Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat FLIT/LCA Apakah Pilihan TUDM?

0 2,763

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam Panglima Tentera Udara Malaysia (TUDM) Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan pembelian 36 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) bagi menggantikan Hawk 108 dan Hawk 2018.

Pembelian 18 buah pesawat itu akan dilakukan pada tahun depan dibawah RMK-12 manakala 18 buah pesawat seterusnya pada RMK-13 (2025).

TUDM
Pesawat KAI-50 buatan Korea Selatan

Ia akan digunakan untuk melatih juruterbang pesawat pejuang TUDM serta sebagai pesawat pejuang ringan.

Ok, pesawat FLIT/LCA apakah yang bakal bersaing dalam tender terbuka Kementerian Pertahanan?Nampak gaya, pada ketika ini frontrunner bagi keperluan pesawat FLIT/LCA TUDM pada ketika ini adalah KAI FA-50 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) untuk memenuhi keperluan tentera udara Korea Selatan (ROKAF).

TUDM

Rekabentuk adalah berdasarkan kepada pesawat T-50 Golden Eagle buatan Lockeed Martin.

Pesawat KAI FA-50 dilengkapi dengan tandem glass cockpit dan boleh membawa dua krew.

Ia juga dilengkapi dengan Head-up display (HUD), Paparan Multifunction yang berwarna (MFDs), digital engine instrumentation, Hands On Throttle-And-Stick (HOTAS), integrated up-front controls, and zero-zero ejection seat.

Daripada segi persenjataan pula, pesawat FA-50 boleh membawa pelbagai pelbagai senjata dengan berat boleh mencecah 4.5 tan termasuk peluru berpandu AIM-9 Sidewinder, peluru berpandu udara ke darat AGM-65 Maverick, GBU-38/B Joint Direct Attack Munitions (JDAM), CBU-105 Sensor Fused Weapon (SFW), Mk-82 Low Drag General Purpose (LDGP) bombs dan Cluster Bomb Units (CBUs).

bom

Daripada segi kemampuan enjin pula, pesawat yang turut digunakan oleh Tentera Udara Thailand dan Filipina itu boleh terbang selaju 1.5 Mach.

Selain daripada KAI KA-50, pesawat-pesawat lain yang dijangka menyertai tender Kementerian Pertahanan itu termasuklah Tejas yang dibangunkan oleh Hindustan Aeronautics Limited (HAL) dan Yakovlev YAK-130 atau nama NATO “Mitten”.

Yak
Yakolev YAL-130

Pesawat pejuang Tejas adalah pesawat satu enjin yang merupakan kebangsaan industri pertahanan India.

Dalam perkembangan terbaru, India dilaporkan bercadang melengkapkan Tejas dengan radar AESA dan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) “ASTRA” yang juga adalah buatan tempatan.

Singapura

Manakala bagi YAK-130, ia adalah pesawat yang pada mulanya dibangunkan secara bersama di antara Yakovlev dan Aermacchi daripada Itali dan dikatakan characteristic pesawat adalah menyamai pesawat generasi 4+.

Penerbangan pertama YAK-130 adalah pada 1996.

Selain KAI FA-50, YAK-130 dan Tejas, kemampuan pesawat keluaran Leornardo M-346 juga tidak boleh diperkecilkan.

Sementara itu syarikat pertahanan Sweden, SAAB yang dikatakan berminat untuk menawarkan pesawat pejuang “Gripen” untuk memenuhi keperluan FLIT/LCA TUDM.

Admin pun menjangkakan pesaing utama kepada KAI FA-50 akan datang daripada Gripen.

Dan tawaran daripada SAAB, jangan terkejut, jika syarikat Sweden itu bukan sahaja menawarkan Gripen kepada TUDM tetapi juga pesawat lain seperti “Swordfish” dan “Erieye” atau “Globaleye” yang menjadikan tawaran mereka sukar ditolak.

Apapun kita tunggu apabila tender ditutup kelak untuk mengetahui siapakah pesaing-pesaing dalam tender itu…

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

Comments
Loading...