Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang Sukhoi Su-30, Su-57 Dilengkapi Enjin Baru, Lebih Berkuasa

Menurut ketua perekabentuk pesawat Su-30, Oleg Pankov, bermula pada tahun 2025 pesawat pejuang Su-30 itu akan dilengkapi dengan enjin AL-41-FS1 sebagaimana yang digunakan oleh pesawat—pesawat pejuang Su-35 dan Su-57.

0 6,562

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang Sukhoi Su-30 dilaporkan akan dilengkapi dengan enjin baru, bagi membolehkan prestasinya setanding dengan pesawat pejuang yang lebih baru seperti Sukhoi Su-35 dan pesawat generasi kelima, Su-57 “Felon”.

Menurut ketua perekabentuk pesawat Su-30, Oleg Pankov, bermula pada tahun 2025 pesawat pejuang Su-30 itu akan dilengkapi dengan enjin AL-41-FSI sebagaimana yang digunakan oleh pesawat—pesawat pejuang Su-35 dan Su-57.

Pada ketika ini, varian Su-30SM Tentera Udara Russia telah pun menggunakan enjin AL-41-FSI.

Enjin AL-41-FS1 yang akan digunakan oleh pesawat pejuang Su-30 itu merupakan suatu peningkatan besar daripada segi keupayaan berbanding enjin yang kini digunakan oleh Su-30 pada ketika ini iaitu AL-31FP.

Enjin terbaru itu memberikan peningkatan 16 peratus daripada segi kuasa tujahan (maximum thrust) sehingga mencapai 14,500 kilogram force (kgf) dengan service life sehingga 4,000 jam tetapi pada masa yang sama mengekalkan berat dan dimensi sebagaimana enjin sebelum ini.

Su-30MKM
Sukhoi Su-30SM2.

 

Enjin AL-41-FS1 untuk meningkatkan penjanaan kuasa elektrik, seterusnya membolehkan intergrasi radar baru yang lebih berkuasa tinggi dan sistem peperangan elekktronik sebagaimana yang sama dirasai oleh pesawat pejuang Su-30SM sebelum ini.

Sumber di dalam media Russia menyatakan bahawa enjin baru itu membolehkan pesawat-pesawat Su-30 dilengkapi dengan radar yang berkuasa tinggi, dipanggil “Irbis”.

Radar “Irbis” itu membolehkan pesawat-pesawat Su-30 mengesan sasaran sama ada daratan, lautan dan udara dengan jarak lebih jauh.

Menurut penganalisis, pesawat pejuang Su-30SM yang dilengkapi dengan enjin AL-41-FS1 boleh mengoperasikan pelbagai sistem persenjataan seperti peluru berpandu udara-ke-darat , peluru berpandu udara-ke-udara termasuk bom-bom KAB-250 glide bomb dan peluru berpandu udara-ke-darat X-59MK2.

Walaupun pesawat-pesawat pejuang Su-57 kini dilengkapi dengan enjin AL-41-FS1 sebagaimana pesawat Su-35 dan Su-30SM, namun pesawat pejuang generasi kelima Russia itu bakal menggunakan enjin baru bermula daripada tahun ini.

Khibiny
Su-30

 

Menurut laporan daripada media pertahanan Russia, enjin baru pesawat pejuang Su-57 itu telah melepasi segala ujian dengan cemerlang, seperti kuasa tujahan 11,000kg dan afterburner sebanyak 18,000kg.

Dengan naiktaraf enjin barunya kini, pesawat pejuang Su-57 itu kini berkemampuan mencapai kelajuan kruis (cruising speed) Mach 2.

Bermula tahun ini, United Aviation Corporation (UAC) akan mula menghantar kepada Tentera Udara Russia (dikenali sebagai Russian Aerospace Force)  pesawat-pesawat pejuang Su-57 yang telah dinaiktaraf dengan enjin baru dikenali dengan nama, AL-51F1 atau dahulunya dikenali “Izdelie 30.”

Varian pesawat pejuang yang telah dinaiktaraf dengan enjin baru dan pelbagai peningkatan keupayaan yang baru itu dikenali sebagai Su-57M (Modification).

Dengan naiktaraf enjin barunya kini, pesawat pejuang Su-57 itu kini berkemampuan mencapai kelajuan kruis (cruising speed) Mach 2.

Su-57
Su-57 “Felon”

 

Dengan enjin baru, AL-51F, pemerhati menyatakan bahawa pesawat pejuang Su-57 itu kini secara sah kini adalah sebuah pesawat pejuang generasi kelima.

Selain itu, UAC dilaporkan telah memperkenal lebih banyak sistem Artificial Intelligence (AI) kepada pesawat pejuang generasi kelimanya itu bagi membolehkan Su-57  benar-benar muncul sebagai pesawat pejuang generasi hadapan.

Terbaru, syarikat itu menyatakan bahawa ia kini bersedia unutk melengkapkan pesawat pejuang Su-57 dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat generasi kelima.

Pendedahan tentang peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat generasi kelima dikenali sebagai “RVV-MD2” itu telah dilakukan oleh syarikat GosMKB Vympel yang berpangkalan di Moscow.

Syarikat itu yang sememangnya terkenal dengan penghasilan pelbagai jenis sistem peluru berpandu menyatakan bahawa peluiru berpandu udara-ke-udara jarak dekat generasi kelima “RVV-MD2” berada di hadapan di antara lima hingga 10 tahun berbanding peluru berpandu digunakan oleh pesaingnya di Barat.

Peluru berpandu udara-ke-udara “RVV-MD2” itu kini berada di peringkat produksi. —  DSA

Comments
Loading...