Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat FA-50 Block 20 Ditawar Pada Malaysia Guna Radar AESA “PhantomStrike”

Sumber industri mengesahkan kepada Defence Security Asia bahawa pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) akan dilengkapkan dengan radar AESA PhantomStrike yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon Intelligence & Space.

0 7,852

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Varian pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal dilengkapkan dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “PhantomStrike” yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon Intelligence & Space.

Defence Security Asia telah dimaklumkan oleh sumber industri yang mempunyai pengetahuan berkenaan tawaran pesawat FA-50 itu kepada kerajaan Malaysia dan TUDM.

Pesawat FA-50 itu dibangunkan oleh gergasi aeroangkasa Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI).

Poland yang memperolehi pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 turut melengkapkan pesawat itu dengan radar AESA “PhantomStrike” yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon itu.

Negara Eropah Timur yang bersempadan dengan Ukraine itu juga sedang berusaha untuk memperolehi peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM untuk digandingkan dengan pesawat pejuang ringan FA-50 keluaran syarikat Korea Selatan itu.

PhantomStrike
Radar AESA “PhantomStrike” oleh Raytheon

 

Selain itu, pesawat pejuang FA-50 Block 20 Poland itu juga akan dilengkapkan dengan Korean GPS Guided Bomb (KGGB) yang dibangunkan oleh syarikat LIG NEX1 dan Agency For Defense Development (ADA).

Peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM yang ikonik itu dibangunkan oleh Raytheon Missile and Defense.

Bagaimanapun kelulusan untuk perolehan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM oleh Poland itu bergantung kepada kelulusan Kongres Amerika Syarikat serta pentadbiran presiden negara itu, Jo Biden.

Pada tahun lepas, Poland telah memeterai perjanjian dengan Korea Selatan untuk memperolehi 48 buah pesawat pejuang terbabit bagi melengkapkan tiga buah skuadron untuk tentera udara negara Eropah Timur itu.

Poland merupakan pembeli pertama kepada varian pesawat FA-50 Block 20 dibangunkan oleh KAI yang merupakan varian pesawat FA-50 yang termaju dan paling berkemampuan daripada segi keupayaannya.

 Berbanding dengan pesawat FA-50 Block 10, varian FA-50 Block 20 sebagaimana yang diperolehi oleh Poland dan ditawarkan kepada Malaysia itu mempunyai beberapa kelainan daripada segi peralatan dan komponennya, sekaligus kemampuan keseluruhannya.

Antaranya adalah, varian FA-50 Block 20 yang telahpun dipilih oleh Poland dan ditawarkan kepada Malaysia itu akan dilengkapi dengan radar AESA.

Phantom Strike

Maklumat diperolehi oleh Defence Security Asia sebelum ini mengesahkan bahawa pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada TUDM akan dilengkapi dengan dengan kelengkapan radio U/VHF yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.

Selain itu, pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada TUDM itu juga akan dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2”.

Varian pesawat FA-50 Block 20 sebelum ini juga dilaporkan akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) iaitu “ Cobham Mission System” yang dibangunkan oleh syarikat Cobham daripada United Kingdom.

PhantomStrike adalah radar AESA yang memiliki Low Size, Weight and Power (SWaP) dan direka untuk diintegrasikan kepada pelbagai platform termasuk pesawat pejuang ringan, pesawat berkepak, pesawat tanpa pemandu dan menara-menara bagi memberikan kemampuan pengesanan dan penjejakan ancaman jarak jauh.

Bercakap kepada portal pertahanan antarabangsa Janes pada pameran udara Farnborough 2022, presiden bagi Secure Sensor Solutions, Raytheon Intelligence & Space Eric Ditmars berkata, syarikat itu merancang untuk mengeksport PhantomStrike menjelang 2025 dan mengintegrasikan radar itu pada pelbagai platform pada akhir 2023 atau awal 2024.  

Beliau berkata, radar AESA PhantomStrike mempunyai dua saiz dengan saiz yang kecil seberat kira-kira 45kg dengan kos yang separuh dibandingkan radar-radar biasa manakala bagi yang bersaiz sederhana pula, beratnya adalah 54kg.

apps

JOM DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Radar AESA PhantomStrike menggunakan kuasa gallium nitride (GaN), digital beamforming dan steering, digital receiver/exciter, processor dipanggil Chirp yang telah dibangunkan oleh perniagaan Raytheon Missiles & Defense.

Beliau tidak mendedahkan secara spesifik jarak radar AESA PhantomStrike itu, tetapi bagi radar itu yang bersaiz kecil kemampuannya adalah bersamaan dengan pesawat F-16 manakala bagi bersaiz sederhana pula, kemampuannya adalah melebihi pesawat F-16.

Menurut beliau lagi, pihak tentera Perancis telah menunjukkan minat dengan radar AESA PhantomStrike itu untuk memasangnya pada pesawat Mirage. — DSA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...