Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Russia Lancar Peluru Berpandu Anti-Satelit “PL19 Nudol”

0 887

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, Russia telah melancarkan ujian pelancaran peluru berpandu yang berkemampuan menembak jatuh satelit di low-earth orbit di Plesetsk Cosmodrome bertempat di wilayah Arkhangelsk.

Pelancaran peluru berpandu “PL19 Nudol” yang dilakukan secara rahsia dibantah keras oleh Amerika Syarikat yang mendakwa Russia menjadikan angkasa lepas sebagai satu lagi medan ujian senjata.

Tanda-tanda bahawa Russia akan melancarkan ujian peluru berpandu anti-satelit apabila negara itu mengeluarkan amaran NOTAM (Notice to Airmen)terhadap pesawat untuk mengelak daripada memasuki ruang udara berhampiran Plestsk serta beberapa kawasan lain.

Menurut Pusat Pemerintahan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (U.S Space Command), Russia sedang membangunkan beberapa sistem peluru berpandu anti-satelit.

Nudol
Satelit memainkan peranan yang amat penting dalam operasi angkatan tentera.

“Peluru berpandu yang dilancarkan pada minggu ini oleh Russia mampu menembak jatuh satelit yang berada di low-earth orbit. Pihak Angkatan Angkasa Lepas Tentera Russia juga sedang membangunkan persenjataan kinetik dan laser untuk memusnahkan satelit.

“Russia telah menjadikan angkasa lepas sebagai medan peperangan dengan mengujikaji pelbagai senjata samada di angkasa (orbital  atau satelit digunakan untuk memusnah satelit lain) atau di darat dengan matlamat untuk memusnahkan satelit,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh komander U.S Space Command Jeneral James Dickinson.

Amerika Syarikat juga diketahui memiliki beberapa jenis sistem persenjataan anti-satelit “SM-3.”

Nudol
NOTAM yang dikeluarkan oleh pihak Russia.

Sebagaimana yang kita ketahui, sistem persenjataan moden malah anggota tentera sendiri pada masa ini banyak bergantung kepada satellit dan sekiranya satelit-satelit itu dimusnahkan ia akan melumpuhkan sesuatu angkatan tentera itu.

Bayangkan anggota tentera atau sistem persenjataan tidak memiliki maklumat GPS atau pesawat tidak mempunyai komunikasi berdasarkan satelit….

Bagi angkatan tentera moden, satelit adalah amat penting dan merupakan nadi kepada operasi harian mereka.

Nudol
Pelancaran peluru berpandu PL-19 Nudol.

Mengenai sistem peluru berpandu “PL-19 Nudol”, ia pada asalnya adalah sistem pertahanan udara  “A-235” yang direkabentuk khusus untuk melindungi ruang udara Moscow daripada serangan peluru berpandu balistik pihak musuh.

“PL19 Nudol” juga dikatakan oleh penganalisis merupakan asas kepada sistem pertahanan udara S-500.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...