Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang Su-35 Akan Masuki Perkhidmatan Tentera Udara Iran Tahun Ini

Pesawat pejuang Su-35 merupakan pesawat pejuang generasi 4.5 dan kehadirannya di dalam Tentera Udara Iran sudah semestinya akan meningkatkan kemampuan tentera udara negara itu yang selama ini bergelut dalam program pemodenannya akibat sekatan ekonomi and ketenteraan antarabangsa.

0 7,387
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang Sukhoi Su-35 buatan Russia akan mula memasuki perkhidmatan Tentera Udara Iran pada tahun ini, sekaligus meningkatkan kemampuan tentera udara negara ini yang selama ini terpaksa bergantung pada pesawat pejuang berusia.
Perkara itu disahkan oleh laporan oleh Iran Observer menerusi akaun di platform X miliknya.
Pesawat pejuang Su-35 merupakan pesawat pejuang generasi 4.5 dan kehadirannya di dalam Tentera Udara Iran sudah semestinya akan meningkatkan kemampuan tentera udara negara itu yang selama ini bergelut dalam program pemodenannya akibat sekatan ekonomi and ketenteraan antarabangsa.
Kehadiran pesawat pejuang Su-35 di dalam inventori Tentera Udara Iran juga akan mengubah keseimbangan kuasa udara di Timur Tengah yang selama ini dikuasai oleh negara-negara sekutu Amerika Syarikat yang mengoperasi pesawat-pesawat pejuang moden buatan Barat.
Pesawat pejuang termoden Tentera Udara pada ketika ini adalah MiG-29 yang diperolehi berbelas tahun dahulu serta pesawat-pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat seperti F-4 dan F-14 yang diperolehinya ketika negara Parsi itu dibawah pemerintahan Shah Iran sebelum 1979.
Pada 30 Nov tahun lalu, Iran dilaporkan telah pun menerima dua buah pesawat pejuang pertama Sukhoi Su-35SE buatan Russia pada 18 November yang lalu.
Su-35
Sukhoi Su-35
Menurut laporan media Jerman “Flugrevue”, penyerahan kedua-dua buah pesawat pejuang itu dilakukan dalam satu majlis persendirian di kemudahan pembuatan pesawat Komsomolsk-on-Amur (KnAAPO) di wilayah timur jauh Russia.
“Kedua-dua buah pesawat pejuang Sukhoi Su-35 itu telah dicerai-ceraikan (disassembled) kepada beberapa bahagian pesawat sebelum diterbangkan ke Lapangan Terbang Mehrabad di Teheran menggunakan pesawat pengangkut Tentera Russia Antonov An-124-100,” menurut laporan terbabit.
Selepas tiba di Lapangan Terbang Mehrabad, bahagian-bahagian pesawat pejuang itu akan di bawa ke Pangkalan Tentera Udara di Hamadan untuk dipasang semula, bagi membolehkan Iran memiliki pesawat pejuang generasi 4.5 yang pertama.
Menurut laporan media Jerman itu, Iran mahu memperolehi pesawat pejuang Su-35SE itu untuk menggantikan pesawat pejuang F-14 Tomcat yang berpangkalan di Isfahan.
Iran dilaporkan akan menerima sehingga 50 buah pesawat pejuang Su-35 dan bukan 24 sebagaimana dinyatakan sebelum ini.
Dengan penambahan bilangan pesawat pejuang Su-35 oleh Iran itu kepada 50 buah akan membolehkan tentera udara negara itu menamatkan sebahagian daripada pesawat pejuang F-4 Phantom yang sedang berkhidmat dengan Skuadron Taktikal ke-31 yang berpangkalan di Hamadan.
Defence Security Asia melaporkan bahawa Iran akan menerima sebanyak enam buah pesawat pejuang Sukhoi Su-35 daripada Russia dalam jangkamasa terdekat ini,  berkemungkinan besar akan ditempatkan di Pangkalan Udara Hamadan sebagaimana dispekulasikan sebelum ini.
Keenam-enam pesawat pejuang generasi 4.5 yang diberikan gelaran “Super Sukhoi” itu akan diterbangkan oleh juruterbang Russia ke pangkalan tentera udara Iran itu, sebagaimana maklumat di dalam platform media sosial.
Enam buah pesawat pejuang Su-35 itu dipercayai adalah daripada kumpulan pertama daripada beberapa kumpulan pesawat pejuang Su-35 yang berkemungkinan besar akan dihantar oleh Russia kepada Iran di dalam tempoh bulan-bulan dan tahun mendatang ini.
Kehadiran pesawat-pesawat pejuang Sukhoi Su-35 di Pangkalan Udara Hamadan itu adalah selari dengan kerja-kerja pembinaan beberapa kubu penempatan pesawat yang sedang rancak dilakukan di Pangkalan Tentera Udara Iran di Hamadan itu.
Iran
Gambar satelit Pangkalan Udara Hamadan di Iran
Baru-baru ini, laporan media pertahanan antarabangsa hasil pengamatan gambar-gambar satelit menyatakan saiz kubu-kubu penempatan pesawat yang sedang dibina di Pangkalan Udara Hamadan itu bersaiz besar, membawa kemungkinan ia adalah untuk menempatkan pesawat-pesawat pejuang yang lebih besar dan lebih canggih.
Penganalisis pertahanan menyatakan bahawa terdapat kubu-kubu yang sedang dibina itu berkemungkinan adalah untuk menempatkan pesawat pejuang Sukhoi Su-35 yang bakal diterima oleh Iran daripada Russia di dalam tempoh terdekat.
Media antarabangsa melaporkan baru-baru ini bahawa Iran telah diberikan kebenaran oleh Russia untuk memasang pesawat-pesawat pejuang Su-35 dan Su-30 secara berlesen di dalam negara Parsi.
Menurut pemerhati, dengan pemasangan dalam negara, bilangan pesawat-pesawat pejuang Su-35 dan Su-30 yang bakal dimiliki oleh Tentera Udara Iran boleh mencecah lebih daripada 100 buah pesawat dalam tempoh terdekat.
Kerjasama di antara Iran dan Russia berkenaan pemasangan pesawat-pesawat pejuang Su-35 dan Su-30 dalam negara itu merupakan suatu “berita buruk” kepada beberapa negara pro-Amerika Syarikat di Timur Tengah, kerana kekuatan udara yang selama didominasi mereka kini bakal dicabar oleh Teheran. — DSA

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.