Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lagi Gambar, Video Insiden Pesawat Tentera Filipina Terhempas, Bilangan Korban Cecah 31 Orang

Manakala, bilangan mereka yang cedera adalah sebanyak 50 orang termasuk penduduk tempatan, dalam satu kenyataan oleh Komander Joint Task Force (JTF) Sulu, Tentera Filipina Mejar Jeneral William Gonzales.

0 2,577

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bilangan kematian dalam insiden kemalangan membabitkan pesawat C-130H milik Tentera Filipina di Jolo, selatan negara itu meningkat kepada 31 orang manakala 17 yang lain dikategorikan sebagai masih hilang.

Manakala, bilangan mereka yang cedera adalah sebanyak 50 orang termasuk penduduk tempatan, dalam satu kenyataan oleh Komander Joint Task Force (JTF) Sulu, Tentera Filipina Mejar Jeneral William Gonzales.

Mereka yang maut itu termasuklah 29 anggota tentera dan dua orang penduduk tempatan.

Menurut pihak tentera Filipina, pesawat C-130H Hercules yang membawa 92 anggota tentera ke pulau di selatan Filipina itu terhempas ketika cuba melakukan pendaratan di Jolo, tetapi punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Laporan mengatakan kebanyakkan daripada penumpang pesawat itu baru sahaja menamatkan latihan asas tentera mereka dan dihantar ke Pulau Jolo untuk menangani pelbagai masalah keselamatan.

 

Masalah keselamatan di Pulau Jolo itu termasuklah daripada kumpulan penculik Abu Sayyaf dan militant-militan lain yang bersekutu dengan Al-Qaeda dan DAESH.

Menurut penduduk tempatan sebagaimana diceritakan kepada media-media tempatan, mereka melihat ada di antara penumpang pesawat malang itu melompat daripada kapal terbang itu selepas ia gagal melakukan pendaratan di landasan Lapangan Terbang Jolo itu.

Hercules

Pesawat C-130 itu berlepas daripada Lapangan Terbang Lumbia di bandar Cagayan del Oro.

Tentera Filipina memperolehi dua buah pesawat C-130H  (termasuk yang terhempas hari ini)  menerusi geran daripada kerajaan Amerika Syarikat pada Januari tahun ini.

Pesawat pengangkut itu sebelum ini berkhidmat dengan tentera Amerika Syarikat, sebelum dijual ke Filipina selepas dibaikpulih dan dipertingkat keupayaan.

Hercules

Hercules

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...