Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

PM Tiba Di Turkiye, Akan Lawat Kemudahan TAI Dan MKE Corp

Lawatan Perdana Menteri ke Turkiye bermula hari ini akan membawa beliau dan delegasi Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan yang dimiliki oleh dua syarikat pertahanan terkemuka negara itu, Turkish Aerospace Industries (TAI) dan MKE Corporation.

0 1,776

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini untuk memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Turkiye, Selasa.

Pesawat khas yang membawa Ismail Sabri dan delegasinya mendarat di lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) pada pukul 8.40 pagi (1.40 petang waktu Malaysia).

Antara yang hadir bagi menyambutnya di lapangan terbang ialah Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba dan Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal.

Anka
Dron Turki “Anka” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TUSAS).

 

Turut berada di lapangan terbang yang dimiliki dan dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad itu ialah Gabenor Sabiha Gokcen International Airport, Halil Avsar, Pengerusi MAHB  Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan pegawai-pegawai tinggi dari kedua-dua negara.

 Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia  Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan turut mengikuti lawatan Perdana Menteri itu.

Majlis sambutan rasmi bagi lawatan itu akan berlangsung di Ankara pada hari Khamis.

 Lawatan atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan itu bermula dengan perdana menteri melawat ISGIA sebaik tiba.

Turkiye adalah rakan kongsi perdagangan ketiga terbesar Malaysia di Timur Tengah selepas Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan jumlah perdagangan antara dua negara merekodkan RM16.97 bilion (AS$4.09 bilion) pada 2021, dan projek dilaksanakan bernilai RM444.59 juta (AS$130.91 juta)

Yavuz
Sistem “MKE Yavuv” 155mm 52 Cal buatan syarikat MKE daripada Turki.

 

Pada Rabu, Perdana Menteri akan ke ibu negara Ankara dan dijadualkan melawat dua penggiat utama dalam industri pertahanan dan aeroangkasa di negara itu iaitu MKE Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI).

MKE Corp merupakan pihak yang membangunkan meriam bergerak beroda 155mm 52 cal “Yavuz”.

Syarikat Malaysia, MA Analytics Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan tiga buah syarikat pertahanan Turki,  terdiri daripada Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE), Katmerciler dan IVEO Defence.

Meriam 155mm 52 Cal yang digunakan oleh “Yavuz” adalah “Panter”, yang turut dibangunkan oleh syarikat MKE serta berkemampuan menembak sejauh 40km dan bakal ditawarkan kepada Tentera Darat apabila tender dibuka tidak lama lagi.

Sementara itu TAI sebagaimana yang kita ketahui adalah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan sistem UAS-Medium Altitude Long Endurance (MALE) “Anka” dan juga pesawat FLIT/LCA “Hurjet” yang ditawarkan kepada Malaysia.

Hurjet
Pesawat FLIT/LCA “Hurjet” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI).

 

Dengan kemampuan beroperasi selama 30 jam, Anka sememangnya memberikan kelebihan kepada TUDM sebagai operatornya.

Pesawat FLIT/LCA “Hurjet” merupakan salah satu pesawat FLIT/LCA yang bersaing dalam tender terbuka antarabangsa Kementerian Pertahanan untuk memperolehi 18 buah pesawat FLIT/LCA  bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pesawat FLIT/LCA “Hurjet” bakal memiliki kelajuan maksimum Mach 1.2 dan berkemampuan terbang pada altitud maksimum 45,000 kaki.

Ia direkabentuk untuk membawa bebanan sebanyak 3 tan.

Menurut TAI, “Hurjet” akan menggantikan pesawat Northrop Grumman T-38 Talon yang digunakan oleh Tentera Udara Turki pada ketika ini. — DSA

 

Comments
Loading...