Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Peluru Berpandu Balistik Korea Utara Hanya Perlukan 33 Minit Bedil Amerika

"Dalam kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis pertahanan China, mereka telah melakukan simulasi serangan peluru berpandu Intercontinental Ballistic Missile ICBM "Hwasong-15" milik Korea Utara dan mendapati peluru berpandu itu mampu membedil kawasan tengah Amerika Syarikat dalam tempoh 1,997 saat atau 33 minit sahaja," kajian saintis pertahanan China.

0 43,818

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekiranya Korea Utara melancarkan peluru berpandu ballistik nuklear antara benua (Intercontinental Ballistic Missile – ICBM) “Hwasong-15” ke arah Amerika Syarikat, peluru berpandu balistik Pyonyang itu hanya mengambil masa 33 minit sahaja sebelum ia membedil negara kuasa besar dunia itu.

Sekumpulan saintis pertahanan daripada Institut Kejuruteraan Sistem Elektronik Beijing mengatakan bahawa peluru berpandu nuklear ICBM Korea Utara “Hwasong-15” berkeupayaan terbang sejauh 13,000km dan mampu membedil mana-mana lokasi di  Amerika Syarikat.

“Dalam kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis pertahanan China, mereka telah melakukan simulasi serangan peluru berpandu ICBM Korea Utara dan mendapati peluru berpandu Hwasong-15 itu mampu membedil kawasan tengah Amerika Syarikat dalam 1,997 saat atau 33 minit.”

“Dalam kajian yang diterbitkan oleh jurnal pertahanan berbahasa Cina baru-baru ini menyatakan bahawa jika Hwasong-15 dilancar daripada bandar Sunchon di tengah Korea Utara, sasaran utamanya berkemungkinan adalah bandar Columbia di negeri Missouri.”

Hasil kajian itu yang telah dipetik oleh akhbar South China Morning Post baru-baru ini.

Hwasong-15
Hwasong-15

 

Ia juga berkata bahawa ibu pejabat sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat akan hanya menerima maklumat tentang pelancaran peluru berpandu Korea Utara itu kira-kira 20 saat selepas pelancarannya, menurut penyelidikan yang dijalankan oleh saintis pertahanan China itu. 

Kajian itu juga menyatakan bahawa peluru berpandu pemintas Amerika Syarikat akan dilancar selepas 11 minit pelancaran daripada Fort Greely di Alaska dan satu lagi peluru berpandu pemintas akan dilancarkan daripada Vanderberg Space Force Base di California sekiranya peluru berpandu pemintas yang pertama gagal memusnahkan peluru berpandu ICBM Korea Utara itu.

“Kajian oleh saintis pertahanan China itu juga mencadangkan bahawa terdapat ‘lompong-lompong’ pada sistem pertahanan peluru berpandu Washington sehingga ia menyebabkan kesukaran untuk mengenalpasti dan mempertahankan negara itu daripada serangan-serangan peluru berpandu oleh pihak luar terhadap Amerika Syarikat.”

“Peluru berpandu dua tahap (two-stage) “Hwasong-15″ itu mempunyai jarak effektif sejauh 13,000km dan berkemampuan untuk membedil keseluruhan Amerika Syarikat,” menurut Tang Yuyan, yang mengetuai pasukan penyelidikan China itu.

Hwasong

Sementara itu seorang professor fizik di Universiti Illinois Frederick K.Lamb mengakui kepada stesen televisyen kabel, CNN bahawa sememangnya sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat tidak dapat menjamin 100 peratus keselamatan negara itu sekiranya Korea Utara benar-benar melancarkan serangan peluru berpandu ICBM.

“Jika Korea Utara melancarkan peluru berpandu ICBM berkepala peledak nuklear terhadap Amerika Syarikat, kita tidak boleh pasti sama ada sistem pertahanan peluru berpandu kami akan mampu menanganinya,” kata beliau.

Kajian itu menyusul satu lagi kajian oleh satu lagi pasukan China berkenaan sasaran-sasaran berpotensi bagi peluru berpandu hypersonik milik negara itu.

Pasukan itu yang menjalankan simulasi serangan peluru berpandu hypersonik dijangka mensasarkan kemudahan-kemudahan sistem radar yang besar milik Amerika Syarikat serta Pangkalan Udara Beale di California dan di Semenanjung Cape Cod.

Kajian oleh pasukan-pasukan saintis pertahanan Amerika Syarikat itu menyusul siri pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara sejak kebelakangan ini, sehingga menyebabkan ketegangan di antara kedua-dua negara serta sekutu mereka. — DSA

apps

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...