Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal-Kapal Pengangkut Pesawat Amerika Dan China Bakal Bertembung Di Laut China Selatan?

Kehadiran “Liaoning” di Laut China Selatan telah disahkan oleh imej-imej satelit yang menunjukkan pergerakan kapal pengangkut pesawat China ke perairan itu pagi tadi, sambil diiringi oleh empat buah kapal perang China yang lain.

0 2,721

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pengangkut pesawat China, “Liaoning” dan kapal-kapal pengiringnya kini dikesan berada di Laut China Selatan, menyertai kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat USS Theodore Roosevelt yang telah pun berada di perairan strategik itu sejak beberapa hari lepas.

Kehadiran “Liaoning” di Laut China Selatan telah disahkan oleh imej-imej satelit yang menunjukkan pergerakan kapal pengangkut pesawat China ke perairan itu pagi tadi, sambil diiringi oleh empat buah kapal perang China yang lain.

Liaoning
Imej satelit menunjukkan kapal pengangkut pesawat “Liaoning”di Laut China Selatan. (kredit Duan Dang)

 

Imej satelit menunjukkan ia diiringi oleh dua buah kapal destroyer yang terbarunya iaitu daripada Type 052D, sebuah friget Type 054A dan sebuah kapal bekalan (Replenishment) Type 901.

Dibawah permukaan, sudah pasti sekurang-kurangnya sebuah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Jin turut sama mengiringi “Liaoning” dan gerombolannya di Laut China Selatan.

Sebelum ini, “Liaoning” dan kapal-kapal pengiring berada di perairan berhampiran Taiwan mengadakan latihan.

Minggu lepas, Kementerian Pertahanan Jepun mengesahkan kehadiran “Liaoning” diiringi lima buah kapal perang sedang belayar di Miyako Strait yang memisahkan Kepulauan Miyako dan Pulau Okinawa miliki Jepun.

Apa yang menarik, pada ketika ini juga kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt juga berada di Laut China Selatan.

Liaoning
Selain “Liaoning”, ia turut diiringi oleh empat buah kapal perang China yang lain.

 

Harap-harap kedua-dua kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat dan China ini tidaklah bertembung atau ada dikalangan anggota mereka yang “gatal tangan” untuk menekan apa-apa butang pelancar.

Beberapa hari lepas, USS Theodore Roosevelt dan kapal-kapal pengiringnya iaitu kapal destroyer kelas Arleigh Burke, USS Russel dan kapal cruiser kelas Ticonderoga, USS Bunker Hill telah mengadakan latihan bersama Makin Island Amphibious Ready Group (ARG) di Laut China Selatan.

Makin Island Amphibious Ready Group terdiri daripada kapal LHD USS Makin Island dan kapal-kapal amphibious transport dock, USS San Diego dan USS Somerset.

USS Makin Island
Latihan bersama antara Theodore Roosevelt Carrier Strike Group dengan Makin Island Amphibious Ready Group di Laut China Selatan beberapa hari lepas.

 

Sebagaimana USS Theodore Roosevelt yang membawa sehingga 90 pesawat, kapal LHD USS Makin Island juga membawa pesawat and helikopter termasuk F-35B Lightning 11 (STOVL), Osprey dan CH-53 Super Stallion.

Bagi “Liaoning” pula, media-media China melaporkan bahawa kapal pengangkut pesawat itu mampu membawa sehingga 36 buah pesawat dan helikopter termasuk kira-kira 24 buah pesawat pejuang J-15 (Su-30 Flanker) dan pesawat peronda maritim serta anti-submarine warfare (ASW).

Untuk beberapa hari ini, keadaan di Laut China Selatan memang sangat sesak dengan pelbagai kapal perang.

J-15
Pesawat pejuang Shenyang J-15 berlepas daripada kapal pengangkut pesawat “Liaoning”.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...