Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Peluru Berpandu Israel Sasar Sistem Pertahanan Udara S-300 Kawal Loji Nuklear Iran di Natanz

Akhbar terkenal  Amerika Syarikat, The New York Times yang memetik dua pegawai kanan keselamatan Barat mendakwa bahawa serangan tiga peluru berpandu ballistik dilancar pesawat pejuang negara Yahudi  itu bertujuan memastikan Iran “berfikir dua kali” sebelum ia melakukan serangan balas terhadap Israel.

0 1,162

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Media-media Amerika Syarikat mendakwa pesawat-pesawat pejuang Israel melancarkan tiga peluru berpandu ballistik terhadap sistem pertahanan udara S-300 di sebuah pangkalan udara  Iran yang mengawal kemudahan pengkayaan uranium miliknya di Natanz, tidak jauh daripada wilayah Isfahan beberapa hari lalu.

Peluru-peluru berpandu ballistik yang dilancar oleh pesawat pejuang Israel itu didakwa berkemampuan membedil sasarannya tanpa dapat dikesan oleh sistem pertahanan udara Iran.

Akhbar terkenal  Amerika Syarikat, The New York Times yang memetik dua pegawai kanan keselamatan Barat mendakwa bahawa serangan tiga peluru berpandu ballistik dilancar pesawat pejuang negara Yahudi  itu bertujuan memastikan Iran “berfikir dua kali” sebelum ia melakukan serangan balas terhadap Israel.

“Peluru berpandu (dilancar Israel) itu bertujuan memberitahu Iran bahawa peluru berpandu Israel mampu itu mampu mengelak dan menewaskan sistem pertahanan udara Iran,” kata sumber-sumber pegawai kanan keselamatan Barat terbabit.

Sementara itu, akhbar The New York Times juga memetik pegawai-pegawai kanan Iran yang mengatakan bahawa peluru berpandu ballistik dilancar pesawat pejuang Israel itu mensasarkan sistem pertahanan udara S-300 yang mengawal kemudahan nuklear Iran di Natanz.

Israel

Imej-imej satelit yang dikeluarkan oleh pihak Barat menyatakan terdapat beberapa bahagian sistem pertahanan udara itu mengalami kerosakan akibat bedilan peluru berpandu ballistik Israel itu, tetapi dinafikan oleh pihak berkuasa Iran.

Pihak media Israel mendakwa imej satelit menunjukkan sistem pertahanan udara S-300 di Pangkalan Udara Shekari, Isfahan yang mengawal kemudahan nuklear di Natanz itu rosak akibat serangan peluru berpandu Israel itu.

Iran bagaimanapun menafikanya dan mendakwa sistem pertahanan udaranya tidak mengesan sebarang pencerobohan pesawat atau peluru berpandu asing.

Menteri Luar Iran menyatakan apa yang dihadapi tentera Iran pada malam beberapa hari lalu adalah serangan dron-dron quadcopter kecil yang disifatkannya lebih kepada “permainan (toys) kepada kanak-kanak.”

Teheran juga menafi berlakunya sebarang letupan besar akibat bedilan-bedilan peluru berpandu di Isfahan dan lokasi-lokasi penting yang lain.

Israel
Serpihan peluru berpandu ballistik “Sparrow” Israel di Iraq.

 

Natanz itu menempatkan kemudahanan pengkayaan uranium (uranium enrichment) Iran yang berkait-rapat dengan usaha membangunkan senjata nuklear.

Natanz yang terletak kira-kira 120km daripada Isfahan adalah kemudahan nuklear Iran yang paling utama dan sudah pasti akan menjadi sasaran utama kepada apa-apa serangan yang sedang dirancang oleh pihak Barat bagi memastikan Iran tidak berupaya memiliki senjata nuklear.

Kemudahan nuklear Natanz itu dilaporkan dilengkapkan dengan 19,000 centrifuges bagi membolehkan pengkayaan urianium untuk untuk mencapai gred dijadikan senjata nuklear.

Selain kemudahan di atas tanah, pihak berkuasa Iran juga membina kemudahan pengkayaan uranium di Natanz di dibawah tanah, sekaligus menyukarkan lagi usaha untuk memusnahkannya menerusi serangan udara.

Pihak-pihak perisikan Barat hanya mengetahui kewujudan kemudahan pengkayaan uranium di Natanz, wilayah Isfahan itu pada 2002, menyebabkan mereka memberikan perhatian mendalam terhadap Isfahan itu.

Israel
Serpihan peluru berpandu ballistik “Sparrow” Israel di Iraq.

 

Dakwaan serangan peluru berpandu ballistik oleh Israel itu berkemungkinan ada kebenarannya, terutama selepas  petani-petani di Iraq menemui serpihan booster dipercayai milik dua butir peluru berpandu Israel di kawasan Latifiya dan Al-Aziziya di Iraq yang terletak lebih daripada 100km daripada sempadan Iran.

Serpihan booster itu menurut pemerhati ketenteraan berkemungkinan adalah milik kepada peluru berpandu ballistik lancaran-udara (Air Launched Ballistic Missile – ALBM) “Sparrow” yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Israel, Rafale.

Menurut laporan media Israel, pesawat-pesawat pejuang Israel dipercayai F-15 itu dilapor melancarkan peluru berpandu ballistik lancaran udara “Blue Sparrow” terhadap Iran ketika ia masih berada di dalam ruang udara Syria.

Keluarga peluru berpandu ballistik “Sparrow” yang dibangunkan oleh firma pertahanan Israel itu mempunyai kemampuan untuk membedil sasaran sejauh 2,000km.

Selain dioperasikan sebagai “target missile” oleh tentang Israel, peluru berpandu ballistik “Blue Sparrow” itu juga boleh bertindk sebagai senjata stand-off dan dilengkapi dengan kepala peledak untuk membedil sasaran-sasaran tentera.

Israel
Imej satelit dakwaan kemusnahan di lokasi sistem pertahanan udara S-300 Iran.

 

Pesawat-pesawat pejuang Israel itu tidak mahu ia dikesan oleh sistem pertahanan udara Iran, yang telah diletakkan dalam kesiapsiagaan yang tinggi selepas Tel Aviv menyerang Israel dengan kira-kira 300 buah peluru berpandu ballistik dan dron berani mati baru-baru ini.

Sebelum melancarkan serangan terhadap Iran, pesawat-pesawat pejuang Israel telah menyerang beberapa kedudukan sistem pertahanan udara milik tentera Syria.

Menurut penganalisis ketenteraan Israel, serangan terhadap kedudukan sistem pertahanan udara Syria itu adalah untuk “membersihkan” kawasan itu daripada sebarang ancaman terhadap pesawat pejuang negara Yahudi.

Ia sekaligus membolehkan pesawat-pesawat pejuang Israel bebas melancarkan peluru berpandu ballistik ke Iran dan kembali semula ke Israel dengan selamat. — DSA

Iklan

Comments
Loading...