Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sekeping Tanah Pulau Pom Pom, di Pantai Timur Sabah Boleh Dimiliki Pada Harga RM18 Juta

Bagaimanapun bagi mereka yang berhasrat memiliki sekeping tanah di Pulau Pom-Pom yang indah itu, suatu perkara yang perlu diingati adalah -- ia terletak di sebuah kawasan yang “panas” kerana insiden yang berlaku pada tahun 2013.

0 2,576

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jika anda memiliki wang sebanyak RM18 juta (US$4 juta), mahukah anda melaburnya dan membeli sekeping tanah yang terletak di sebuah pulau indah berhampiran dengan Semporna di pantai timur Sabah?

Sebagaimana dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan baru-baru ini, pulau terbabit dinamakan Pulau Pom Pom yang terletak tidak jauh daripada sebuah lagi pulau yang jauh lebih terkenal iaitu Pulau Sipadan.

Kawasan tanah yang mahu dijual di Pulau Pom Pom itu adalah seluas 7.3 ekar (kira-kira 3 hektar).

Menurut akhbar berbahasa Inggeris itu lagi, penjualan tanah tidak berpenghuni di Pulau Pom Pom itu dinyatakan menerusi akaun Facebook milik perunding hartanah dikenali dengan nama, Johnny Wong.

Apabila ditanya oleh akhbar terbabit tentang penjualan tanah di pulau terbabit, beliau berkata, setakat ini terdapat seorang pembeli serius yang menawarkan untuk membeli tanah terbabit pada harga lebih rendah daripada ditawarkan.  

Pada ketika ini, keseluruhan Pulau Pom Pom itu mempunyai 19 orang pemilik yang memiliki beberapa tanah di pulau terbabit.

Pom Pom

Pom Pom

Bagaimanapun, hanya satu lot tanah disenaraikan di dalam akaun Facebook untuk dijual.

Pulau Pom Pom itu terletak kira-kira 30km di utara Semporna di Laut Celebes yang berwarna kebiru-biruan dan sememangnya dikenali sebagai pulau yang mempunyai batu karang yang cantik dan terpelihara daripada segala pencemaran alam sekitar.

Bagaimanapun bagi mereka yang berhasrat memiliki sekeping tanah di Pulau Pom-Pom yang indah itu, suatu perkara yang perlu diingati adalah — ia terletak di sebuah kawasan yang “panas” kerana insiden yang berlaku pada tahun 2013.

Pada ketika itu, Pulau Pom Pom merupakan sebuah pulau yang pesat membangun dengan hotel dan resort serta pelancong-pelancong yang tertarik dengan keindahannya.

Bagaimanapun pada 15 Nov 2013, pulau itu telah diserang oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang lengkap bersenjata.

Komando ASG
Anggota Komando Malaysia dalam satu latihan di Sabah.

 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi itu, seorang pelancong lelaki warga Taiwan berusia 57 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang.

Wanita itu dipercayai diculik sekumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menceroboh ke bilik penginapan mereka di pulau berkenaan.

Wanita warga Taiwan yang diculik kumpulan bersenjata di Pulau Pom Pom, Semporna pada 15 November lepas, berjaya diselamatkan pihak berkuasa Filipina kira-kira sebulan selepas itu.

Berita tentang pembebasan wanita warga Taiwan itu dinyatakan Ketua Polis Negara pada ketika ituTan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya. 

Pom Pom

“Syabas pasukan bersenjata Filipina, mangsa culik rakyat Taiwan di Pom Pom berjaya diselamatkan,” katanya.

Sejak daripada kejadian itu, kawalan keselamatan di sekitar pulau itu dan sepanjang pantai timur Sabah telah dipertingkatkan dengan mendadak.

Sekiranya anda memiliki RM18 juta dilabur, sekeping tanah di Pulau Pom Pom menanti anda. — DSA

 

CLICK FOR DEFENCE  SECURITY ASIA APPS
Any enquiries can email: lulwabyadah@gmail.com
Comments
Loading...