Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat C-130H Tentera Filipina Bawa 85 Penumpang Terhempas Di Jolo, Selatan Negara itu

Sehingga kini, 15 orang penumpang pesawat malang itu berjaya diselamatkan, menurut pegawai kanan Tentera Filipina Jeneral Cirilito Sobejana.

0 1,328

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah pesawat pengangkut C-130H Hercules milik Tentera Filipina yang membawa 85 orang penumpang terhempas ketika cuba mendarat di Pulau Jolo, selatan negara itu hari ini.

Sehingga kini, 15 orang penumpang pesawat malang itu berjaya diselamatkan, menurut pegawai kanan Tentera Filipina Jeneral Cirilito Sobejana.

“Pasukan penyelamat berada di kawasan lokasi kemalangan ketika ini dan berharap dapat menyelamatkan lebih ramai penumpang,” katanya.

Sehingga kini tiada maklumat tentang punca kejadian malang itu.

Laporan mengatakan kebanyakkan daripada penumpang pesawat pengangkut itu merupakan anggota tentera yang baru sahaja menamatkan latihan asas mereka dan telah ditugaskan di selatan Filipina.

Charlie Hercules

Charlie Hercules
Asap berkepul daripada lokasi kejadian.

 

Sebagaimana yang kita tahu, wilayah selatan Filipina adalah kawasan yang bergolak dan dimana tentera Filipina sedang memerangi pelbagai kumpulan bersenjata daripada Abu Sayyaf, Al-Qaeda, DAESH, komunis dan lain-lain lagi.

Sementara itu terdapat laporan mengatakan pesawat pengangkut C-130H yang terhempas hari ini baru sahaja ditauliahkan dalam perkhidmatan tentera Filipina selepas menerimanya daripada Amerika Syarikat pada Januari tahun ini.

Insiden malang hari ini juga berlaku hanya beberapa minggu selepas sebuah helikopter S-70i Blackhawk tentera Filipina terhempas ketika melakukan penerbangan malam di Pangkalan Udara Clark yang mengorbankan enam anggota tentera.

Hercules
Pesawat malang C-130H yang terhempas ini baru sahaja ditauliahkan dalam Tentera Filipina Januari lepas.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...