Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Eurofighter Typhoon Masih Dalam Persaingan di Bangladesh, J-10C Bakal Jadi Halangan Terbesar

Langkah Panglima Tentera Udara Bangladesh itu melakukan penerbangan ujian pesawat pejuang Eurofighter Typhoon menunjukkan bahawa pesawat pejuang itu masih lagi berada dalam persaingan untuk membekalkan pesawat pejuang itu kepada Tentera Udara Bangladesh, tetapi ia akan berhadapan dengan pesawat pejuang J-10C buatan China.

0 5,196
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Panglima Tentera Udara Bangladesh dan seorang juruterbang kanan tentera udara negara Asia Selatan itu dilaporkan telah menerbangkan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon yang dilengkapi dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Array) Captor-E.
Ujian penerbangan itu adalah diatas jemputan syarikat Leonardo.
Langkah Panglima Tentera Udara Bangladesh itu melakukan penerbangan ujian pesawat pejuang Eurofighter Typhoon menunjukkan bahawa pesawat pejuang itu masih lagi berada dalam persaingan untuk membekalkan pesawat pejuang itu kepada Tentera Udara Bangladesh.
Ia akan membawa Eurofighter Typhoon kepada “pertembungan” dengan calon pesawat pejuang yang disebut-sebut sebagai pilihan pada ketika ini iaitu J-10C yang dibangunkan oleh syarikat Chengdu Aircraft Industry Corporation (CAIG).
Dengan hubungan dua hala diantara Dhaka dan Beijing yang erat pada ketika ini dan juga prestasi cemerlang ditunjukkan oleh J-10C ketika konflik Pakistan-India baru-baru, adalah sukar untuk Eurofighter Typhoon mengugat kedudukan J-10C pada ketika di dalam soal pesawat pejuang pilihan Tentera Udara Bangladesh.
Namun, peluang pesawat pejuang Eurofighter Typhoon tidak boleh diketepikan, terutama selepas spekulasi bertiup kencang mengatakan bahawa kontrak perolehan pesawat pejuang dibangunkan oleh empat buah negara Eropah itu bakal ditandatangani dengan kerajaan Bangladesh pada Ogos ini semasa lawatan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Walaupun begitu, Defence Security Asia berkeyakinan bahawa pesawat pejuang J-10C tetapi menjadi pilihan kepada Tentera Udara Bangladesh di atas beberapa faktor terkini termasuk prestasi baiknya pada konflik Pakistan-India baru-baru ini yang membuktikan bahawa teknologi pertahanan China adalah setaraf atau lebih baik berbanding teknologi pertahanan Barat.
Selain itu menerbangkan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon,  delegasi Tentera Udara Bangladesh turut dibawa melawat kemudahan penyelenggaraan dan sokongan untuk pesawat pengangkutC-130J dan juga diberikan penerangan tentang sistem pesawat tanpa pemandau dan juga helikopter Agusta Westland.

Bangladesh

“Penerbangan ini (Eurofighter Typhoon) menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha perolehan yang telah bermula hampir sedekad lalu.”
“Pada tahun 2015, Panglima Tentera Udara Bangladesh yang baharu ketika itu, Air Chief Marshal Abu Esrar, berpandangan bahawa pesawat pejuang buatan Rusia dan China tidak mampu memberikan keupayaan yang mencukupi untuk menghalang ancaman daripada negara jiran yang memiliki kelengkapan serupa,” menurut laporan.
Beliau kemudiannya melancarkan satu pelan berani untuk memperoleh pesawat pejuang buatan negara-negara Eropah itu.
Abu Esrar kemudian mengambil kesempatan untuk memeriksa secara peribadi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon apabila beliau menghadiri Pameran Udara Farborough pada Julai 2016 dan diberikan taklimat tentang kemampuan pesawat pejuang itu.
Program perolehan pesawat pejuang pelbagai peranan (Multi Role Combat Aircraft) Tentera Udara Bangladesh dilancarkan secara rasmi pada 2017.
Selain Eurofighter Typhoon, sebuah lagi negara Eropah iaitu Perancis turut menawarkan pesawat pejuang Rafale kepada Tentera Udara Bangladesh.
Namun,peluang Rafale untuk dipilih oleh Bangladesh amat tipis kerana pesawat pejuang yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation itu turut digunakan oleh negara jirannya, India yang pada ketika ini tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Bangladesh.
Typhoon
Eurofighter Typhoon
Dalam laporan Defence Security Asia baru-baru ini, portal pertahanan itu menyatakan bahawa selepas melihat prestasi terkini pesawat pejuang J-10C milik Tentera Udara Pakistan dalam konflik negara itu dengan India baru-baru ini, Bangladesh berkemungkinan besar akan mempercepatkan lagi keputusannya untuk memiliki pesawat pejuang buatan China yang kini menerima gelaran “pembunuh Rafale” (Rafale Killer).
Menurut laporan media baru-baru ini, Bangladesh dikatakan bakal mengikut jejak langkah Pakistan untuk menjadi negara kedua di Asia Selatan memperolehi pesawat pejuang J-10C yang dibangunkan oleh Chengdu Aircraft Industry Corporation (CAIG) untuk tentera udaranya, suatu perkembangan yang bakal menggusarkan India.
Ia selepas Dhaka dilaporkan telah memulakan rundingan dengan Beijing untuk memperolehi pesawat pejuang generasi  J-10C, yang sedang hangat di pasaran ketika ini berikutan dakwaan kejayaan pesawat pejuang itu yang dioperasikan oleh Pakistan dalam menembak jatuh enam buah pesawat pejuang Rafale milik Tentera Udara India, termasuk tiga buah Rafale.
Tiga buah pesawat pejuang Tentera Udara India didakwa ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Pakistan termasuk J-10C itu adalah sebuah MiG-29, sebuah Mirage 2000 dan sebuah Sukhoi Su-30MKI.
Sebagaimana dilaporkan oleh media tempatan negara itu baru-baru ini, Tentera Udara Bangladesh dilaporkan amat berminat untuk memperolehi 16 buah pesawat pejuang J-10C itu pada fasa pertama untuk menggantikan pesawat pejuang sedia adanya yang sudah berusia.
Panglima Tentera Udara Bangladesh Marshal Udara Hasan Mahmud Khan dilaporkan berkata bahawa negara itu perlu meningkatkan kemampuan tentera udaranya.
“Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk memperoleh pesawat pejuang pejuang dan helikopter penyerang,” menurut beliau, sebagaimana dipetik oleh media tempatan tentang minat Tentera Udara Bangladesh untuk memperolehi pesawat pejuang J-10C.
J-10CE
J-10CE (credit Hurin92)
Dhaka dilaporkan berminat untuk memeterai perjanjian perolehan dengan Beijing bagi membolehkannya memperolehi 16 buat pesawat pejuang J-10C  pada fasa pertama, dengan perolehan susulan pesawat pejuang generasi 4.5 itu akan dibuat pada peringkat seterusnya.
Dengan perkembangan terkini membabitkan prestasi “mengagumkan” pesawat-pesawat pejuang J-10C milik Tentera Udara Pakistan terutamanya membabitkan penembakan jatuh tiga buah pesawat pejuang Rafale India, maka jangkaannya adalah Bangladesh bakal mengikuti jejak langkah Pakistan dalam memperolehi pesawat pejuang J-10C “Vigourous Dragon”.
Nampaknya selepas ini, Tentera Udara India bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan pesawat pejuang J-10C milik Pakistan, tetapi terdapat kemungkinan ia juga bakal berhadapan dengan pesawat-pesawat pejuang J-10C milik Tentera Udara Bangladesh, sekiranya laporan media tempatan boleh dipercayai.
Dengan hubungan di antara India dan Bangladesh “tidak mesra” selepas bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina melarikan diri ke India dan kini hidup dalam buangan di negara jirannya itu, kehadiran J-10C dalam Tentera Udara Bangladesh sudah semestinya akan meningkatkan lagi ketegangan di antara dua negara berjiran itu.
Pada Ogos lepas, laporan media menyatakan bahawa China menawarkan pesawat pejuang J-10C kepada Bangladesh untuk menggantikan pesawat pejuang berusia F-7 miliknya yang turut dibekalkan oleh China.
Pada 2022, Pakistan mengesahkan bahawa ia telah memperolehi 25 buah pesawat pejuang J-10C dibangunkan oleh oleh Chengdu Aircraft Corporation, bagi bersaing dengan perolehan 36 buah pesawat pejuang Rafale oleh jirannya, India.
Selain itu varian J-10C juga dilengkapkan dengan radar active electronically scanned array (AESA)  bagi membolehkan kemampuan pengesanan (sasaran) yang lebih baik.
J-10C
J-10C
Pemerhati pertahanan antarabangsa mengatakan bahawa pesawat J-10 buatan China tidak jauh bezanya daripada pesawat F-16 Amerika Syarikat tetapi menampilkan DNA daripada program pesawat Lavi yang kemudiannya dibatalkan oleh Israel.
Pakistan memperolehi varian terkini pesawat J-10 iaitu versi “C” kerana ia dilengkapi dengan sistem terkini seperti Active Electronically Scanned Array (AESA) dan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) “PL-15”.
Peluru berpandu udara-ke-udara PL-15 itu dikatakan dibangunkan dengan bantuan pakar-pakar daripada Russia dan memilik jarak effektif di antara 200km hingga 300km, sebagaimana didakwa oleh China.
Peluru berpandu PL-15 itu juga didakwa adalah pesaing utama kepada peluru berpandu udara-ke-udara keluaran Amerika Syarikat iaitu AIM-120 “AMRAAM.”
Pesawat J-10C itu juga dikatakan menggunakan enjin keluaran syarikat tempatan China dipanggil “WS-10C” dan bukan enjin Saturn AL-31F yang dibangunkan oleh Russia bagi mengelak kompleksiti dalam penjualan pesawat itu kepada Pakistan. 
J-10C
J-10C Pakistan
Pemilikan J-10C oleh Bangladesh dijangka akan mengubah keseimbangan kuasa udara di Asia Selatan, sekali gus memperkukuh kedudukan strategik Dhaka dalam menghadapi sebarang potensi ancaman dari negara-negara jiran seperti India dan Myanmar serta kuasa-kuasa luar.
Kehadiran pesawat generasi 4.5++ itu akan berfungsi sebagai pemangkin kepada strategi pencegahan atau deterrence, dengan memberikan Bangladesh keupayaan untuk memberi tindak balas pantas dan efektif sekiranya berlaku pencerobohan ruang udara atau ketegangan ketenteraan.
— DEFENCE SECURITY ASIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.