30 unit pesawat pejuang JF-17 Block 3 yang dipesan oleh Pakistan untuk tentera udaranya.

Pesawat pejuang JF-17 Block 3 adalah varian terkini pesawat pejuang JF-17, dimana varian terkini itu telah melakukan penerbangan sulungnya pada 2019 dan memasuki produksi bersiri (serial production) pada 2022.  

Peningkatan paling utama varian terkini JF-17 itu adalah ia kini dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) KLJ-7A , Helmet Mounted Display and Sight (HMD/S) dan sistem bersepadu Electronic Countermeasures (ECM).

Bagi sistem persenjataannya, varian terkini JF-17 Block 3 berkemampuan melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15E, yang didakwa boleh membedil sasaran sejauh 145km.JF-17

Selain itu, ia juga berkemampuan melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara PL-10E High-Off Boresight yang boleh dipandu hanya menggunakan Helmet Mounted Display and Sight (HMD/S) semasa pertempuran udara Within Visual Range.

Terdapat juga laporan menyatakan bahawa varian terkini pesawat pejuang JF-17 itu kini berkeupayaan melancarkan peluru berpandu kruis lancaran udara (ALCM – Air Launched Cruise Missile) “Taimur” yang boleh digunakan terhadap sasaran statik dan bergerak termasuk kapal-kapal perang dengan jarak bedilan sejauh 280km.

Varian terkini pesawat pejuang JF-17 Block 3 dilaporkan mempunyai persamaan dengan pesawat pejuang buatan China, JF-10C yang turut digunakan oleh Tentera Udara Pakistan.

Sebagai contohnya, kedua-dua pesawat itu menggunakan HMD/S, di mana juruterbang pesawat-pesawat varian terkini JF-17 Block 3 itu boleh “berpindah” dan mengoperasikan pula pesawat-pesawat J-10C dalam karier mereka selanjutnya.

Kedua-dua pesawat pejuang itu, JF-17 Block 3 dan J-10C itu juga menggunakan peluru-peluru berpandu udara-ke-udara yang sama, PL-15 dan PL-10.

JF-17

Pesawat-pesawat pejuang JF-17 Block 3 yang dibangunkan oleh Pakistan Aeronautical Complex (PAC) dan Chengdu  Aircraft  Industry Group (CAIG) daripada China

Tentera Udara Pakistan dilaporkan bakal memiliki kira-kira 30 buah pesawat JF-17 Block 3 bagi menambah pegangan 98 buah pesawat JF-17 Block 1 dan JF-17 Block 2 yang dimilikinya pada ketika ini.

Pesawat pejuang JF-17 Block 3 juga dilaporkan memiliki DNA pesawat pejuang generasi kelima China, J-20 “Mighty Dragon”.

 Dalam usahanya untuk bersaing dengan pesawat-pesawat Rafale yang diperolehi oleh India, Pakistan pada tahun lepas mengumumkan bahawa ia telah pun membeli 25 buah pesawat pejuang J-10 secara “senyap-senyap” daripada China.

Pesawat satu enjin J-10 itu dibangunkan oleh oleh Chengdu Aircraft Corporation.

Pemerhati pertahanan antarabangsa mengatakan bahawa pesawat J-10 buatan China tidak jauh bezanya daripada pesawat F-16 Amerika Syarikat tetapi menampilkan DNA daripada program pesawat Lavi yang kemudiannya dibatalkan oleh Israel.

Pakistan
Pesawat pejuang J-10C milik Tentera Udara Pakistan

 

Pakistan membeli varian terkini pesawat J-10 iaitu versi “C” kerana ia dilengkapi dengan peralatan terkini seperti Active Electronically Scanned Array (AESA) dan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) “PL-15”.

Peluru berpandu PL-15 itu juga didakwa adalah pesaing utama kepada peluru berpandu udara-ke-udara keluaran Amerika Syarikat iaitu AIM-120 “AMRAAM.”

Pesawat J-10C itu juga dikatakan menggunakan enjin keluaran syarikat tempatan China dipanggil “WS-10C” dan bukan enjin Saturn AL-31F yang dibangunkan oleh Russia bagi mengelak kompleksiti dalam penjualan pesawat itu kepada Pakistan. — DSA

 

Comments are closed.