Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mengapa Bandar Isfahan Begitu “Istimewa” Di Mata Israel? Sila Baca Untuk Ketahui Jawapannya

Persoalan yang bermain di pemikiran masyarakat kini adalah mengapa Israel mensasarkan bandar Isfahan dalam serangan balasnya dan bukan kota-kota lain di Iran? Mengapa bandar Isfahan itu amat penting bagi perancang-perancang ketenteraan Tel Aviv?

0 15,934

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lalu, Israel telah mensasarkan kota ketiga terbesar Iran, Isfahan dengan serangan-serangan dron kecil quadcopter bagi membalas serangan 300 peluru berpandu ballistik dan dron berani mati oleh Teheran tempoh hari.

Maklumat terkini menyatakan rejim Tel Aviv itu turut melancarkan tiga butir peluru berpandu terhadap sasaran berhampiran bandar ketiga Iran itu tetapi tiada pengesahan sehingga kini.

Isfahan yang juga dikenali sebagai “Nesf-e-Jahaan” itu terletak ditengah-tengah Iran berhampiran dengan pengunungan Zagros.

Persoalan yang bermain di pemikiran masyarakat kini adalah mengapa Israel mensasarkan bandar Isfahan dalam serangan balasnya dan bukan kota-kota lain di Iran? Mengapa bandar Isfahan itu amat penting bagi perancang-perancang ketenteraan Tel Aviv?

Pakar senjata kimia dan bekas ketua angkatan nuklear United Kingdom serta NATO Hamish de Bretton-Gordon memberitahu BBC bahawa menyasarkan Isfaham adalah “amat penting” kerana jumlah pangkalan-pangkalan tentera yang berada di dalam wilayah itu dan sekelilingnya.

Isfahan
Kemudahan nuklear Iran di Natanz.

 

Jawapannya adalah kerana Isfahan itu seringkali dikaitkan dengan bandar yang terkenal dengan pembuatan dron-dron dan peluru berpandu ballistik.

Selain itu, terletak berhampiran dengan Isfahan adalah Natanz yang menempatkan kemudahan nuklear Iran yang terkenal di seluruh dunia dan adalah kemudahanan pengkayaan uranium (uranium enrichment) yang berkait-rapat dengan usaha membangunkan senjata nuklear.

Natanz yang terletak kira-kira 120km daripada Isfahan adalah kemudahan nuklear Iran yang paling utama dan sudah pasti akan menjadi sasaran utama kepada apa-apa serangan yang sedang dirancang oleh pihak Barat bagi memastikan Iran tidak berupaya memiliki senjata nuklear.

Kemudahan nuklear Natanz itu dilaporkan dilengkapkan dengan 19,000 centrifuges bagi membolehkan pengkayaan urianium untuk untuk mencapai gred dijadikan senjata nuklear.

Selain kemudahan di atas tanah, pihak berkuasa Iran juga membina kemudahan pengkayaan uranium di Natanz di dibawah tanah, sekaligus menyukarkan lagi usaha untuk memusnahkannya menerusi serangan udara.

Isfahan

Pihak-pihak perisikan Barat hanya mengetahui kewujudan kemudahan pengkayaan uranium di Natanz, wilayah Isfahan itu pada 2002, menyebabkan mereka memberikan perhatian mendalam terhadap Isfahan itu.

Sebaik sahaja serangan oleh Israel terhadap Iran diketahui ramai beberapa hari lepas, pihak berkuasa Iran dengan pantas mengeluarkan kenyataan bahawa kemudahan nuklear mereka di Isfahan tidak mengalami apa-apa kerosakan.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International Atomic Energy Agency – IAEA) turut mengesahkan kenyataan pihak berkuasa Iran itu.

Selain di Natanz, kerja-kerja penukaran (conversion) uranium yang dilakukan di suatu lokasi di Zardanjan, yang terletak di selatan Isfahan yang turut dilengkapi dengan tiga buah reaktor buatan China untuk tujuan kajian dan penyelidikan oleh pakar-pakar nuklear Iran.

Kemudahan di Zardanjan itu turut mengendalikan kerja-kerja berkenaan bahan api untuk industry persenjataan Iran.

Isfahan
Keadaan dalaman di loji nuklear Natanz.

 

Selain itu, berada berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa Isfahan adalah sebuah pangkalan tentera udara Iran dikenali dengan nama “Shekari” yang besar, menempatkan pesawat-pesawat pejuang F-14 Tomcat tentera udara negara itu.

Tentera Udara Iran merupakan negara tunggal yang masih mengoperasikan pesawat pejuang F-14 Tomcat itu, dengan negara pengeluar asalnya iaitu Amerika Syarikat telah lama membersarakan perkhidmatannya.

Iran memperolehi pesawat itu semasa negara itu masih diperintah oleh Shah Iran yang pro-Barat sehingga ia dijatuhkan dalam Revolusi Islam pada 1979.

Kemudahan radar di pangkalan udara itu dipercayai menjadi sasaran serangan dron quadcopter Israel beberapa hari lalu, tetapi pihak Iran menyatakan pangkalan udara tidak mengalami sebarang serangan.

Pihak Israel mendakwa peluru berpandunya telah membedil sistem pertahanan S-300 yang ditempatkan di pangkalan udara itu, tetapi dakwaan Tel Aviv itu dinafikan dengan imej-imej satelit menunjukkan pangkalan udara itu tidak memgalami sebarang kerosakan.

Iran memperolehi sistem pertahanan udara S-300 daripada Russia pada 2007 dan kini Moscow menawarkan pula sistem pertahanan udara S-400 kepada Teheran.

Isfahan
Bandar Isfahan

 

Berada di tengah-tengah bandar Isfahan pula adalah kemudahan pembuatan pelbagai jenis senjata dan dron milik industri-industri pertahanan milik negara itu yang amat penting bagi survivalbiliti angkatan tentera negara itu.

Kemudahan di tengah Isfahan itu pernah menjadi serangan dron dipercayai didalangi oleh kumpulan-kumpulan bersenjata dalam negara yang disokong oleh Israel pada tahun lepas, tetapi ia tidak menyebabkan kerosakan yang besar.

Berada di Isfahan adalah pangkalan udara tentera darat dikenali dengan nama “Shahid Vatanpour” yang besar. — DSA

Iklan

 

Comments
Loading...