Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Boeing “Bengang” China Beli Kapal Terbang Airbus SE Bernilai US$37 Bilion (RM148 Bilion)

Hubungan di antara Washington dan Beijing tegang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, apabila tercetusnya perang dagang antara kedua negara dengan Amerika Syarikat dan Beijing saling bertindak-balas dengan mengenakan tariff tinggi terhadap barangan kedua-dua negara.

0 13,580

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Perang dagang berpanjangan antara Amerika Syarikat dan China telah menyebabkan syarikat pembuat kapal terbang, Boeing menanggung “kerugian” yang amat besar apabila Beijing memilih syarikat pembuat kapal terbang Eropah, Airbus untuk membekalkan hampir 300 buah kapal terbang dianggar bernilai US$37 bilion (RM148 bilion).

Kesemua 296 buah kapal terbang komersial itu akan dibekalkan kepada China Eastern Airlines yang memperolehi 100 buah pesawat A320neo, Air China dan anak syarikatnya memperolehi 96 buah pesawat A320neo manakala China Southern Airlines pula membeli 96 A320neo dan menyewa empat buah pesawat itu.

“Ia adalah amat mengecewakan kerana perbezaan geopolitik (di antara China dan Amerika Syarikat) terus-menerus menyekat eksport pesawat-pesawat komersial Amerika Syarikat.”

Airbus

“Penjualan pesawat-pesawat komersial Amerika Syarikat kepada China secara dasarnya menyokong ribuan pekerjaan,” kata jurucakap syarikat Boeing kepada media kewangan antarabangsa, Bloomberg.

China adalah pasaran utama kepada keluarga pesawat 737 yang dibangunkan oleh Boeing dan A320 yang dibuat oleh Airbus.

Hubungan di antara Washington dan Beijing tegang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, apabila tercetusnya perang dagang antara kedua negara dengan Amerika Syarikat dan Beijing saling bertindak-balas dengan mengenakan tariff tinggi terhadap barangan kedua-dua negara.

Boeing merupakan produk eksport terbesar Amerika Syarikat.

Media nasionalis China, “Global Times” dalam satu editorialnya mengatakan adalah sesuatu yang semulajadi apabila Boeing kalah dalam persaingan perniagaan dengan Airbus.

Boeing

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Boeing telah mengadu tentang perbezaan geopolitik sehingga menjejaskan perniagaannya, tetapi China bukan pihak yang perlu dipersalahkan. Jikalau ada sebarang pertimbangan politik mengenai perkara ini, ia adalah, sikap Amerika Syarikat yang mempolitikkan isu-isu ekonomi dan perdagangan telah memakan diri,” kata Global Times.

Akhbar itu berkata berdasarkan kepada prestasi antarabangsa kedua-dua syarikat itu, Airbus telah berada dihadapan Boeing dalam mendapat pesanan daripada pelanggan dan juga memperluaskan pegangan pasarannya.

Penganalisis Bloomberg Intelligence George Ferguson menulis bahawa keputusan China memilih pesawat-pesawat yang dibandingkan oleh Airbus berbanding Boeing merupakan bukti tentang perang dagang berterusan di antara Amerika Syarikat dan China.

Perkembangan syarikat Boeing akan terbantut jika ia tidak dapat menembusi pasaran China. — DSA

  

Comments
Loading...