Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Selatan, Korea Utara “Berbalas-Balas” Melancarkan Peluru Berpandu Balistik

Hanya beberapa jam selepas rejim Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat di pantai timur negara itu, sebuah kapal selam Korea Selatan yang baru ditauliahkan perkhidmatan dalam tentera laut negara itu telah berjaya melancarkan peluru berpandu balistik (SLBM.)

0 1,969

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Keadaan di Semenanjung Korea yang sudah tegang menjadi bertambah tegang hari ini apabila Korea Utara dan Korea Selatan yang secara teknikalnya masih berada di dalam keadaan berperang, telah “berbalas-balas” dalam melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat masing-masing hari ini.

Hanya beberapa jam selepas rejim Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat di pantai timur negara itu, sebuah kapal selam Korea Selatan yang baru ditauliahkan perkhidmatan dalam tentera laut negara itu telah berjaya melancarkan peluru berpandu balistik (SLBM)

Pelancaran peluru berpandu balistik daripada kapal selam penyerang terbaru Korea Selatan yang dinamakan “Dosan Ahn Chang-ho” seberat 3,000km itu turut disaksikan oleh presiden negara itu Presiden Moon Jae-in.

“Memiliki kemampuan melancarkan peluru berpandu balistik daripada kapal selam mempunyai makna yang mendalam kerana ia memastikan kita (Korea Selatan) mempunyai deterran terhadap ancaman daripada pelbagai daerah dan dijangka akan menyumbang kepada kemampuan pertahanan dalam negara serta keamanan di Semenanjung Korea,” kata pejabat Presiden Korea Selatan dalam satu kenyataan hari ini.

Komen daripada pejabat Presiden Korea Selatan itu telah dikecam oleh adik perempuan Kim Jong-un dikenali sebagai “Kim Yo Jong” yang menyifatkan pelancaran itu sebagai tidak lojik dana amat dikesali.

Korea Utara
Pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara.

 

Beliau memberi amaran pelancaran peluru berpandu oleh Korea Selatan itu boleh menyebabkab runtuhnya hubungan dua hala antara Seoul dan Pyongyang.

Pelancaran peluru berpandu balistik daripada kapal selam Korea Selatan hari ini, adalah detik bersejarah kerana ia telah menjadikan Seoul hanya negara ke-lapan di dunia yang berkemampuan melancarkan peluru berpandu balistik daripada kapal selam.

Negara-negara lain di dunia yang mempunyai kemampuan melancarkan peluru berpandu balistik daripada kapal selam adalah Amerika Syarikat, Russia, China, Korea Utara, Perancis, Britain dan India.

Kesemua tujuh buah negara itu adalah kuasa nuklear manakala hanya Korea Selatan adalah negara bukan kuasa nuklear.

Peluru berpandu ballistik lancaran kapal selam milik Korea Selatan itu, “Hyunmoo 4-4” itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 500km.

Korea Selatan
Kapal selam “KSIII Dosan Ahn Chang-ho” tentera udara Korea Selatan melancarkan peluru berpandu ballistik “Hyunmoo 4-4” (bulatan kecil). kredit Naval News

 

Kapal selam “Dosan Ahn Chang-Ho” berkemampuan membawa sehingga enam buah peluru berpandu ballistik “Hyunmoo 4-4”.

Tentera Laut Korea Selatan telah mentauliahkan kapal selam “KSSIII Dosan Ahn Chang-ho” itu dalam perkhidmatan bulan lepas.

Korea Selatan merekabentuk kapal selam “KSSIII Dosan Ahn Chang-ho” untuk bersaing dengan kapal-kapal selam Korea Utara yang mampu melancarkan peluru berpandu ballistik berkuasa nuklear “Pukguksong.”

Terdahulu, rejim Pyongyang telah melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat sejauh kira-kira 800km, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Korea Selatan yang memantau pelancaran peluru berpandu Korea Utara.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...