Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Peluru Berpandu Kruis Taimur ALCM Pakistan Saingi SCALP EG Diguna Pesawat Pejuang Rafale India

Peluru berpandu kruis lancaran udara “Taimur” (Taimoor)  itu telah dibangunkan oleh konglomerat pertahanan milik kerajaan Pakistan, Global Industrial & Defence Solutions (GIDS) dan ia adalah pesaing kepada peluru berpandu kruis lancaran udara seperti SCALP keluaran MBDA yang digunakan oleh India termasuk oleh pesawat pejuang Rafale milik "musuh tradisinya" itu.

0 4,596
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mula diperkenalkan pada tahun 2022, peluru berpandu kruis lancaran udara (Air Launched Cruise Missile – ALCM) “Taimur” (Taimoor) dibangunkan sendiri oleh industri pertahanan Pakistan  merupakan peluru berpandu kruis lancaran udara yang sukar dikesan, berkelajuan subsonic khusus untuk membedil sasaran-sasaran permukaan.
Peluru berpandu kruis lancaran udara “Taimur” (Taimoor)  itu telah dibangunkan oleh konglomerat pertahanan milik kerajaan Pakistan, Global Industrial & Defence Solutions (GIDS) dan ia adalah pesaing kepada peluru berpandu kruis lancaran udara seperti SCALP keluaran MBDA yang digunakan oleh India termasuk oleh pesawat pejuang Rafale milik “musuh tradisinya” itu.
Taimur turut bersaing dengan SOM yang dibangunkan oleh ROKETSAN daripada Turkiye.
“Taimur” adalah peluru berpandu kruis varian eksport peluru berpandu kruis lancaran udara RAAD-II ALCM yang bukan sahaja berkemampuan untuk dilengkapi peledak nuklear, tetapi juga membedil sasaran permukaan sejauh 600km.
Berkemungkinan besar dibawa oleh pesawat-pesawat pejuang JF-17 “Thunder”, sasaran permukaan yang boleh dibedil oleh “Taimur” termasuklah kapal-kapal perang dalam mode Stand-Off adalah sejauh 290km.
 “Taimur” dilengkapi dengan Imaging Infrared Seeker untuk sistem pencari sasaran berketepata tinggi, selain berkeupayaan untuk “terrain-hugging” dan “sea-skimming”, membolehkannya untuk terbang pada altitude rendah sebelum membedil sasaran.
Taimur
“Taimur”

 

Beroperasi pada altitude rendah, peluru berpandu kruis lancaran udara “Taimur” berkemampuan untuk kekal halimunan dan stabil pada kelajuan subsonic semasa penerbangannnya.
Spesifikasi peluru berpandu “Taimur” ALCM:
  • Jarak: 290 Km
  • Jenis Peledak: Blast: Fragmentation
  • Sistem Navigasi: INS / GNSS
  • Panjang: 4.38 Meter
  • Berat: 1100 Kg
  • Panjang Sayap: 3.2 Meter
Sistem panduan peluru berpandu kruis “Taimur” menggunakan Inertial Guidance System (INS) dan Global Navigation Satellite System (GNSS) bersama-sama kesukaran dikesan (low observability), sekaligus membolehkannya menembusi jaringan sistem pertahanan udara dan mengelak daripada dipintas.
Direkabentuk menggunakan konsep modular, peluru berpandu kruis “Taimur” adalah varian ketiga peluru berpandu kruis RAAD ALCM, bagi membolehkannya terus dinaiktaraf dan ditingkat upaya supaya ia terus relevan dan berkesan dalam medan peperangan.
Peluru berpandu kruis lancaran udara “RAAD” yang dibangunkan oleh Pakistan itu merupakan peluru berpandu kruis dilengkapi dengan enjin turbojet dan berkemampuan membedil sasaran sejauh 600km.
Taimur
“Taimur”

 

“Varian terkini Raad II itu telah meningkatkan dengan mendadak kemampuan Pakistan standoff dilancarkan di udara terhadap sasaran di laut dan daratan.”
Pakistan dilaporkan telah mempersiapkan pesawat pejuang JF-17 “Thunder” yang dibangunkannya bersama dengan China untuk membawa peluru berpandu kruis “RAAD” ALCM yang boleh dilengkapi dengan peledak nuklear.
Menurut kajian dilakukan oleh Federation of American Scientist (FAS), pihaknya membuat kesimpulan itu berdasarkan kepada gambar yang dikeluarkan oleh Inter State Public Relations (ISPR) serta video pada perbarisan Hari Pakistan 2023 yang menunjukkan pesawat pejuang itu membawa peluru berpandu kruis lancaran udara, RAAD I/II ALCM.
Menggunakan teknik analisis foto terhadap gambar itu, badan bukan kerajaan Amerika Syarikat itu menyatakan bahawa panjang peluru berpandu kruis dibangunkan oleh Pakistan itu adalah sama dengan panjang peluru berpandu kruis lancaran darat yang dibawa oleh trak ketika perbarisan itu.
Raad
Pesawat pejuang JF-17 dilihat membawa peluru berpandu “RAAD” ALCM. (Image credit: Rana Suhaib/Snappers Crew)
Raad
“Raad”
Maka kesimpulan pertama pihak FAS adalah – “Pakistan berkemungkinan besar telah mengintergrasikan peluru berpandu kruis lancaran udara  “RAAD ALCM” yang boleh dilengkapi dengan peledak nuklear dengan pesawat pejuang JF-17 yang dibangunkannya secara bersama dengan China.
Ia juga membawa kemungkinan bahawa Pakistan mahu menamatkan perkhidmatan pesawat pejuang Mirage III/IV yang sebelum ini dipertanggungjawabkan untuk membawa/melancarkan peluru-peluru berpandu yang dilengkapi peledak nuklear. 
Kemunculan peluru berpandu jelajah udara-ke-permukaan Taimur secara drastik memperluaskan keupayaan serangan strategik Pakistan, membolehkan Angkatan Tentera Udara negara itu melancarkan serangan tepat ke atas sasaran sejauh 290 kilometer tanpa perlu mendedahkan pesawat pengebom kepada lingkungan tembakan sistem pertahanan udara musuh.
Direka bentuk dengan keupayaan siluman dan profil terbang rendah, Taimur berupaya mengelak pengesanan oleh sistem pertahanan udara moden berlapis seperti S-400 buatan Rusia yang dioperasikan oleh India, sekali gus memperkukuh kelangsungan misi dalam persekitaran pertahanan udara yang dipertingkatkan.
Keupayaan Taimur untuk diintegrasikan dengan pesawat generasi terkini seperti JF-17 Thunder memperluaskan fleksibiliti operasional Tentera Udara Pakistan, sambil mengurangkan kebergantungan kepada platform lama seperti Mirage III/IV, yang kini dianggap usang dari sudut keupayaan peperangan udara moden.
Peluru berpandu ini memberikan Pakistan kemampuan untuk menyerang sasaran bernilai tinggi seperti kapal perang permukaan, depot logistik, dan infrastruktur kritikal musuh dari jarak selamat, sekali gus menambah satu lagi dimensi dalam strategi penangkalan yang menyeluruh.
Pakistan
Pesawat pejuang JF-17 Pakistan dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15.
Taimur kini muncul sebagai alternatif kos efektif kepada sistem peluru berpandu Barat seperti Storm Shadow/SCALP keluaran MBDA dan SOM buatan Turki, membuka ruang kepada negara-negara membangun yang sering berhadapan sekatan eksport atau kekangan bajet dalam mendapatkan sistem senjata berteknologi tinggi.
Negara-negara di Timur Tengah, Afrika, dan Asia Selatan yang sedang giat memperkukuh keupayaan udara-ke-darat kini berpeluang mengakses sistem peluru berpandu generasi baharu seperti Taimoor yang menawarkan prestasi kompetitif pada kos yang lebih rendah tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada negara pengeluar senjata tradisional.
— DEFENCE SECURITY ASIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.